DAPUR KECIL KU

Khamis, 9 Disember 2010

PAELLA RICE

Kita tinggalkan kisah nak kurus2 tu dulu mari kita mengisi perut he..he.Aku telah tergoda dgn dapur kak maz dan dek kerana aku juga ada stok kambing yg org bagi masa raya korban jd aku telah set dlm kepala ni nak masak nasi paella dgn kambing kandar lawan lak dgn acar buah yg last kopek tu memang marvelesss sgt2 lah dan aku memang nak syorkan kepada sape2 nak try memang patut try sbb sedap sgt nasi di kena lak dgn kari kambing tu tak ingt mkn oooo takpe jgn risau lepas mkn nasi kita minum lah win tea settle masalah kan.

Paella Rice

copy ilhamdapur.blogspot

Bahan-bahan (resipi anggaran)
1 1/2 cawan beras basmati - cuci dan toskan (guna beras faiza emas aje lupa beli beras basmathi)
2 1/2 cawan air atau ikut sukatan air beras masing-masing - guna air rebusan ayam lgi sdp
5 ketul ayam - saiz biasa, gaul dengan sedikit garam dan lada hitam (tumbuk biar halus sikit)
8-10 ekor udang saiz besar - belah belakang, buang urat hitam dan toskan, lumur dengan sedikit garam - boleh juga guna sotong, kupang, scalop, atau makanan laut yang lain.(kita takde udang besar jd guna udang kecik lepas tu siap buang kulit jd memang tak sama lah rupa mcm kak maz buat)
1 labu bawang besar - didadu kecil
1 ulas bawang putih - dicincang halus
1-2 helai daun bay (bay leaf)
1-2 biji buat tomato - didadu
1 cawan lada benggala/kapsikum hijau yang didadu - boleh juga guna sayuran lain
1/2 cawan jagung manis - maz guna sweet corn yang dlm tin
1/2 cawan daun parsly yang dicincang(tak letak pun)
1/2 cawan buah zaitun - jika ada
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
sedikit safron - jika takde boleh ganti dengan sedikit pewarna kuning(kita guna serbuk kunyit)
extra virgin minyak zaitun secukupnya
1/2 sudu kecil paprika
1-2 ketul kiub pati ayam dan serbuk lada hitam secukupnya - sebagai perasa
sedikit lemon jus(tukar lime)

Cara :
1. Panaskan oven 180-200 C.
2. Panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar (kalau boleh guna kuali leper), masukkan separuh bawang besar yang didadu dan separuh bawang putih yang dicincang (yang selebihnya ketepikan dulu, guna kemudian). Masak sehingga bawang perang dengan api perlahan. Kemudian masukkan ayam, masak sehingga kulit ayam keperangan dikedua bahagian. Angkat (kuali jangan dicuci) dan masukkan dalam bekas/loyang lain, bakar dalam oven sehingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan kuali goreng ayam tadi, tambahkan sedikit minyak lagi (dalam 3-4 sudu besar) dan goreng pula udang. Susun dengan meletakkan bahagian yang dibelah atas kuali. Bila dah masak (dalam 2-3 minit) baru balikkan. Masak sampai habis dan simpan juga air yang keluar dari udang semasa proses mengorengnya. ketepikan. Kuali jangan dicuci dulu.
4. Dengan kuali yang sama panaskan 4-5 sudu besar lagi minyak, masukkan tomato dan lada benggala. Masak sehingga layu dan perasakan dengan sedikit serbuk pati ayam dan serbuk lada hitam. Angkat dan ketepikan.
5. Dengan kuali yang sama juga, panaskan 3-4 sudu besar minyak. Masukkan semua bawang yang berbaki tadi, serbuk jintan putih, paprika dan daun bay. Masak sehingga bawang perang. Kemudian masukkan 2 cawan air (ni sukatan utk beras basmati yang maz guna), pastikan ikut sukatan beras masing-masing. Masukkan kiub pati ayam dan biar sehingga mendidih. Rasa agar kiub ayam yang digunakan cukup untuk membrei rasa pada nasi kelak.
6. Kemudian masukkan beras, safron dan kacau sekata. Tutup kuali dan masak sehingga nasi masak.
7. Bila nasi dah masak, biarkan dulu dalam 5 minit. Kemudian kacau nasi dengan garfu agar nasi berderai. Masukkan ayam bersama air yang keluar semasa proses membakarnya, udang, kapsikum, jagung, buah zaitun, parsly dan perahkan sedikit lemon. Gaul sebati guna 2 garfu (jangan guna senduk, nanti nasi akan patah).
8. Sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba..
ini belum gaul lagi


P/S : Kalau takde kuali leper, boleh masak nasi dalam periuk biasa/rice cooker. Kemudian baru gaulkan semua bahan-bahan dalam mangkuk besar

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...