DAPUR KECIL KU

Rabu, 28 Mac 2012

EDIBLE IMAGE-ZAR ASHRAF

Salam
layan order dr marina sempena majlis besday anak bujang dia yg pertama,walaupun tengah sarat peknen tp dia tak senang duk diam.majlis dia buat kat pandan lake club.meriah sgt dgn budak2 lah
tengok tu kembar yg melebih2 lak.marina ni opismate aku jd sbb aku ni slalu sgt jual kueh kat opis terus dia mintak aku buatkan.terima kasih ina yer.
aku benornya risau gak pasal kek ni sbb tak pernah wat yg jenis besor2 mcm ni.ini guna 1 1/2 resepi cmc.
marina kata cantik kak ,kek pun sedap dan ramai pulak yg tanya tempah kat mana siap tanya ada kedai tak dia org pergi.he..he..kedai kat umah aje.
esoknya jumpa kat opis dia ckp lg semua org puji kek tu sedap sgt.fuhh lega aku alhamdulillah.marina ckp nanti dia nak order lagi.tqvm walaupun dah sarat2 mcm tu sanggup lg uruskn majlis.

ini lak aksi kembar dgn kawan dia lepas majlis walaupun tak bwk baju mandi sempat lg dia gi terjun kat dlm kolam.yg bolat ni sebenarnya utk baby tp aku tak bg jauh2 susah nak kawal 3 org tp budak 2 org ni gi gak berenang kat kolam belakang tu dan baru aku tau anak aku ni dah pandai berenang

Selasa, 27 Mac 2012

LEMON CURD

salam..
agak2 korang tau tak apa benda dlm gambo tu, haaa itulah dia lemond curd ala2 jem ada ala2 filling tp sememangnya sedap sgt.ini kali ke dua aku buat sejak jumpa resepi ni(bkn kali ke2 dlm bln ni yer)dulu wat resepi masuk dlm fp skrg fp dah mcm tutup terus aje.itulah nak wat rumah byk2 sampai tak terjaga sudah.
First time tengok lemon curd ni kat umah kat rusnah makanya aku pun try memang sedap penuh dgn rasa lemon.klu sape yg suka lemon memang elok lah wat lemon curd ni sebagai sapuan kat roti.



Resipinya - The Star

copy http://kak-rusnah.fotopages.com/?entry=2027079

2 biji telur
2 biji kuning telur
1/4 st garam
1/2 cawan gula
1/2 cawan jus lemon
1 biji lemon diparut ambil kulitnya
 sb mentega dipotong kiub

Cara membuatnya

Pukul telur bersama gula dan garam bila gula sebati masukkan jus lemon,kulit lemon dan di kacau rata......Kacau atas api sederhana hingga agak pekat(kak kacau atas double boiler) kemudian masukkan mentega...kacau sebentar dan tapiskan.Kemudian terus mengacau hingga pekat.....Adunan ini tak akan menjadi pekat macam puding....ia akan memekat selepas disejukkan.Biar sejuk masukkan dalam botol dan barulah boleh disimpan dalam peti sejuk....

Isnin, 26 Mac 2012

KEK BUAH KUKUS ~ ALEX GOH

Salam..
Layan kek buah dulu

Kek ni aku buat sehari sebelum gi jln2 ke Melaka ari tu.Saje nak wat bekal.Abah memang suka mkm kek buah ni klu dulu selalu suruh nenek(mama) buatkan tp sejak dua menjak aku dah buka baking kat rumah maka wat sendiri aje lah.mcm abah ckp klu nak bg suami lekat kat rumah kena bg mkn air tangan isteri baru lah suami tak cari lain he..he..betul ke bang mcm tu?tp abah takde lekat kat umah pun asyik merayau gak klu tak duk bengkel(mcm mana nak lekat masak kek aje nasi mkn kedai kih..kih..blk keje singgah kedai mkn dulu)
Jom tengok resepi yg amat mudah bg aku lah dan tak byk cerewet klu buatnya dan sure blh jd dan yg pasti kek ni sedap.kek ni juga blh tahan lebih dari seminggu walaupun di simpan kat luar tak perlu masuk peti ais.
Aku amat2 lah puas hati dgn resepi ni sbb klu sebelum ni buat kek buah mesti buahnya jatuh ke bawah aje tp kali ni taraaa..you can see..thank a lot pd kak zu semanis gula yg sudi share resepi dan setiap resepi yg aku cuba dr kak zu semuanya menjadi tak pernah lagi tak menjadi alhamdulillah.terima kasih juga pd alex goh yg mencipta resepi ni.



KEK BUAH KUKUS~ALEX GOH

http://kakzusemanisgula.blogspot.com/

BAHAN BAHAN
150 gm air
100 gm butter
120 gm gula perang
500 gm mix fruits ( buah kering campur )
3 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sudu kecil double action b. powder*(letak bp aje 2 s/k)
1/2 sudu kecil soda bikabonate*
1/2 sudu kecil kulit kayu manis ( tak letak )
80 gm walnut ( tak letak )
80 gm badam cincang ( tak letak )-letak almond slice

CARE CARE
1. Ayak tepung bertande *
2. Panaskan periuk kukusan hingge gelegak
3. Masak air, butter dan gula perang hingge kesemua bahan hancur dan sebati
4.Masukkan mix fruits dan biarkan sejuk seketike.
5. Kocokkan telur dan masukkan kedalam aduanan tadi.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rate
7.Masukkan walnut dan badam cincang
8. Masukkan kedalam loyang yang telah dilenser gris dan lapik loyang dengan kertas @ aluminium foil
9.Kukus selame 90 minit dengan api yang BESAR.

Note~jika kek dah sejuk simpan di bekas yg bertutup rapat supaya kek tidak menjadi terlalu kering.
kek ni boleh tahan lebih dari seminggu
tak perlu simpan dlm peti air kerana walaupun dlm suhu bilik kek ni tetap cantik utk di potong
berat kek ni selepas di masak anggaran 1 kg utk satu resepi.

Khamis, 22 Mac 2012

MELAKA IN MEMORY...16 MAC-17 MAC

Salam
kali ni kita citer pasal jln2 pulak.biasalah skrg budak2 dah sekolah bila cuti aje ajak jln(bkn budak yg nak jln2 mak budak pun terlebih sudah)kami plan nak tido sana 2M3H tp dah jd 1M2H aje sbb mcm dah boring lak.Pergi jln kali ni kami tak book hotel cuma masa OTW nak ke sana aku tanya no tepon kat pakcik google lepas tu call.mula2 call bayview full book,renaissance tinggal yg deluxe yg regenya RM500++ melampau klu ambik,call lg equatorial penuh last2 dpt lah grand continental deluxe room.ok lah dgn hrgnya.masa nak register baru aku teringat yg budak 2 org ni nak mandi kolam.tanya kat kaunter dia ckp hanya utk dewasa aje alamak..kami mintak hold dulu keluar pergi cari hotel lain cal lagi semua tinggal utk club aje yg regenya sampai rm1k pun ada.gila klu aku ambik baik duit tu aku pi shopping lagi bagus kan.jd kami patah balik ke GC ambik gak lah bilik tu walau takde kolam mandi budak2.tp bilik pun ok 2 katil queen.bilik pun besar klu utk family yg ramai ok gak sewa satu bilik mcm kami ni 4 beranak rasa lega lah duk bilik besar.moral of the story time cuti sekolah baik book hotel siap2.dulu aku nak book abahnya tak sure nak pergi ke tak(tak suke plan yg mcm ni)
xtvt pertama lepas check in hotel.abahnya beria sgt nak bawak budak2 ni naik beca.satu beca RM25 agak mahal gak aku rasa tp bos ckp tak kisah naik aje.kami ambik 2 beca klu naik sekali takut tak muat kan kami ni sihat2 seme.(aku tengah sakit kepala sgt2 masa ni gi beli activfast dulu tu baru dpt senyum kambing kit)
lepas dah naik kami baru perasan yg kami kena caj mahal sbb masa pergi mkn abah saje borak2 dgn pemandu beca dia ckp biasa caj RM15 atau RM20 aje.adoiii kena lagi tp takpe dah rezeki dia org.
singgah koat A Farmosa jap jd drebar beca tunggu kami ambik gambar dulu
lepas naik beca naik menara pulak.

tempat duduknya mcm donut jd semua penumpang kena duduk pusing menghadap ke cermin.lebih kurang 15min duduk kat dlm ni.

view dr atas menara.elok gak kami naik ni sbb baru nampak ada kolam mandi utk budak2 lepas lah hajat dia org nak mandi kolam.

yg jauh tu pulau melaka.

jalan jauh2 kami gi mkn kat nasi lemak antarabangsa aje.utk makanan kat melaka ni mcm kurang kena dgn selera kami.

last xtvt sebelum balik mandi kolam 1 1/2jam rm1.blhlah drp takde kan
bye2..melaka ada rezeki kami dtg lagi.insyalalh

Rabu, 21 Mac 2012

ORDER LAGI..

Salam wordless wenesday...
layan..
apam versi muffin cup
jika berminat utk order blh call @ sms 019-9543616
harga buat masa sekarang 2012
RM40 utk 50 biji
jika ada yg berminat utk order silalah call di 019-9543616
kawasan pudu ulu cheras, maluri, sharmelin dan sekitarnya
terima kasih pd yg sudi order dan tak jemu2 mengorder walaupun berkali2

Rabu, 14 Mac 2012

FRUITY BRAIDED BREAD

Salam..
Tergoda dgn blog kak yatie yg menayangkan ke seksian roti ni jd balik rumah aku pun keluarkan BM aku yg dah lama tak beroperasi tu.Sampai cik abg ckp beli mahal2 tp simpan aje buat apa.
Aku pun gatal mulut pergi ckp BM tu tak byk produce product asyik buat mkn free aje.dan skrg sejak aku wat roti ni ramai lak yg minat nak mengorder sedap katanya..kembang semangkuk aku


FRUITY BRAIDED BREAD


http://yateasybakes.blogspot.com/

Ingredients:

350 g flour
40g sugar
¼ tsp salt
7g yeast
170ml fresh milk
1 egg
45g butter
1 ½ cups of dried fruits (raisins, cranberry, dried cherry)
1/2 s/k bread improver~sendiri tambah

Glaze (lightly beaten together)
1 egg
1 tbsp fresh milk

Topping
Some almond flakes
1 tbsp of sugar(tak letak gula tp tabur dgn black sesame)

ini roti yg telah di terbalikan.lihatlah bertapa gebunya ku he..he..tp kurang garing di bawah ni sbb aku dah ngantuk jd masuk roti dlm oben aku pun tido bangun pg baru tengok dan ini lah hasilnya.
1.Combine sifted flour, sugar, salt and yeast in a mixing bowl. Mix well Beat egg in milk, add slowing add it into the flour until it form a soft dough. Mix in butter and continue to beat until the dough is smooth. If at this stage the dough is a bit wet add a tbsp of flour. Add in all the dried fruits and nuts and mix well.

2. Cover mixing bowl with a damp tea towel. Leave aside in a warm place in the kitchen for an hour or until double in size.

3. Remove dough from the mixing bowl onto a lightly floured tabletop. Knead lightly then divide into 3 equal portions. Roll each portion into a strip 30cm long. Lay them side by side then gather the ends of the strips together and weave into a braid. Bring both ends of the braid together and make into a loop. Put it on a greased baking tray and cover with cling film. Let it rise for another 40 minutes until doubled in size.

4. Brush lightly with egg wash and sprinkle with almond flakes and sugar. Bake in a preheated oven at 350 degree F for 35-40 minutes or golden brown.

Source: Gert . Thanks dear..

Nota~roti ni dah manis jd tak perlulah di taburkan lagi gula di atasnya sbb kemanisan buah2 kering tu dah meresap ke dlm roti tersebut.

Isnin, 12 Mac 2012

Tergoda tengok along tayang kek pisang dia jd aku pun wat gak.sementara stok pisang ada jd wat lah.memang sedap kek ni lembut giler tapi tak hancur bila potong.lepas satu mlm lagi moist kek ni dan wangi aje.buat pun senang cuma..(ada gak cuma tu) kek ni agak oily mgkin butter tu lebih sikit dr yg lain kot jd kali ke 2 aku buat kurangkan jd 250g ok lah tak oily dan tetap gebu.sedap he..he..puji diri sendiri lak kan.

BANANA & POPPY SEED CAKE

By: AlongRoz@HomeKreation
Source: YummyLittleCooks
Sukatan resipi & bahan telah di ubahsuai oleh HomeKreation
Alih bahasa oleh HomeKreation

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
262g Butter (lain kali kena guna 250g aje)
75g Gula
1½ sb Mandarin Sunquick (HomeKreation) -tak letak pun
6 bj Kuning Telur
225g Tepung*
¾ st Baking Powder*
¼ + ⅛ st Baking Soda* (* ayak sekali)
160g Pisang Ranum - lecek
22g Poppy Seed
6 Putih Telur**
150g Gula** (** pukul sehingga bertanduk)

CARA2:
1. Pukul butter & gula sehingga kembang.
Masukkan sunquick, kuning telur dan kacau sebati.
Masukkan tepung, pisang, poppy seeds sambil di gaul sebati.
Campurkan telur putih kembang, 1/3 setiap campuran, sehingga sebati.
2. Tuangkan adunan ke dalam tin yg telah di lapik & gris.
Bakar 180C selama 45- 50 minit atau sehingga masak.
3. Sejukkan sebentar sebelum di keluarkan dari tin & di potong

NASI MINYAK PUDINA

Salam..
pagi2 dah tayang nasi yer buat ngantuk lah ni tp ni nasi masak dah lama hampir sebulan dah he..he..

ni resepi nasi minyak biasa aje cuma bezanya aku letak daun pudina jd bila bukak periuk tu terasa mcm letak ubat gigi lak dlm nasi tu tp bila mkn ok aje tak lah rasa ubat gigi.
resepinya tak yah lah kan sbb ni nasi minyak bodo aje main campak2 klu ada yg teringin nak wat cari resepi nasi minyak lepas tu tambah aje daun pudina.biasa org wat nasi briani letak daun pudina ni nasi minyak lak letak daun pudina.
jom lah tengok apa kawan2 nasi ni memang tak masuk langsung tp itu aje yg ada dlm stok peti ais nak gi kedai dah malas jgn kata nak ke pasar lg jauh ler

sambal ikan bilis dan sambal tempe,kuahnya gulai tulang tp takde gambar lah

Khamis, 8 Mac 2012

MUFFIN PISANG

Salam..
Skrg dah kurang busy jd blh update blog tp dlm kepala ni duk pikir stok2 brg yg nak kena beli.hari ni tiba2 order dtg mengejut seme nak tolak tak blh jd terima aje lah tp mlm karang ada yg kena tongkat mata ni.aku dah set smlm ari ni cuma wat order cupcake aje tiba2 rezeki ari hujan td antor kembar ke sekolah dah alang2 masuk dlm class cikgu order apam dtg opis ada lg order ptg ni order krimpuff lg.kan ke best klu aku tak keje bukak bisnes jual kueh aje.aku suke..suke..tp bos yg tak suka hu..hu..so kita kena seimbangkanlah.insyallah aku akan siapkn seme order tu.

ok kita layan resepi yg dah lama basi ni.muffin ni memang sedap mungkin ada unsur pisang itu sbb sedap kot.aku ni kureng layan muffin lg suka kek tp muffin ni agak lembut dah memang sgt2 sedap.Buat muffin ni sbb nak perabih pisang jumaat yg org bg.Kak nani terima kasih yer sbb tiap2 minggu bg pisang kat aku.
jom layan

MUFFIN PISANG
http://www.myresipi.com/top/detail/1095
Bahan-bahan ( 12 regular sized muffins )


1 1/2 cwn tepung naik sendiri
1/2 cwn gula caster
1/3 cwn minyak masak
1/2 cwn susu segar
1 biji telur
3 biji pisang, dilenyek

Cara-cara 1.A - Masukkun tepung di dalam mangkuk yang besar. 2.B - Campurkan gula, telur, minyak, susu dan pisang dan kacau hingga sebati. 3.Masukkan B kedalam A dan dengan menggunakan garfu, kacau menggunakan "fold in" method - Mixture should still be lumpy. 4.Sudukan adunan ke dalam tin muffin dan bakar selama 25 - 30 mins didalam ketuhar yang panasnya 170C.
cantik tak paper cup tu.aku baru aje beli paper cup saiz ni rasanya baru keluar kot(ke aku yg ketinggalan) beli kat bake with yen kat chowkit.aku klu gi sana blh rabun berpinau2 mata ni seme nak.sudahnya takde tempat nak simpan.
 
budak2 pun suka dgn muffin ni,adik sampai 2 biji sekali mkn(mcm byk sgt-bg aku tu dah kira byk sbb dia org memang jenis tak suka mkn)
 
ok kita seletkan juga order2 yg mana aku rajin ambik gambar,skrg ni aku dah malas nak ambik gambar order sbb benda yg sama aje,klu kek tu ok lah mcm2 pesen kan.
kek coklat moist.order dr kak umi katanya nak bunga2 walaupun anaknya lelaki
apam sekali

order dr kak saadiah utk majlis tahlil
 
order dr zaid
order dr kak moh nak wat blk thailand.kak moh ni tokey kedai tomyam jd bila nak balik buat blk byk sekali.tengok tarikh kat gambar tu.sama dgn waktu aku nak wat kenduri.
kek pisang dgn poppy seed ni pun nak wat balik thailand gak tp aku lupa nak ambik gambar sibuk2 nak gi keje sampai tertinggal kat rumah.jd ambik gambar yg sebelum tu lah.

Selasa, 6 Mac 2012

MAJLIS KESYUKURAN KE 10 TAHUN...25 Feb 2012

Salam..
Dah agak lama menyepi blog ni jd tuan rumah dtg cuci rumah sekali buat kenduri kesyukuran lah.terima kasih kpd mereka2 yg hadir dan mendoakan kesejahteraan kami.Sebenarnya niat asal kenduri ni sbb nak wat mkn2 aje utk penduduk pudu ulu.Abg pernah ckp dia dah niat klu siap semua order kat pudu ulu dia nak wat mkn.Jadi nak di jadikan cerita ramai sgt yg bertanya kenduri ni sempena apa jd aku dgn spotan aje jawab kenduri 10 thn kawen he..he..sudahnya riuh sekampung ckp ulangtahun ke 10.sebenarnya ulangtahun tu lagi 3 bln tp takpelah dah wish awal2 pun kira ok gak...tp kenduri ni sepenuhnya di masak oleh cik abg cayang ku itu dan bahagian dessert telah diselenggarakan oleh anak beranak ku ittew..terima kasih mama dan mariah yg telah bertungkus lumus membuat kueh sbb aku asyik sibuk dgn order aje he..he..tp aku pun ada wat gak lah.
ini aje gambar yg kami sempat rakam,lepas tu yg ambik gambar pun tak clear sbb cahaya jd aku kena letak boader mcm ni ok tak? pujuk hati sendirilah ni.
antara gambar2 yg ada dlm folder.


menu2 yg di hidangkan antaranya :
Nasi briani
Ayam masak merah
Rendang Tok
Dalca
Acar mentah
terima kasih yg tak terhingga kpd mereka2 yg telah sudi membantu menjayakan majlis dan menyumbang tenaga.

orang2 kuat yg sibuk membuat kueh dan menjaga kueh.
*brownies
*apple crumble tat
*fruit tartlet
*carrot cake
*dodol(ditaja sepenuhnya dari mama home made)


sesi tahlil dan juga kaum keluarga yg mana sempat ambik.hai rayyan tak nangis lak alang dukung klu atuk dgn nenek ambik nangis yer.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...