Sape minat mkn roti butterscoth?
mesti ramai yg suka kan dan aku adalah salah seorg daripada yg suka tu.minggu lepas duk merayau2 kat blog sekali ternampak lah resepi butterscoth ni kat dapur izah terus apa lagi c&p lah dlm pada tu duk tanya en google gak kot2 ada resepi yg lebih mudah jd en google tunjuk kat dapur athira alya, myresipi . jom tengok resepi
RESIPI SOS KARAMEL @ CARAMEL SAUCE
Resipi Asal : athira alya, myresipi
Bahan-bahan ( dpt bnyk ..boleh disimpan up to 2 minggu )
**aku wat 1/2 adunan jer
1 cawan gula
6 sudu mkn butter( margerin pon boleh, tp masin sikitlah)
1/2 cawan whipped cream
2 sb air - aku tambah (tak tambah air tp tampah roux bg pekat sikit)
Cara-cara
masak gula dgn api sederhana, sampai warna coklat2 cam wat karamel biasa
bila da mendidih, masukkan butter.. (bila masuk butter,gula tu akan membuak, so better gunakan periuk yg tinggi sikit)
selepas butter td da sebati dgn gula..alihkan dr api sebentar dan msukkan whipped cream td,kacau2 hingga sebati lps tu masak dgn api kecil sekejap.
masukkan dalam bekas bertutup. biarkan sejuk sebelum simpan dalam peti ais.
aku guna resepi di atas ni dan kat bawah ni pulak resepi izah daut
BUTTERSCOTCH SAUCE
sumber: cook.com
diolah oleh: izahdaut
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
1 tsp. vanilla
1/4 cawan tepung
1/2 cawan butter
secubit garam (optional)
Satukan gula perang, gula pasir, tepung dan air ke dalam periuk kecil. Gaul hingga sebati. Masak atas api yang kecil hingga gula hancur. Tambahkan vanilla dan butter. Masak dan kacau sehingga butter cair dan sedikit pekat. Sejukkan dan tuang ke atas roti kosong.
Nota: Kacau atas api hanya sedikit pekat sebab bila sos ni sejuk ianya makin pekat. Tapi kalau dah pekat sangat tambah je sikit lagi air. Boleh kurangkan sikit gula kalau tak mau manis sangat.
Taraaaa....best sgt2 dpt mkn roti mcm ni.disarankan mkn dgn roti tanpa inti sbb butterscoth ni dah cukup perasanya kena pulak minum kopi pehhh tak ingat abis mkn berketul2.
abaikan ejaan salah tu yer..
disebabkan masih ada baki coklat filling jadi aku letak ler sekali kat dlm roti tu.memang gilerr mkn roti dgn filling coklat ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan