DAPUR KECIL KU

Jumaat, 3 Jun 2011

KEK TIRAMISU

Salam semua..
aku agak sedih lah ari ni lepas gatal tangan gi klik tengok gambar baby yg kena campak dr tingkat 5 tu.mula2 tengok gambar kecik tak puas lepas tu besarkan,terus rasa mengigil2 badan seme keje rasa tak kena di buatnya.kejam sungguh!!!
manusia ke setan?rasanya dah berbakul2 aku duk sumpah org yg buang tu.aku ni bkn lah jenis suka doakan benda2 yg buruk utk org lain walaupun dalam hatikan kadang2 ada rasa geram dan sakit hati tp blm pernah aku nak mendoakan benda yg buruk sbb aku pernah dgn ceramah mengatakan kalau org menyakiti hati kita jgn lah kita doakan benda2 yg buruk dan tak baik,bimbang doa itu akan terjadi pd kita.Tapi kali ini aku rasa mcm tercabar aje,walau baby tu takde kena mengena dgn ku.Cuba bayang kan berapa banyak pasangan yg dlm perlahwinan mereka tak di kurniakan cahaya mata walha mereka amat inginkan nya.mungkin belum rezeki allah nak bg sebab ku percaya allah tahu meletakan apa yg patut dan apa yg tak patut utk kita ini.Mungkin pd waktu skrg kita tak terfikir apa hikmah kita blm di kurniakan zuriat tapi bila sampai waktunya kita akan mendapat hikmahnya itu.jadi muhasabahlah diri cuma jgn pernah putus asa dlm apa jua yg kita lakukan demi kebaikan.
wahh..wah..mcm ustazah pulak aku ari2 jumaat ni..
hari ni aku nak tayang kek besday yg aku buat masa 21 may baru ni.(lawak dok buat kek utk diri sendiri tp buat niat nak sedekah kat jiran2 dan kawan2).Bila dah buat utk diri sendiri mula lah main belasah aje sbb takde feel org kata dan memang comot giler sib baik org2 yg mkn ckp sedap.
moh ler nengok gambor basi ni
psst..kak long ada dpt rasa tak kek ni klu tak dpt tu mintak maap ler berbanyak2 yer.sy pun keterlupaan dan kalut nak bawak kakak kembar gi klinik.
dah lama aku nak buat kek tiramisu sejak citer tiramisu lagi duk giler nak buat tp tak terbuat sbb mcm leceh aje nak melapis2 tu cuma sejak dua menjak aku dah tau teknik nak melapis kek baru rasa rajin.aku guna resepi yg aku mintak dgn en google klu rasa nak try tengok resepi ni.

KEK TIRAMISU

copy zettakitchen

Bahan-bahan:-
1 biji sponge kek atau apa2 kek(guna mix sponge kek yg beli kat bakery aje)

200ml whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko (hiasan)

Cara-cara Membuatnya

1. Mula-mula, bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. kemudian, satukan gula, cheese dan cream. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu.
3. Potong kek pada dua bahagian
4.Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kekt, dan seterusnya sapukan adunan creamdan cheese tadi atas kek
5. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td
6.kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
7.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.. Letak kek dulu, pastu letak krim.
8.Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.:)

masa sambut besday ni mood aku kureng baik sikit tu pasal gambar pun sekeping aje.buat syarat aje

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...