DAPUR KECIL KU

Sabtu, 26 Mac 2011

BLUEBERRY OSAKA SOFT BUN

Resepi yg di buat ahad lepas
sedap dan lembut walau berhari2



BLUEBERRY OSAKA SOFT BUN
Resepi: Ros@JintanManis
Dirujuk : Ummi @Home Sweet Home

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
• 300gram tepung roti
• 80gram tepung gandum
• 2 sudu besar water roux
• 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
• 1 1/2 sudu besar marjerin
• 2 sudu besar gula
• 1/3 sudu kecil garam
• 2 sudu kecil yis
• 160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux:
Masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api perlahan. Setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)



Cara-caranya ( Doh Roti):

1. Kaedah 1 - penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2 - Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.

5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

#Note: Akak picitkan bluberry filling ke atas roti yang telah naik dan telah disapu dengan telor dan susu tadi sebelum dibakar.

PON DE RING

Menarik dan tertarik dgn rupanya dan aku ingin merasa apa agaknya rasanya jd ke esokan selepas buat kek coklat kukus tu aku pun mulanya xperimen pon de ring ni.bahan2 nya mudah aje so layan aje lah.rasanya se akan2 kueh getas  yg kenyal2 gitu mcm badak pun tp sbb letak tofu lembut jd ada rasa soya tu.agaknya klu letak kelapa muda lagi lemak rasanya(memandai aje aku ni)



RESEPI PON DE RING
source : cookpad.com
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
150g tepung pancake
100g tepung mochi kome @ glutinous rice flour
200-250g tofu lembut
cooking chocolate - dipping


Cara-cara
Uli semua bahan sebati. (Mulakan dgn 200g tofu dahulu..supaya doh tidak terlalu lembik, jika kurang baru tambah skit2..tak perlu semuakan sehingga 250g.. akceli doh mmg sedikit melekat..but dun wori..)
Sediakan kertas minyak yg dipotong empat segi. Basahkan tangan dgn sedikit air. Ambil sedikit adunan dan bulat2kan sebesar duit 10yen.
Susun rapat di atas kertas minyak hingga membentuk gelang.Buat sehingga abis.
Panaskan minyak, goreng donut skali dgn kertas minyak. Biarkan sebentar sehingga donut melekat dan kertas minyak tanggal.Keluarkan kertas tersebut. Goreng lagi hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Cairkan chocolate secara double boiler.. Celupkan separa donut ke dalam choc dan biarkan sejuk.
Donut ini boleh juga di sira dengan gula/madu+aising/dip white@stoberi choc atau letak inti jika suka. Atau taburkan gula macam biasa.

Nota: Jika tiada tepung pancake, mungkin boleh gunakan tepung gandum + 1sm gula + 1sk baking powder + sedikit garam. Dan tepung mochi kome maybe boleh digantikan dgn tepung pulut tp maybe tak se`chewy` mana la kot.. (kita dah cuba cara ni)

KEK ALUNAN KASIH

NAk kena laju sikit update byk sgt gambar dlm ni nanti terus lupa apa benda yg di masak dah nak buat rujukan susah



KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
http://serojakitchen.blogspot.com/2010/12/kek-alunan-kasih.html

BAHANNYA
5 Biji Telur
1 ½ cwn Planta atau (250g) - akak ltk 250g butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) - akak pun kurangkan
1 sudu kecil baking powder atau 3 sk (sudu kfc)
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.

Cara2:
Pukul planta dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Nota dr seroja :

Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut

serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit

bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik

ROTI YOGURT & KIMBALL SOUP

Tengok kat umah izah yg pandai buat muffin tu mcm best aje roti yogurt ni jd aku bila hujung minggu 2 minggu lepas aku buka peti ais adalah ternampak plain yougurt yg dah lama aku beli,masa beli ingat nak wat non bake cheese cake tp tak jumpa lagi gelatin daripada yougurt tu rosak baik aku try buat roti dulu he..he..



ROTI YOGURT
http://izahdaut.blogspot.com/
sumber: kak yani@myR

Bahan-bahan ( 1 )
250g tepung roti(guna tepung biasa aje)
100g yogurt * -plain yougurt(guna 1 cup)
60g susu * susu segar
25g telur * 1/2 biji telur
20g gula * saya letak 30gram
3g garam
30g marjerin
2.5g dry yeast * saya letak 3 gram (lebih kurang 1 1/2 sudu kecil)

Cara-cara
Masukkan semua bahan ke dalam home bakery. On kan. Biar sampai masak.
* saya guna BM dan ikut saja arahan penggunaannya. Jika uli dengan tangan campurkan semua bahan dan uli hingga doh licin. Perap doh hingga 2 kali ganda kembang. Tumbuk doh untuk keluarkan angin. Kemudian bentukkan doh ke beberapa bahagian. Tunggu hingga doh kembang lagi dan bakar pada suhu 170 C selama 25 minit atau perang.
jika membakar dlm loaf, disyorkan bakar pada suhu 160 C selama 30 minit atau perang

Note~kita terus masak dlm BM tu.takde transfer mana2 bekas senang.masukkan bahan2 sblm masuk tidur set kan masa terus masuk tido pagi esok seme dah siap masak he..he..(jgn amalkan apa yg kita buat sbb roti akan jd lembab di bahagian bawah)


Soup Kimball

1 tin soup cendawan kimbal
sosej
cendawan butang
air secukupnya
blh tambah isi ayam klu nak
macaroni yg dah di celur
sedikit lada hitam

Panaskan soup bersama dgn air kacau sampai rata kemudian masukkan bahan2 lain masak sehingga mendidih dan sedia di hidang.

KEK COKLAT KUKUS

Salam ari sabtu...
tak syok lah ari ni kita kena keje dr kul 9 a.m sampai 5 p.m hu..hu.. klu lah opis ni buka 5 ari seminggu kan ke best,tp klu dah bg 5 ari seminggu lain lak ragamnya kan jd terima lah se adanya.
Entah bila aku wat kek kukus ni tp klu tak silap dah 3 minggu lepas rasanya,mulut ni terasa nak mkn kek coklat kukus lak jd aku pun mencari lah resepi kek coklat kukus ni,mcm2 resepi tp aku berkenan dgn resepi ni simple aje(benornya aku nak try acuan baru he..he..kecik2 comel aje-oppss gambar acuan takde yer)



KEK COKLAT KUKUS
(sumber dah lupa tp klu tak silap mcm my resepi)
Bahan-bahan ( 1 biji )
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
3 biji telur
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan minyak masak

untuk topping : (tak buat pun)
1 bar coklat masakan
2 sudu besar susu cair.
1 sudu butter.
Manik urai untuk hiasan

di sebabkan nak bg2 kat jiran2 jd aku letak siap dlm bekas polystrem ni jd takde ler rupa cantiknya tp nak tempek gak resepi he..he..


Cara-cara
Tepung, koko, soda bikarbonat dan serbuk penaik di ayak bersama.
Pukul gula dan telur hingga kembang.
Masukkan susu cair dan pukul lagi.
Diikuti dengan minyak dan pukul.
Masukkan bahan yang diayak dan gaul rata.
Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenserkan minyak.
Masukkan ke dalam kukus yang telah mendidih dan kukus sehingga masak (anggaran 30 - 45 minit). Uji dahulu sebelum angkat.
Untuk topping, masakkan semua bahan menggunakan kaedah "double boiler". Apabila coklat dah cair dan berkilat, tuangkan di atas kek hingga rata.
tunggu topping mengeras sikit baru ditabur manik urai

Selasa, 22 Mac 2011

DEUTSHE KEKSE


Ada rasa pelik tak dgn tajuk N3 ni he..he..dah bahasa perancis memang ler tp rasanya sgt2 sedap dan lembut dan lemak berkrim di sukai ramai he..he.. nenek takde gigi pun leh mkn biskut ni sebab rasanya yg sgt2 sedap dan buat pun senag sgt2.tq mamafami dan rasanya mat gebu pun ada buat gak.


GERMAN COOKIES @ DEUTSHE KEKSE

Source : Rima

Ingredients :
125g butter - (Kita guna majerin seri-butter)
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour

Method :
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and superfine flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray (Rima used 1/2 tbsp to get the same size).
4. Press the tip of the fork onto the cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 mins



BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE

Sumber : Rima
Melalui : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi (guna majerin seri yg butter tu wangi aje bau nya)
125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
80 gram tepung halus
40 gram gula aising, diayak

KAEDAH PENYEDIAAN :
1. Satukan tepung kentang dan tepung halus, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.
2. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat2kan dan susun atas dulang pembakar. Tekankan hujung garfu di atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.(kita saje tambah coklat chip)
3. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing).
4. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Nota~sila jarakan antara biskut ni jauh sikit sbb biskut ni blh kembang 2 kali dari saiz asal bila dah masak.

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT


Salam seme..tuan umah mcm dah tak berapa nak busy sgt jd nak update lah mana2 xperimen yg pernah di cuba dan rasanya ada gak ulang tayang kot he..he..(dah lama tak update jd lupa mana dah masuk senarai mana yg blm)

Lauk pembuka selera nak2 klu time mulut rasa tak sedap tu memang kena aje klu buat lauk ni.ambik resepi dr dapur kak nor ganu.resepi ni pun aku pernah tengok kat umah kak ummi kuantan,dah ramai mencuba dan seme kata sedap dan yg penting mudah dan senang serta blh pelbagaikan ikan nya.TQVM pd yg menyumbangkan resepi

IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 ekor ikan bawa/talapia
1/4 cawan tepung serbaguna
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskan
minyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.
Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.
Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.
Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
minyak
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.(kita tabur aje cili api bila nak mkn tak masuk sekali kesian budak2 tak leh mkn pedas jd klu tabur atas blh ketepikan kemudian tak rasa sgt pedasnya tu)

Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng

Sabtu, 19 Mac 2011

STUFFED TOFU

Masih lagi resepi dr kak dayang...
nampak simple senang dan mudah dan yg paling penting ianya sedap sgt2




STUFFED TOFU
http://dayangjack.blogspot.com/2009/09/stuffed-tofu.html

Bahan-bahan :

3-4 keping tauhu (digaul bersama sedikit garam)
2-3 ekor udang basah (direbus dan dicincang) - tak letak pun ok(kita tak letak tp gantikan dgn isi ayam yg di blender dulu)
1/2 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
sedikit lobak merah (dihiris dadu kecil)
1/2 sdt serbuk lada hitam
1/2 biji cili merah (dibuang biji dan dihiris dadu)
2 helai daun bawang (dihiris)
1 sdt lada sulah
garam secukupnya
1 biji telur (dipukul sedikit)

Cara-cara :
Goreng tauhu sehingga keperangan tetapi jgn sampai masak. Kemudian dibelah 2 dan keluarkan isinya. Lenyek2kan sedikit isi tauhu tersebut.
Gaulkan isi tauhu bersama semua bahan di atas kecuali telur dan sumbatkan semula ke dalam tauhu tadi.
Celupkan tauhu ke dlm telur dan gorengkan sehingga masak.
Hidangkan bersama sos cili

AYAM HERBA LADA HITAM

Salam...
N3 tertunda sehinggakan aku pun tak ingat bila masa buat ni tp rasanya2 tak lama lepas kak dayang buat tayangan perdana lah aku pun turut serta tp tak sempat nak posting,skrg ni busy giler kat opis ni,tiap2 ari byk loan kete yg nak kena di keluarkan itu tak masuk lagi bab nak kejor owner yg tak byr kete,klu kena tarik mula lah dtg mengamuk kat opis ni nak bakar opis lah nak kerat tangan lah.kadang2 naik gerun aku keje kat sini tp bila duk ingat nak cari duit terpaksa gak lah hadapinya.Tapi rasanya aku rela kena bebel dgn bos sbb tak tarik kete dr kena ugut dgn driver2 tu.Nak cari keje lain duk asyik apply aje tp tak dpt2 lagi entah bila dtg rezeki tu yer????
Jom ler layan ayam panggang ni,memang sedap yer tak tipu,tqvm kak dayang



Ayam Herba Lada Hitam (bakar/panggang)
http://dayangjack.blogspot.com/

bahan-bahan :
1 ekor ayam (dipotong 4)

1 sudu makan dried oregano

1 sudu makan kicap pekat

2 sudu makan madu

1 sudu makan mustard atau mayonis

2 sudu makan sos cili

1-2 sudu makan lada hitam (ditumbuk)

garam dan gula secukupnya

2 sudu makan minyak zaitun atau minyak masak

bahan-bahan mesin :

7 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci lengkuas

Cara-cara :

Rebuskan ayam bersama sedikit garam hingga 1/2 masak. Toskan dulu dan biarkan sejuk.

Gaul-gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih. (sukatan gula dan garam boleh adjust sendiri)

Sediakan dulang pembakar. Alaskan dengan kertas foil. Susunkan ayam di atasnya. (Lebihan bahan perencahnya jangan dibuang) Kemudian bakar/pangganglah selama 30-40 atau sehingga masak. (DJ guna suhu 180C dan bakar selama 15. Terbalikkan ayam, tuangkan baki perencah tadi dan bakar lagi selama 15 minit).

Setelah masak, hidangkan bersama nasi putih atau nasi ayam

Rabu, 9 Mac 2011

GERAI BIHUN SUP UTARA DI BUKA

Salam..
sorry kpd yg dtg melawat blog ini asyik nampak jual ubat aje.tuan umah amat2 busy kat opis kat umah tenet lembab jd malas nak buka last2 terminate terus.Ini ada cerita panas
Semalam gerai bihun sup di buka semula setelah berkurun2 menyepikan diri kerana cheff menuka profesion menjadi welder so takde lah buka gerai.Skrg ni welder dah tukar jd cheff balik jd ada lah buka gerai.
smlm cheff ckp ada buat lucky draw utk cust yg ke berpa entahlah(ast tak ambik pot sgt sbb duk sibuk kemas2 bekas duk layan kembar yg tak mau diam)so cust yg kena lucky draw tu blh ler mkn free..alhamdulillah kenyang
ini gerai kami yg dulu dan ini gambar yg aku ambik masa hari pertama berniaga(ala..ala..pasar mlm pun ada) sebenarnya sejak dari dulu lagi kami berniaga bihun sup ni.Boleh dikatakan masa aku mula2 kawen dulu(nak buka kisah zaman mude2 plak he..he..)di sebabkan susah nak dpt kerja bos@ chef @ en somi pun menyarankan kami berniaga.Aku mengiyakan aje sbb dlm kepala ni kosong blurr aje.lagi pun aku bkn lah bese sgt hidup di KL ni jd ikut aje lah.Lagi pun masa tu aku baru aje umur 23 aje.mude lagi ni klu duk KL tp klu duk kg dah berderet dah anak hu..hu...Gerai pertama kali di jalan batu 31/2 jln Gombak dekat dgn pasaraya Ong Tai Kim.klu sape duk kat gombak mesti tau restoran Haji Tapah.kita org punya gerai betul2 dpn haji tapah tu.tiap2 ari ler duk tolak gerai.kita org simpang gerai kat belakang restoran haji tapah tu ada satu mlm tu gerai kita org kena bakar,sedih betul.Masa ni en somi keje polis jd ada lah geng2 VCD ni ingat kita org yg report kat Kementerian pasal dia org padahal kita org tak pernah kacau pun walaupun dia org pernah lah oper nak vcd free atau nak minum kopi ke dia org belanja tp kita org ckp tak masuk campur.Bayangkan lah kita org dtg jauh2(masa tu duk Sg buloh niaga Gombak)nak buka gerai sekali tengok terbakar seme sib baik mamak haji tapah tu sempat larikan tong gas klu tak dah meletup seme.Sejak itu kita org pun mcm dah takde ati nak niaga kat situ tambahan lak.aku niaga sorang2 aje bila en somi gi keje.Jadi kita org beralih ke Jln ipoh lak(kira buka 2 gerai lah,kat gombak bagi budak jaga Jln Ipoh yg baru nak bertapak aku jaga sendiri)Memang best niaga kat sini hari2 collection blh dpt 3 ke 4 ratus sehari.niaga dr kul 8 pg sampai 2 ptg aje.tapi tak lama ada lak org dengki,hai manusia dan melayu.Kita org tak nak gaduh dan aku pun dah dpt keje terus tutup gerai tu.Gerai kat Gombak lak kerajaan nak ambik tanah nak buat jalan jd kena tutup gak.En somi niaga lak kat Jln Duta medan mkn tu tapi tak lama sebab itu bagunan sementara klu nak sambung niaga kena buat permohonan baru.Dah malas nak layan terus tutup cuma niaga bulan posa aje,senang lesen sebulan aje.Skrg bila bos dah tak keje dia buka lah balik niaga.yg kat atas tu gambar tahun lepas punya.
dan ini gerai sekarang

sape2 nak layan bihun sup utara @ gear box ni boleh ler berkunjung ke gerai kami di
Hadapan Blok A
PPR Pudu Ulu
Perumahan Awam DBKL Cheras
Kuala Lumpur

smlm jam 8 mlm kami punya sup dan bihun dah sold out ramai yg dtg tak dapat jd sape2 yg nak kena dtg awal yer.kami buka gerai dari jam 2 ptg


Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...