DAPUR KECIL KU

Jumaat, 21 September 2012

WALNUT HEAVEN CAKE

Salam..
susahnya nak update blog skrg,masa btl2 x cukup.bila dah masuk opis terus keje sampai ptg.inipun update kat umah guna tab aje tp x bestnya nak update.tp syukur alhamdulillah sbb abah belikn tab ni lepas blk umrah ari tu mcm tau2 aje aku kat opis dah x de mada nak update.ok lah melalut pulak aku.
jom..jom..eat like heavennnn...lain mcm bunyinya.
alkisah mcm mana aku nak wat kek ni.last week besday abah jd aku x de beli apa2 hadiah lepas tu aku x wat kek tp aku beli kek kat SR aje.itu pun sepotong yg rm7 tu.(kedekut btlah,apa punya bini ni,oppsss klu beli sebijik sape nak mkn)blh lah merasa 4 beranak aku pulak posa itu yg x beria sgt.dlm busy2 aku sempat gak layan mata maka terjupalah resepi yg sama jd apa lg cuba buat dan abah suka berkali2 dia mkn srmpat bwk kat umah makcik dia org pun ckp sedap mcm SR punya .tq pd yg sudi share resepi


Resepi : Nuts Heaven (Resepi asal Pecan Heaven)

copy http://bakery2embroidery.blogspot.com/ klu nak tengok step by step pun blh kat sini
Sumber : Ash Nasir
bahan2
Sebiji kek span vanila

Kekacang Karamel
80gm gula kastor - resepi asal guna 100gm
60gm kacang pistachio - panggang-tak letak
50gm almond flakes - panggang jap-tak letak
150g walnut - dipanggang
Cara2

1. Masak gula hgga keperangan & cair sepenuhnya. Masak atas api paling perlahan & goyang2kn periuk @ pan supaya gula perang sekata. Jangan terover cooked. Kang pahit plak karamel tu nnt
2. Apabila dh cair sepenuhnya, tutup api & masukkn kekacang yg telah dipanggang td. Gaul rata. Buat ngn cepat sbb karamel ni cepat mengeras
3. Tuang kekacang karamel td atas dulang yg telah dilapik ngn kertas minyak. Ratakan cepat2. Biar sejuk
4. Bila dh sejuk, patah2kn & simpan dahulu dlm bekas kedap udara

Sos Butterscoth @ filling Butterscoth
220gm gula kastor - resepi asal guna 350gm
350gm fresh cream @ non-dairy whipping cream - pd suhu bilik
150gm butter
80gm white chocolate compound (cincang halus) - resepi asal guna 100gm

Cara2
1. Masak gula hgga perang. Tutup api & masukkn fresh cream perlahan-lahan. Kacau serta- merta
2. Buka api semula (api plg perlahan) & kacau adunan hgga gula karamel larut sepenuhnya dlm fresh cream
3. Tutup api & masukkn butter & white chocolate. Kacau hgga kedua2nya larut sepenuhnya. Klau x larut gak sepenuhnya, panaskn kejap atas api. Apabila dh larut sepenuhnya.. biarkan sejuk
Masukkn butter & kacau sebati
Masukkn white chocolate compound & kacau sebati
Sos butterscoth ni pd mulanya agak cair tp bila dh sejuk dia akan jd agak pekat

White Chocolate Ganache
150gm fresh cream-sukatan ni mcm x cukup cover utk sebiji kek jd lain kali kena wat 200g baru ok
100gm butterscoth (dr sos butterscoth) - resepi asal guna 200gm

Cara2
1. Pukul fresh cream hgga soft peak - jd kental
2. Masukkn butterscoth & kaup-balikkan

Cara Melapis Kek
1. Potong @ belah kek kepada 3 bahagian & letakkan 1 bahagian kek atas cake board
2. Sapukan sos butterscoth & taburkn kekacang karamel
sapukan sos butterscoth
taburkan kekacang karamel
3. Pastu tindihkan dgn 1 lagi bahagian kek. Ulang Langkah 2 & tindihkan lg ngn bahagian kek terakhir
4. Sapukan seluruh permukaan kek ngn White Chocolate Ganache. Ratakan ngn spatula
Sapukan seluruh kek ngn white chocolate ganache
5. Tuang sedikit sos butterscoth di atasnya

1 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

adussshhh... menitik air liorrr... hee....

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...