DAPUR KECIL KU

Isnin, 10 Oktober 2011

KEK LAPIS STRAWBERI PANDAN

Salam


Hajat lama yg dah terpendam akhirnya menjadi kenyataan walaupun agak tak menjadi sbb tak pandai guna api tapi rasanya ok lah utk permulaan. Harap2 takdelah berkubur terus utk kek lapis ni. Bkn apa takut bila tengok bahan2 nak wat kek lapis tu terutama sekali telur tu kussss semangat tp bab mkn tu dah tak hengat dah telur melur main ngap aje sebab sedap kan he..he..lepas gi jenguk dapur kak ummi ari tu dan tengok bahan2nya tak susah sangat tu yg buat. Alhamdulillah menjadi Cuma bahagian bawahnya dah mcm hangus sbb lama sgt bakarnya.rupanya klu buat kek lapis bakar ni masa mula2 aje kena bakar guna api atas bawah bila masuk 2nd time guna api atas aje. Lepas tu melapis lah sampai abis hu..hu…itu lah sy budak baru belajar. Kek ni ok lah(mcm nak ambik ati sendiri aje) kembar dgn chef aje mkn tp kembar suka mkn yg putih aje perasa santan(aku dah tertukar warna lah).



KEK LAPIS STRAWBERI PANDAN

Resepi: Edazman

Sumber: Ummi @ Home Sweet Home
http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2011/09/kek-lapis-strawberi-pandan.html

Bahan-bahannya:
250 gm butter
120 gm Gula halus (akak letak 100 gm jek)
6 biji telur
120 gm Tepung Hong kong
1/2 s/b ovelete
100 gm jem strawberi
150 gm kaya
1 peket serbuk santan
pewarna merah jambu , hijau , kuning

Cara-caranya:
Pukul butter dan gula hingga ringan.Masukkan telur satu persatu...pukul rata setiap kali telur dimasukkan.
Masukkan ovelete dan pukul lagi.Masukkan tepung dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian dicampurkan jem strawberi dan pewarna merah jambu.
Bahagian 2 dicampurkan kaya dan pewarna kuning.Bahagian 3 dicampurkan serbuk santan dan pewarna hijau.
Alas dasar loyang 7" x 7" dgn kertas minyak yg disapu marjerin.Masukkan 3 sudu besar adunan merah jambu dan bakar sehingga permukaan coklat muda.
Kemudian masukkan 3 sudu besar adunan kuning bakar .Selepas itu masukkan 3 sudu besar adunan hijau dan bakar.
Bakarlah selapis demi selapis sehingga habis

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...