DAPUR KECIL KU

Memaparkan catatan dengan label Masakan Cina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan Cina. Papar semua catatan

Isnin, 9 April 2012

GINKGO NUTS & LOTUS SEED IN SWEET SOY MILK

Salam..
Rasanya mcm dah lama sgt tak masuk N3 bkn apa ada aje yg menghalang utk post N3 kadang terlupa bawak kamera nak upload gambar,kadang dah bawak kamera lupa nak bawak USB kadang dah ada seme tuan rumah lak yg banyak keje.tapi skg ni mcm keje tu slow sikit lah tp ada aje keje tu,keje memang tak pernah abis lah kan.skrg aku nak taip ni kena jaga2 sikit sbb ada reader baru hu..hu..(bos aku lah entah mcm mana dia dpt tanya dgn pakcik google ni) ok lah skrg kita citer pasal pemanis mulut dari kalangan masyarakat cina.Aku terpandan resepi ni masa masuk umah kakak ku ittew sape lagi klu bkn madiha dia memang suka cuba masakan cina mgkin ini di sebabkan kami ni ada darah kacukan cina atau apa aku tak tau lah tp moyang kami dulu memang asal dari yunan china(ini mengikut kata arwah nenek aku lah) sbb tu aku masa muda2 dulu ceh wah (skrg umur dah tambah dah) bila tak pakai tudung org cina suka ckp cina dgn aku ingatkan aku ni cina.skrg ni dah insaf dah pakai tudung jd melayu asli lah he..he..ok jgn merepek byk sgt jom layan manisan ni yg bg aku ok lah tp tak gemar sgt dgn rasa ginkgo tu tp klu lily bulbs dgn lotus seeds tu memang sedap anak2 aku suka gak tp suka kuah aje hu..hu..(memang lah sbb tu air soya)




Ginkgo Nuts & Lotus Seed in Sweet Soy Milk


Nama resepi asal adalah Sweet Reunion

Rujukan : Flavours Magazine
copy madiha

Ingredients
300 gm dried ginkgo nutts
200 gm dried skinned lotus seeds ~soaked overnight
100 gm dried lily bulbs (pak hub) ~ soaked for 1 hour
1 litre unsweetened soy milk-beli soya kotak aje yg less sugar
2 pandan leaves, knotted
10 gm rock sugar or to taste - tak letak

Boil ginkgo nuts in their shells for 5 minutes to facilitate shelling. Drain and cool the nuts. Crack shells and remove nuts and skin. Using a small paring knife, slit the base of the nut and prise out the bitter heart of the ginkgo.
Using a small paring knife, slit the base of the lotus seeds and prise out the bitter green hearts.
Boil the lotus seeds and soy milk over medium heat for 15 minutes. Add the ginkgo nuts, lily bulbs, and pandan leaves. Continue to boil for another 20 minutes, until the ginkgo and lotus seed are soft. Season to taste with rocks sugar, discard the pandan leaves and serve hot or cold.

buatnya dah lama hampir sebulan tp baru nak tayang.klu kawan2 nak cuba brg2 ni boleh beli kat kedai ubat cina tp aku dah merata cari kat kedai ubat cina depan umah memang tak jumpa jd aku mintak tolong madiha belikan seme barang2 tu he..he..dan klu nak lebih kenal pasti rupa paras bahan2 ni kena gi umah madiha yer sana dia ada tunjuk rupa paras nya.

Sabtu, 30 April 2011

YEE MEE KICAP

Salam...
ramai jugak yer peminat donut pisang tu tp mintak maaf lah dah abis dah masa buat tayangan tu.kita memang suka buat donut2 ni bukan apa tengok bulat2 cantik aje tp bab bulat2 cantik tu yg kita selalu aje faill.bila tiba time geram belasah aje bentuk apa janji dpt mkn donut.
Jom kita layan yee mee kicap dari dapur marlida pulak.resepi ambik kat dapur kak ummi kuantan.ari ni masuk tengok2 talam lapis pisang pulak.alamak dah terliur tp nak mengukus kuali pulak yg bawak masalah.al kisahnya kat umah ku itu skrg ni dah ramai tukang masak klu dulu aku sorang aku tukang masaknya skrg Cheff E dah ambik balik title chef jd bila time dia masuk dapur paham2 aje lah(org tahap cheff ni agaknya tau masak aje kot bab kemas mengemas serah kat org lain tp nak cantik aje~minta ampun syg yer tp itu lah yg ibu rasa tiap kali abah masuk dapur mesti jd mcm tongkang pecah dapur tu)
kemudian ada lagi tukang masak yg dulu aku import dari kg,tiap2 mlm agak2 org lain seme dah tido dia baru masuk dapur nak masak sudahnya aku bangun pagi tengok dgn bekas dlm sink kuali atas dapur nya.Aduhhh penattttttttt.entah lah agaknya klu aku ni jenis yg cepat turun badan dah lama kot kurus duk uruskan seme ni.semenjak buka gerai ni aku rasa mcm dah tak cukup rehat di buatnya.bukan salah buka gerai tp salahnya aku takde masa nak buat keje umah. dan kerana kembar yg langsung tak mau diam mengalahkan baby yg baru pandai jalan.
Bayangkan lah aku tiap2 hari kena bangun dalam jam 4 @ 5 pg utk kemas rumah dan siapkan seme barang2 utk kembar.Jam 8 pg antor kembar ke tadika walaupun class mula jam 8 pg tp aku kul 8 pg dari umah sbb nya.Kembar memang jenis susah bangun pg.belum masuk bab citer meragam tak nak gi sekolah lagi.Lepas antor kembar masuk opis kul 5 ptg keluar,waktu ini lah aku nak keluar cari brg dapur sikit2 kemudian dlm jam 5.30 ptg ambik kembar dari nursery.yg ini satu hal lagi dr pintu nursery nak masuk kete bukan main susah lagi kdg2 1/2 jam aje aku duk kat sini duk mengejar kembar masuk kete.dah masuk sorang gi kejar sorang lagi elok dpt tangkap dah yg masuk td keluar balik.Jadi skrg Yatie pembantu nursery tu tolong aku antor kan kembar masuk kete.org lain takde lak dia hantar masuk kete.ini lah kembar yg hyper aktif.pening aku klu kat umah pulak tak payah ckp lah semua tempat dia org selongkar jd tempat main yg paling aku tak tahan klu aku dah siap lipat kain berbakul2 kemas masuk almari tak sampai 1 jam almari tu akan jd clear aje semua baju dia org hilang,takde sepah2 atas lantai tppppp penuh dlm beg balik kg huawww....penat aku lipat.bila aku marah katanya nak ajak balik kg.jd skrg aku langsung tak kemas pakaian dia org dlm almari tu kosong aje.aku letak aje atas sofa kat ruang tamu elo pulak dia org tak usik,sib baik umah aku jarang ada tamu klu tak huru hara.
sorry lah aku lepas perasaan pulak kat sini.Dah lah jom layan yee mee kicap ni memang sedap giler walaupun nampak simple.ramai pulak peminatnya bila bawak turun kat gerai.


YEE MEE KICAP

Sumber: Kak Ida @ 1001 Resepi
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/03/yee-mee-kicap.html

Resepi untuk kuah yee mee

Bahan Ditumbuk:
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan Sampingan:
1/2 ekor ayam, potong kecil (akak guna 400 gm daging)guna ayam lagi best
10 keping cendawan hitam, rendam hingga kembang(kita guna cendawan segar)
1 batang lobak merah, hiris nipis
sedikit sawi, potong kecil
1 biji tomato, potong kecil
telur 4 biji (*akak letak 3 biji) kita buat satu sanggul satu biji telur
3 sanggul yee mee kering (*akak letak 2 sanggul yee mee jek)
4 - 5 cawan air
bancuhan tepung jagung + air (akak letak 1 1/2 sudu besar tepung jagung + 1/3 cawan air)

Bahan Sos (campurkan semua dalam mangkuk kecil)
5 sudu besar kicap masin
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar kicap cair
3 sudu besar sos tiram
sedikit garam, perisa dan serbuk lada putih

Cara-Cara Masak Kuah:-

Tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
Masukkan ayam dan kacau sebentar.
Masukkan 4-5 cawan air dan biarkan mendidih sehingga ayam separuh empuk.
Masukkan cendawan hitam, carrot dan sos dan didihkan sehingga ayam empuk.

Cara Hidang:
Sendukkan kuah dan ayam ke dalam hotplate (akak guna kuali jek..hehe), biarkan didih sebentar.
Perlahankan api dan masukkan campuran tepung jagung dan sedikit air untuk memekatkan kuah.
Kemudian masukkan yee mee, tambahkan kuah jika perlu, masukkan sawi dan tomato.
Pecahkan 4 biji telur kedalam kuah. biarkan mendidih sebentar sebelum di hidangkan dengan potongan cili padi dan kicap
blurr lak gambar ni

Sabtu, 31 Julai 2010

KUEH LOBAK PUTIH

KUEH LOBAK PUTIH


copy mamawandiha.
Sumber : Resepi yg telah diubah suai oleh Kak Rusnah http://kak-rusnah.fotopages.com

Bahan2
350 gm lobak putih diparut,direbus dan ditoskan (terlebih parut.. letak 370gm)
250 gm tepung beras
20 gm tepung ubi
500-600 ml air (MaDiHaA letak 550 ml)
50 gm udang kering direndam kemudian ditumbuk
garam secukup rasa
sedikit gula (MaDihaA letak 2 sudu teh)
1/2 st kiub perasa ayam (1/4 kiub ayam)
1/2 st serbuk lada
1/2 biji bawang besar dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
sedikit minyak
daun bawang dan bawang goreng utk hiasan
bijan goreng juga utk hiasan
cili sos.

(Kalau ikut resepi asal ada dimasukkan biji ketumbar dan cekur di dalam adunan tu....eh tak boleh bayang Rasanya bila ada 2 bahan ni....jadi kak Rus ketepikan..... MaDiHaA pun ikut kak Rus gaklah.. hehe)
Penyediaan
1. Panaskan minyak & tumis bawang besar, masukkan bawang putih diikuti udang kering yang ditumbuk tadi kemudian masukkan lobak putih yg dah direbus dan tos tadi. Kacau2 biar rata. Tutup api & ketepikan.
2.Dalam satu bekas lain, campurkan tepung beras, tepung ubi, garam (MaDiHaA letak garam lepas siap dibancuh dengan kiub ayam sbb takut terlebih masin), gula, perasa ayam, serbuk lada dan diadun dgn air.
3.Masukkan campuran tepung ke dalam kuali tumisan tadi dan dikacau. (Masa ni.. rasakan masinnya.. then barulah MaDiHaA tambah garam biar ada rasa masin sikit2 je). Seterusnya pasangkan api semula dan kacau sekejap selama 2-3 minit atau bila nampak adunan memekat sikit (jangan pekat sangat!!).
4. Sediakan kukusan....ratakan adunan ini ke dalam acuan yang dilenser minyak dan kukuslah selama 45 minit.
5.Biarkan sejuk..... dipotong setebal 1 cm (atau sesuka hati anda) kemudian digoreng tohor dengan sedikit minyak. Goreng kekuningan di dua belah kuih......dan boleh dihidangkan bersama sos & bahan hiasan. Boleh juga dihidang tanpa goreng setelah dihias dengan topping/hiasannya

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...