DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 April 2012

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH

Salam Jumaat buat semua teman..
Dah lama tak masak lauk pauk jd hari ni tuan rumah nak tunjuk lauk yg memang mendapat pujian dari chef kat umah tu.Katanya sedap mcm mamak punya he..he..pandai gak bini dia masak kan.10Q buat CT sbb share resepi ni I lap U lah Ummmhh..lain kali leh wat lagi masak mcm ni.


RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.

Resepi-Mamak Haji
Sumber Resepi-Kak Wattie
copy CT
Masakan untuk 250 -300 orang.(Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..Aku wat 3/4 ekor ayam)

BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda

nak tau sedap ke tak cubalah.lauk ni pun dah lama masak dah sebulan yg lepas tp baru nak masuk N3.terlupa nak beli daun kari mcm takde seri pulak tp walau apapun memang sedap lauk ni

3 ulasan:

Qasey Honey berkata...

hai kecur dibuatnya...bile hari ni blog sana sini dok menayang lauk ayam...semua sedap2 belaka pulak tu...

Amie berkata...

Masya-Allah, rupanya resepi untuk kenduri... patutlah tercengang-cengang tengok jumlahnya sampai 250 ketul, berbotol-botol berpaket-paket sos dan bahan lain.. he he hehhh,
kena pandai sesuaikan jumlah untuk hidangan keluargalah ni.

Wattie berkata...

Assalamualaikum Ida,
Lama tak singgah sini. Memang sedapkan lauk tu.....

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...