DAPUR KECIL KU

Sabtu, 27 Mac 2010

CHICKEN GOLDEN BLEU

CHICKEN GOLDEN BLUE


COPY MADIHA

Bahan2 Untuk Ayam

2 ketul dada ayam

2 batang sosej ayam

2 keping keju slice

garam secukupnya

lada sulah secukupnya

sedikit sos tiram

tepong jagung secukupnya

bread crumb secukupnya

1 biji telur

minyak yang banyak untuk menggoreng deep fry



Sos perang / Sos cendawan secukupnya (lihat resepi di bawah)



Side Dishes Tambahan yg Lain

1 tin kacang panggang

Salad atau boleh jugak buat coleslaw

Side dish berasaskan kentang spt mashed potato/curly fries/ french fries (MaDiHaA guna hash brown)

1. Bersihkan ayam, buangkan kulit serta tulang2nya. Gunakan isi sahaja. (tapi terpulang masing2 jika anda suka bahagian kulitnya tak perlu buang) Buatkan lubang ditengah2 dada ayam agar dapat dimasukkan sosej dan keju slice.

2. Balutkan keju slice pada sosej lalu sumbatkan ke dalam lubang yang dibuat ditengah2 dada ayam tadi. Jika ada bahagian yang nampak terbuka boleh cucukkan dengan lidi satay yang tajam supaya nampak kemas. (pastikan lepas goreng, buangkan balik lidi satay tersebut. Buatkan cara yang sama pada dada ayam yang seketul lagi.

3. Taburkan garam, lada sulah & juga sos tiram pada dada ayam tadi dan gaul rata. Biarkan sebentar.

4. Pukul telur lalu ketepikan sebentar. Sediakan tepong jagung di dalam sebuah pinggan. Sediakan serbuk roti di dalam sebuah pinggan yang lain. Ambil dada ayam tadi lalu masukkan ke dalam tepong jagung dan ratakan keseluruhan dada ayam. Celupkan pula ke dalam telur hingga rata lalu masukkan pula ke dalam serbuk roti dan balik2kan agar seluruh dada ayam tersalut dengan serbuk roti. Ketepikan. Ulang yang sama untuk dada ayam yg satu lagi.

5. Panaskan minyak yang banyak dengan api yang kecil/sederhana. Goreng ayam tadi sehingga garing & masak.

6. Sediakan pula sosnya. Boleh ikut resepi original Kak Amal di sini atau ikut resepi yang MaDiHaA buat kat bawah tu yer. MaDiHaA tukar resepi sebab tak jumpa cari serbuk sos perang macam Kak Amal tu.. maaf ye K. Amal sebab ubah2 resepi akak.

7. Semasa menghidang. Kepingan ayam tu di potong 2 (1 ketul boleh utk 2 set). Dalam pinggan yang besar, susunkan ayam, hashbrown, salad dipicitkan sos thousand island & sudukan kacang panggang. Tuangkan sos cendawan di atas ayam & sedia untuk dinikmati semasa panas2



(Note : MaDiHaA punya ayam kurang masak di bahagian dalam walaupun dah goreng dengan api yang kecil mungkin sebab MaDiHaA guna ayam yang besar sangat.. so.. setelah dipotong MaDiHaA terpaksa bakar semula dalam oven suhu 200C selama 10 minit. Jadi sebahagian cheese dah melt dan ada yang keluar sebab ayam tu MaDiHaA dah potong dua.)



MUSHROOM SOS

Bahan2

1 biji bawang besar ~ didadu halus

2 sudu besar minyak zaitun (olive oil)

1 sudu besar mentega

1 sudu besar tepong gandum

1 sudu besar tepong jagung (dibancuh dengan ½ cawan air di bawah)

2 cawan air

1 cawan susu segar

1 kiub lembu

½ sudu kecil serbuk lada sulah

½ sudu kecil serbuk lada hitam (MaDiHaA tumbuk sendiri jer.. kalau nak lebih pedas boleh lebihkan)

½ tin cendawan butang (dlm 5 biji saiz besar) ~ hiris nipis

3 sudu besar sos perang/brown sauce (MaDiHaA guna sos HP original)

3 sudu besar kicap manis

½ sudu kecil oregano cincang (MaDiHaA guna dried oregano)

garam secukup rasa



Cara2

1. Panaskan minyak zaitun & mentega. Tumiskan bawang besar cincang hingga layu. Kecilkan api lalu masukkan tepong gandum dan kacau rata. Masukkan susu segar dan air (pastikan tinggalkan ½ cawan air untuk dibancuh bersama tepong jagung).

2. Masukkan kiub lembu, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, cendawan butang, sos perang HP dan kicap manis.

3. Biarkan sos mendidih sebentar sambil dikacau2 sentiasa. Masukkan air bancuhan tepong jagung & juga garam secukup rasa. Biarkan sos mendidih dan agak2 pekat sedikit. Jangan terlalu pekat sangat pulak ye. Bila dah secukup rasa bolehlah dimatikan api dan dihidang dengan ayam golden bleu yang siap digoreng ataupun boleh juga hidang dengan steak kesukaan anda.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...