DAPUR KECIL KU

Jumaat, 25 November 2011

PELBAGAI GUNA KICAP CAMPUR

Salam jumaat penghulu hari..
Hari ni mesti ramai yg plan nak blk kg,pergi bercuti sempena cuti thn baru hijrah. Aku??kena keje lagi lah esok(klu tak keje memang ku ikut pecut kak long blk kg mkn doyan he..he..kak long jgn lupa  bwk  utk sy sikit yer klu tak dpt sebiji,dua tiga biji pun takpe)
Apa n3 aku nak masuk ari ni???bila aku belek2 folder nampak gambo mee kecik dgn mee besor.(zaman kanak2 aku dulu mee hoon tu aku panggil mee halus dan mee kuning tu mee)
Ok berbalik pada tajuk kat atas tu sebenarnya kicap tu aku buat masa wat kuetiaw haufan aritu.byk dpt walau pun ku guna sukatan pot beras yg kecik tu.jd belen kicap tu aku wat stok simpan dlm peti.dan disebabkan kicap tu aku jd rajin plak nak menggoreng mee,mee hoon dan nasi goreng.memang sedap klu guna kicap ni.terima kasih kepada kak mas sudi share resepi kicap yg dari turun temurun utk emak dia berniaga.

bihun goreng + cili hijau jeruk

Kicap Campur

Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.

Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

mee goreng basah

next time aku nak cuba wat ayam masak kicap plak.mesti sedap ni

1 ulasan:

Ibu berkata...

looks good... I love noodle.
Thanks for sharing.
kebaya modern

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...