DAPUR KECIL KU

Khamis, 13 Januari 2011

MERON@MELON PAN

MERON @MELON PAN
copy hanamemories.blogspot

Bahan-bahan


>> ROTI<<

125ml air

30g telur

250g tepung roti

25g gula

12g susu tepung

4g garam

25g butter

4g dry yeast

>>COOKIE<<

150g tepung gandum

45g gula halus

4g baking powder

30g butter

50ml telur

20g chocolate chips

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan untuk roti le dalam breadmaker. Pilih menu untuk buat doh. On kan. Tunggu siap.

Disamping tu sediakan cookienya. Pukul butter sehingga jadi bentuk cream. Kemudian masukkan gula.. pukul sehingga putih.

Masukkan telur. Kacau biar sebati dengan butter.

Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk butter tadi. Kacau biar jadi doh. Kemudian bahagikan kepada 2.

Satu bahagian letaklah chocolate chips dan 1 bahagian lagi tanpa chocolate chips.Kemudian balutkan dengan plastik pembalut (plastic wrap). Simpan dalam peti sejuk sementara nak digunakan sekurang-kurangnya 20 minit.

Keluarkan doh roti dari breadmaker. Tumbuk-tumbuk utk keluarkan angin.Kemudian bahagikan kepada 10 bahagian.

Rehatkan lebih kurang 10~15 minit dengan meletakkan kain lembab di atasnya.

Keluarkan cookie dari peti ais. Bahagikan kepada 10 bahagian. 5 utk chocolate chips dan 5 utk yg tanpa chocolate chips

Canaikan cookie.Letakkan cookie ke atas roti. Celupkan bahagian cookie ke dalam gula.Potong bahagian cookie seperti dalam gambar.(lihat my.resipi)

Biarkan naik 2 kali ganda atau boleh penaik dgn oven pada suhu 30C selama 35~40 minit.

Bakar dalam oven selama 10~12 minit pada suhu 180C

Note-sedap roti ni tp aku tak berapa menjadi buatnya kes rotinya lambat naik last dah takde rupa biskut tu jd merekah aje

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...