DAPUR KECIL KU

Memaparkan catatan dengan label Masakan Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Masakan Jepun. Papar semua catatan

Selasa, 12 April 2011

TAKOYAKI

Takoyaki lagi...
kali ni guna resepi yg madiha tunjuk ari tu sblm ni kita guna resepi lain.resepi ni lagi sedap dari yg sebelum ni(mintak maaf ler pd empunya resepi sebelum ni tp itu pd kesedapan rasa anak tekak kita lah lain org lain citarasanya kan)

resepi nak gak ke?klu nak gi jln2 kat umah madiha yer kita malas lak nak kopipes kat sini nanti klu senang2 kita wat lah kopi nya yer.
Resepi : Ilhamusafir


Ditulis & di edit cara penyampaiannya oleh : MaDiHaA

Bahan2 Sos Takoyaki (boleh juga digunakan untuk Okonomiyaki)
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia ~ diparut halus
1 ulas bawang putih ~ diparut/tumbuk halus
¼ cawan gula

Cara2 Menyediakan Sos
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat.
Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol sos (yang biasa kita letak mayonis yang senang nak picit tu)

Nota dari Ilhamusafir: Untuk pengetahuan tuan tuan dan puan puan sos ni bertahan selama sebulan jika disimpan di dalam peti ais..

Bahan2 Batter Takoyaki
1 cawan tepung gandum
300 ml air (MaDiHaA tambah lagi 50 ml air)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam..
1 biji telur

Bahan2 Isian Takoyaki
Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball.
Antara bahan2 yang sesuai ialah :
Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet (MaDiHaA guna isi udang & Crab fillet)
Daun bawang ~ dipotong halus
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Serbuk ikan bilis (MaDiHaA tak letak)
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi.. (hirisan ikan bonito nipis macam kertas

tapi kita wat takde yg benda melambai2 tu bonito dah cari kat jusco maluri tapi takde nak gi jusco midvalley rasa mcm tak pasal lak.padahal klu gi umah makcik slalu lalu kat depan mid tu.

Sabtu, 19 Februari 2011

CHICKEN TERIYAKI

Ini lak resepi ayam kegemaran anak2 ku itu.Jgn kata budak mak budak pun suke he..he..masak pun senang sgt2.Masa blk kg ari tu dah blur tak tau nak masak apa sbb nya asyik nampak ayam aje sampai muka pun dah rupa ayam kot.he..he...dalam duk masak2 ni anak buah aku alisya ckp nak tengok 'Kok'.aku pun pelik gak dengar apa benda lah 'Kok' ni.rupanya dia panggil ayam tu 'Kok' sbb ayam kan berkokok,ada lojik tak.bese lah budak baru belajar nak bercakap suka ati dia lah nak sebut apa pun.kembar yg dah tadika pun ckp sungai tu 'air ikan'.eh..eh..dah melalut pulak jom tengok resepi yg aku ambik dr hana ni.


Chicken Teriyaki
copy hana

Bahan-bahan

2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian(guna ayam yg dah di potong kecik,ramai ler tak leh nak ambik yg isi aje)
3 inci halia - parut
3 ulas bawang putih - parut
3 sb madu
4 sb kicap manis
1 sb gula perang-takde guna perang belasah gula pasir
1 sk garam

Cara-cara
cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.(kita tak perat tp uli2 ayam tu bg rata seme bahan2 kemudian terus masak)
Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi

Note~ sedap dan senang klu nak pedas pecah2 cili api masa masak memang marbeles abis lah.
aku bab menghias ni memang malas tp klu tengok mcm tu ada sape2 terliur tak?klu terasa-rasa tu elok ler masak yer hujung2 minggu ni.

Sabtu, 31 Julai 2010

SHUSHI


Saje2 buat shushi ni guna chuka yg beli kat jusca.aku memang suka shushi jenis mcm ni jgn bg yg mentah sudah,memang tak lalu nak telannya

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...