DAPUR KECIL KU

Selasa, 30 November 2010

UPDATE MY TESTIMONI

Ok skrg aku nak citer sikit pasal perkembangan diri ku selepas mengamalkan win tea ni.aku ni bkn yg jenis suka diet sbb klu diet aku tak dpt masak mcm2 yelah sape nak mkn klu bkn aku kan kat umah tu cuma ada 4 org aje kembar sibuk minum susu aje dgn bos besar yg kdg2 cerewet mkn ni.2 minggu lepas aku ada citer pasal berat aku dah turun lepas seminggu minum di sbbkan teruja berat turun aku mkn kaw2(ada ke patut org lagi kurang mkn ini tidak lg byk mkn)dah tu seminggu bdn dah tak turun2 pun tp aku tetap ler minum tiap2 hari.aku minum pun tak ikut sukatan sbb klu betul2 nak diet kena minum 3 kali sehari aku minum 1 kali sehari aje sbb malas ler dan costing he...he... ini waktu mula2 minum memang berat lah kira obersiti dah .smlm aku gi timbang kat beuty galeri terkezut jap bila tengok penimbang tu sbb aku konon2nya nak msk diet challenge lah sbb selepas 5kg keatas akan dpt RM300 baucer utk 1kg jd klu kurang 10kg(ada hati tu)dah dpt baucer RM1800 sekali bila timbang aku dah kurang 6.6kg dr berat sblm minum win tea seronoknya aku dan paling syok budak2 opis dah mula tengor kak ida jap2 nak tengok mcm dah kurus sikit lah he..he..aku senyum aje lepas tu blk umah bos lak ckp,abah tengok baju tu mcm dah longgar sikit dgn ibu lagi syokkk bila laki puji.jd kita tunggu lah keputusan nya 28 feb 2011 berapa timbangan aku agak2 aku dpt ke ikut challenge tu(pssstttt td aku bantai ayam KFC dgn nasi lagi pg mkn kueh 2 biji dgn minum tea o) agak2 klu aku betul2 diet mesti boleh kurus ni he..he..

pstttt bos besar pun dah minum gak win tea konon2 nak bg hilang penyakit dgn buang lemak tp aku rasa sbb dia dah rasa seluar seme dah ketat tu yg nak minum gak

AYAM GORENG MADU BEREMPAH


Risau takut ada yg tak makan daging jd buatlah lauk ni sebagai tambahan lagipun nasi ni takde kuah mkn kering2 mcm tu.rasa mcm tak best lak nanti ada plak yg tercekik jd aku buatlah ayam ni.sedap ooo kembar suka tetamu suka bos besaraje jebik sbb dia memang tak suka spesis ayam masak merah jd aku dah siap2 asingkan ayam goreng berempah utk dia,selamat masuk perut dah he..he..resepi ayam ni aku tengok kat dapur dayang mcm terliur aje tengok jd dah set dlm kepala nak masak ayam ni.

Ayam Goreng Madu Berempah II

dayangjack.blogspot

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
4 sudu makan cili giling
1 sudu makan serbuk kari ayam
2 sudu makan tepung goreng pelbagai guna
1 inci halia (ditumbuk)
4-5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu makan serbuk kunyit
2-3 sudu makan sos tomato
garam
3 sudu besar madu (dibancuh dgn 1/2 cawan air)
sedikit gula melaka/gula merah/ gula pasir
sedikit bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)

Cara-cara :
Gaulkan ayam bersama serbuk kunyit, garam, serbuk kari, tepung goreng pelbagai guna, 2 sudu makan cili giling dan separuh dp bahan-bahan tumbuk dan perapkan ke dlm peti sejuk selama 30 minit. Kemudian, gorengkan ayam sehingga masak.
Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis lebihan bahan2 tumbuk dan cili giling td sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato, madu dan gula melaka/gula merah/gula pasir. Kacau sebati. (boleh tambah sedikit air jika perlu)
Kemudian masukkan ayam yg tlh digoreng dan gaulkan rata2. Akhir sekali, masukkan bawang besar.

hidangkan panas2 setelah masak

NASI DAGING


Inilah nasi yg aku jamu utk tetamu nasi daging yg resepinya aku ambik dr kak ummi kuantan.mengikut kata kak ummi resepi ni dr emak dia jd aku mintak halal yer kak ummi.sedap nasi ini dan yg penting seme tetamu suka dan licin mkn he..he..kembang2 ..kembang..ini pestime buat lah mengikut kata chef kat umah asal nasi ni dari negeri kedah dan belah2 utara tp aku ckp aku ambik resepi dari cik google aje jd tak tau ler resepi ni asal mana.mai tengok resepi nya aku buat 2 resepi maklumlah ramai

NASI DAGING

ummi kuantan

Bahan:-
1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang.*ummi tak bg tau bila nak masukkan rempah sup jd ibu masukkan waktu menumis bila rempah agak2 garing baru masukkan beras. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur bawang goreng bila menghidang. (*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi).



SAMBAL ASAM TOMATO

5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
3 biji tomato - didadu
belacan yg dibakar sedikit
air asam jawa
gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak





Daging yg dah siap di potong aku buat juga ulam timun tp lupa ambik gambar

Isnin, 29 November 2010

MENU UTK TETAMU JAUH

Salam isnin...
smlm adik perempuan  aku ada dtg ke rumah kerana nak menghadiri kovokesyen UiTM adik ipar jd dah alang2 dtg tu aku jemput lah dia dtg bwk mertuanya sekali dtg mkn nasi kat umah ku iteww..segan pun ada yelah umah sempit aje serba kekurangan org kata tp aku memang suka klu ada tamu nak dtg ke rumah ha..ha..sbb aku boleh masak mcm2 tp kali ni dia org dtg aku tak masak byk sbb tak byk masa campur dgn keje umah yg melambak2.aku cuma sempat jamu ini aje lah
patutnya ada satu lagi pencuci mulut ia itu bubur pulut hitam tp aku lupa nak ambik gambar lak.takpelah aku letak aje gambar  lain he..he..
terima kasih pd mariah & family mertua yg sudi dtg ke rumah angah ni walaupun kecik umahnya tp meriah lak bila kumpul ramai2.sorry lah aku tak ambik gambar sbb kureng sesuai dan segan ler dgn mentua adik ku itu.
Dah lama benor nak masak nasi daging ni dr dunia fp sampai buka blog ni ler baru menjadi nya itu pun sbb ada dpt daging korban yg sujah bg campur aku beli lah sekali sbb daging korban tu tak banyak sgt cukup utk aku satu family aje tp ini dah ramai kena tambahlah kan.campur lak dgn ayam sbb mana tau kot2 ada yg tak mkn daging.Smlm habis aje majlis konvo terus dia dtg umah,adik aku ckp siap2 masak best2 tau kita org lapor ni sbb tak mkn dr pg.alahai kesiannya dia org kena menunggu dr kul 7 pg kat dewan tu sampai tak sempat nak mkn.Lebih kurang kul 2 lebih baru mereka sampai alisya sampai dah tak bebaju kepanasan pakai pampers aje.Aku pun jamulah mereka dgn air lime crush yg resepinya dr majalah mingguan wanita keluaran thn 2003(lama tu masa ni aku baru kawen lah)


Lime Crush

Bahan2
limau nipis
gula
ais cream soda
air
ais

cara2
bancuh dulu limau nipis dgn gula dan juga air sampai gula larut kemudian campurkan dgn soda kemudian tambah air batu sedia di hidangkan.

sgt sedap bila minum musim panas tp aku buat musim hujan lak

Jumaat, 26 November 2010

AWARD DARI ANNA QAWINA

Terima kasih ana hu..hu..dah lama tak dpt award(selalu mintak jgn kena kat aku takut tak sempat nak buat bkn tak suke)tapi skrg tak busy sgt boleh ler klu tak mesti tertunggak ler award he..he.. ok lah jom jawab keje sekolah ni
Tapi confius sikit ler apa yg menariknya kat blog aku ni sbb aku memang tak pandai buat blog main hentam aje

Nick name tuan empunya Blog:
normarlida

Ucapan untuk pemberi award:

kepada ana yg suke kek karemel mcm kita terima kasih byk2 moga2 kek karemel tu sentiasa menjadi poojaan hati he..he..

6 fav artist / singer / group

1-Dah tentu Dato Siti le
2-Dato Sheila Majid
3-P.Ramlee
4-Maher Zain sbb tengah giler dengar lagu dia
5-Kumpulan Axl
6-Ali terra rossa dulu ler skrg entah apa group lak

Tag 10 bloggers:
madiha
midza
nuanza
tunggu lah dulu nak pikir sape lagi ni

ok sape2 yg dah tersenarai tu sila2 lah yer buat keje sekolah










APAM BERAS

Sarapan pg ni aku buat apam beras sbb memang dah ada lebihan nasi.Dulu aku ada gak ambik resepi apam ni tp kena buat tapai nasi jd malas ler nak wat tapai tu takut tak jd kan.tu pasal tertangguh buat nya sampai bertahun2 he..he..klu nak mkn aku mintak aje nenek angkat kembar buatkan.
apamnya tak mau lekang tu pasal ada sopek tu kuehnya tp aku rasa se eloknya biarkan betul2 sejuk baru keluarkan dr bekas klu tak memang melekat lah.Tapi nak buat mcm mana nak tunggu sejuk alamaknya tak gi keje lah aku.

sebenarnya aku dah tersilap teknik ni entah mcm mana lah.smlm mcm aku terbaca peram 1/2 jam sekali bila aku dah siap bancuh tengok resepi kata peram 3 jam alamak abis lah jd aku pun gunakan kaedah cuba jaya he..he..(ayat ni selalu kita org guna masa zaman2 belajar dulu) dah lah aku bancuh 1 1/2 adunan sbb dah niat nak bawak kat nursery kembar.dah lama sgt tak bg apa2 kat budak2 tu.jd aku siap2 bancuh elok aje org azan subuh masuk microwave jap pastu aku biarkan lepas 1/2 jam aku buka tutup tengok dah ada buih2 tu kira naik lah kan pastu try kukus sikit tengok ok je jd jln lah alhamdulillah sampai gak hajat nak bg budak2 tu mkn.

dptlah sebekas ni utk bawk ke nursery.aku memang tak ada sarang kueh apam yg kecik2 tu jd apam aku saiz cup cake he..he..beso gedabak tu.takpe janji sampai hajat.

IKAN KUKUS ASAM BOI

Salam jumaat...
Penghulu segala hari
Dan hari ini ku rasa begitu tenang dan indah walaupun mentari tidak menyinar
Sejuk lembut di tiup bayu pagi penuh dgn seribu rasa
Wah..wah..bermandah lak aku ni tp itu yg aku rasa sbb smlmkan hujan sejuk jd pg ni lak matahari tak nampak sampai opis aku pun tak buka air cond jd kira tenang jgn ada driver ajak cari pasal dah pg2 ni nak gaduh ptg2 nanti yer.mood aku tengah bagus ni walaupun bulan mengambang he..he..dah melalut aku ni.Ok sebenarnya nak tunjuk menu yg best sgt 2 bg aku dan aku memang suke sgt menu ni cuma jarang berpeluang masak sbb byk komen dr chef kat umah tu.Smlm jln2 aku ternampak kat umah hana lauk ni terus set kat kepala ni nak masak lauk ni tak kiralah ikan apa janji aku dpt masak.taraaaaa...ikan siakap steam




RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI

Source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - mayang halus
1-2 batang serai - hiris
1 inci halia - hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih atau lebih - lg byk lg sedap-letak 5 biji rendam bg buang manis jd tak ambik air tu
1/4 batang carrot - hiris memanjang halus -tak letak
Tomato cherry @ biasa - belah 4 -tak letak gak
Daun ketumbar -tak suke jd tak letak
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap cair -tukar pakai sos nampla
1 sudu sos tiram - (optional) -tak letak dah masin
Hirisan limau atau jusnya -ambik 1/2 biji limau nipis
Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak-tak buat pun

Cara-cara
Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
mailto:Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali

masa aku duk kukus ikan ni chef duk komen ni nak mkn ikan dgn serai ke?itu pasalnya aku memang malas nak masak klu org byk komen jd dek kerana risau tu aku goreng lah telur buat bakup rupanya telur langsung tak usik.abah mkn takde bunyi sedar2 dah licin lepas tu dia ckp telur tu bg anak mkn hu..hu..memang ler chef ni.tp memang best lah kena aje dgn asam boi tu

Khamis, 25 November 2010

AYAM GORENG HERBA

Salam..
ni lauk dah lama masak ni klu tak silap 2 atau 3 minggu lepas tp tak sempat nak post kat sini yelah byk sangat benda nak wat.Tapi sebelum aku delete seme gambar2 dlm folder ni baik aku masukkan utk rujukan sendiri dan juga sape2 yg berkenan lah.Ayam goreng ni memang sedap ada ala2 mcm ayam masala pun ada bila dah goreng garing2 dgn bersalut rempah2 tu.kena lak dgn selera ku walaupun abah mula tengok dgn penuh tanda tanya lauk apa lah pulak ibu masak ni????
takpe janji perut kenyang kan.jom kita tengok hasil masakan ku dan semak resepi yg aku ambik dr dapur hana tu

AYAM GORENG HERBA

copy HANA
(Ibu buat tak sampai seekor pun jd pandai2 lah agak2 bahan2 tu yer)
Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit dan garam

Bahan tumis:
3 ulas bawang merah india*
2 ulas bawang putih*
1 batang serai* - hana tambah lagi
2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
Garam dan gula secukup rasa - hana tak letak gula

Minyak masak secukupnya.

Cara-cara
Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.( dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
Perasakan dengan garam dan gula.
Angkat dan hidang

memang bestlah mkn dgn nasi panas2 cicah sambal belacan pehhhh berasapppp

Rabu, 24 November 2010

NASI LEMAK

Pg tadi aku masak nasi lemak utk abah dan juga bekal ku.sejak dua menjak ni rajin lak aku wat sarapan padahal byk lagi keje yg tak abis.Takpe utk org tersayang kita korbankan apa yg terdaya.abah skrg ni selalu balik awal kat umah jd dia pun dah tukar hobi mkn kedai mamak kpd hobi tunggu bini balik masak klu tak masak muka mula mcm nak mkn org.ni seme gara2 org kedai masak tak sedap katanya(aku dah cek memang tak sedap betul sampai kembar pun tak nak mkn)takpe2 bagus mkn air tangan bini lagi erat kasih syg org kata he..he..itu pesan mama aku ler

resepi tak payah lah seme sama aje.ini lak bekal aku tak ingat tu selambak


RED VELVET

Salam rabu semua...
Dah lama tak baking jd tangan aku jd mcm gatal2 aje mcm serba tak kena aje itu lah aku bila dlm seminggu tak baking mcm2 ada rasa padahal bkn lah aku mkn sgt pun cuma rasa nak buat aje.Itu pasal klu org tempah aku sukeee he..he..sbb hobi aku ada org suke.Bkn pasal $$$ yg menjadi ukuran janji hobi aku berjalan itu yg penting.Klu seminggu tak baking dah mcm org meroyan aku ni hai teruk betul..jd ahad lepas sblm gi carnival tu pg2 subuh lagi aku masak sambil baking kek red velvet almaklum lah nak gi tempat red carpet jd menu kek pun 'si baldu merah' auuu mengancam aje bunyi nya he..he.. mai2 tengok apa jd dgn si baldu ku itu

baru masak ni masih suam2 lagi tp tak sabar nak rasa jd aku potong gak.color merah kureng sikit yg lebih nampak koko aje.

Ingat nak letak bc tp penyakit M dtg di tambah aku tak cukup masa nak bersiap2 nak kuar jd letak aje filling bluebery + bc sedap rupanya.jd klu sape2 nak kek coklat yg lain dr biasa inilah dia keknya.
Sebenarnya dah byk kali aku tergoda tapi tak terbuat lg cuma lepas tengok kat dapur comelku aku terus terbuat lah.kita c&p aje yer.

Red Velvet

dapurcomelku.blogspot
Bahan-bahan
5 biji telur gred B
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri
*3 sudu makan koko Vochelle
2 cawan gula kastor
4 sudu makan pewarna Red Bright - akak guna 2 sudu makan je
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam
1 sudu makan bicarbonate of soda (baking powder pun ok) - akak guna baking powder
1 sudu makan cuka makan

Cara-caranya:

1. Panaskan ketuhar 180 degree celcius.
2. Ayakkan bahan kering (*) menjadi satu bahagian ke dalam sebiji mangkuk. Ketepikan.
3. Pukul mentega dan gula di dalam mangkuk pengadun kek elektrik hingga sebati.
4. Masukkan telur sebiji demi sebiji, perlahan-lahan.
5. Masukkan tepung dan buttermilk, berselang-seli hingga habis. Masukkan garam. Pukul hingga kembang dan ringan. Matikan mesin pengadun.
6. Larutkan bicarbonate of soda dan cuka kemudian tuangkan kedalan adunan kek. Kaup dan balik-balikkan hingga sebati.
7. Tuang adunan ke dalam dulang pembakar dan bakar hingga kek masak.

Nota: Gunakan dua biji dulang pembakar bulat bersaiz 8". Sejukkan kek kemudian barulah dipotong dua untuk mendapat empat lapisan.

Filling:
500gram blueberry filling

Krim:(tak buat guna bc aje)
500 gram krim keju Phillidephia
1 cawan krim putar

Pukul krim keju hingga lembut kemudian masukkan krim putar sedikit demi sedikit hingga habis dan krim menjadi kental dan gebu (speed mixer - medium).


Topping:
30biji coklat feraro


Nota:
Buttermilk - 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka makan atau jus lemon dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan

Isnin, 22 November 2010

MISS & MRS QUEEN 2010

Semalam aku telah menghadirkan diri ke Ladies Carnival di Sunway Convention Center.Bkn apa nak tengok sendri org2 yg telah menggunakan produk2 yg telah aku tunjukkan sebelum ini dan sambil2 tu ada lah jualan murah he..he..tp aku takde beli byk beli 1 compact bedak aje beli pun kesnya rega RM10 klu biasa hrgnya RM100++ apa lagi rembatlah kan tp nak beli tu pun ada syarat iaitu PWP jd aku biasalah tumpang kawan belikan he..he..dptlah murah.Jomlah layan gambar yg tak seberapa aku ambik sbb nya org ramai sgt2 sampai aku naik lemas dan dlm hati ada simpan angan2 nak gak naik atas pentas tu tp bila tengok kena jawab soklan tu yg naik lemah badan tu


yg baju putih tu anak2 dara dan yg warna pink tu mak2 org ler @mrs


tengok lah seme nya nampak cantik padahal klu tengok sebelum ni seme nampak mcm org tak siap aje(setiap seorg memperkenalkan diri sambil di tunjukan gambar beberapa bln sblm mereka ni di atas pentas)

Jumaat, 19 November 2010

ORDER KEK KAREMEL

selang 2 ari kak aiza bg tau dia nak lagi kek karemel ni 2 biji beria-ia mintak aku buatkan jugak lepas tu ada jugak jiran kat umah ni yg order 2 biji  dan lagi 1 biji dr awin kat klang dan satu lagi tu aku punya lah he..he.. sbb kek ni sedap sambil masak utk org masak utk family sekali lah.nampaknya kak aiza betul2 suka dgn kek ni sampaikan aku tanya apa dia buat dgn kek ni selang 2 ari order(org dah order byk tanya plak)dia ckp mkn lah sbb kat umah dia adik-beradik dgn anak dia suka sgt lepas tu skrg ni klu nak gi kenduri kawen pun dia bawak buah tangan kek ni.takpe2 kak janji sy dpt order he..he..
inilah rupa kek yg belum di bakar.aku bab belang2 ni memang fail betulah tengok senget benget belangnya tu.
kat atas tu order ari sabtu.ahad pg2 lagi kak aiza sms lagi ckp nak lagi sebiji kek karemel tu aku plak dah kehabisan stok brg jd aku ckp tak janji ler blh buat ke tak lagipun ari tu hari ahad takut kedai tutup aje.lepas aje sms aku cepat2 siap bawak kembar keluar cari brg.rezeki ada kedai buka lagi jd dptlah aku buatkan kek karemel tu lagi.ne ler rupa kek karemel tu

hu..hu..terlebih warna plak naik hijauuu muka karemel tu .cepat2 sape nak order kek yg tengah hangat di pasaran ni sesiapa yg dah cuba kek ni mesti nak mkn lagi.lepas ni awin pun nak order 6 biji lagi thank yer awin insyallah takde aral sampai lah kek tu ke klang

ORDER CC CMC

sempena cuti sekolah hujung tahun jiran kat umah ku telah menempah 50 biji cmc ni utk jamuan anaknya kat sekolah.tq abg din

ORDER

Kek karemel yg di order oleh kak aiza lagi kebetulan masa dia order oreo brownies tu aku bg lah dia merasa sikit kek karemel ni lepas tu terus dia order 2 biji .tocey..tocey..
Ok klu sape2 nak order promosi hujung tahun yer hanya RM20 sahaja
sejukan dulu lambat lagi nak sampai kat tuannya ni mlm baru ambik

FRUIT TART

Bersempena aku buat coktail tu jd aku buat lah sekali fruit tat ni dah alang2 shell pun ada apa salahnya aku buat kan.jemput2 tengok ajelah yer

COKTAIL FRESH FRUIT

aku tengok ramai dah cuba dessert ni jd aku pun nak cuba sbb bendanya senang bangat dan apa yg penting sedap oooo...sape2 nak resepi blh lah tengok kat umah kak ummi kuantan lepas tu umah kak zai yer dah lupa rasanya mat gebu pun ada buat.

MUTABAK LAPIS

Resepi ambik dr dapur mat gebu dah byk kali tertunggak nak wat resepi ni beli biskut entah berapa kali dah sampai berkali2 beli dan berkali2 abis tak buat 2 gak last2 minggu lepas aku rajin kan jugak utk membuat mutabak ni sempena cuti depavali jd aku ada byk masa.aku buat sarapan mutabak ni tp bg aku memang tak gemor sgt lah jd next time tak yah buat lah.resepi nanti aku masukkan kot2 ada nak mencuba

DAGING MERAH

Lauk yg biasa ada kat kenduri sebelah terengganu.Aku tiap kali gi kenduri kat sana mesti cari lauk ni tp dah jarang2 org masak sbb klu masak lauk ni tak berkuah jd tukang masak bila tiba time malas nak wat byk jenis masak gulai daging aje dan ayam masak merah.lagi pun klu wat daging merah ni sah2 ni ler yg mula2 abis klu tuan rumah tak simpan siap2 maka tak sempat lah mkn org2 yg kemudian tu.resepinya nantilah bila2 aku senang aku masukan yer.

ORDER

OREO BROWNIES RM35.00 WITH TOPPING

Brownies ni di order oleh X-classmate aku masa kat Poli dulu.aku pernah bg dia rasa so dia rasa sedap dan order lagi sebijik senang sikit

Komen~sedap da bapak dgn anak sama naik berebut mkn sekejap aje abis.
tQ yer kak aiza next time order lagi
siap utk di hantar pd kak aiza

Isnin, 15 November 2010

NASI SERAI

NASI SERAI by Jun JC


Copy kak nor

2 cawan beras basmati- basuh & rendam dlm 15 min kemudian toskan

1 helai daun pandan-simpul

2 cawan air


Bahan tumis:

1-1/2 sudu mkn butter

1 biji bawang besar-hiris

2 ulas bawang putih -hiris

1/2 in halia-hiris

2 sudu teh remph kurma

3 btg serai-ketuk

Setiap satu kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & pelaga

Garam secukupnya

Bawang goreng utk hiasan


Panaskan butter, tumis bawang2 dan halia hingga naik bau, kemudian masuk rempah kurma, serai, daun pandan & empat sekawan kacau rata.

Kemudian masukkan beras dan air masak seperti biasa. Bila nasi dah masak peroikan dan tabur bawang goreng. Siap.



** K.Nor guna beras Siam jer sbb tak ada stok beras basmathi
aku guna beras basmathi sedap lah nasi ni ingat2 nak masak masa raya haji nanti

TAT TELUR PORTUGIS

TAT TELUR PORTUGIS


MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)

Kulit puff pastry secukupnya

2 kuning telur

200 ml whipping cream

50 ml air

40 gram gula halus (resipi asal 55 gram)

1/2 keping keju chesdale, disiat2

1 camca teh esen vanilla

1 titik pewarna kuning



CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan whipping cream bersama gula dan air, kacau rata dan didihkan perlahan menggunakan api kecil. Kuning telur tadi dikacau. Tuang sedikit whippung cream suam, dan kacau pantas dengan whisk sehingga sebati.

Tuang bancuhan telur tadi ke dalam baki whipping cream, masukkan juga esen vanilla, kacau lagi dan masak hinga sedikit pekat, gunakan api kecil, masukkan keju yang telah disiat2 kecil, kalau hingga larut dan sejukkan.

Puff pastry dipotong mengikut saiz acuan tat, tekat kemas dah potong lebihannya. Buat hingga siap. Tuang 3/4 penuh dengan no. 2, buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, atau hingga kuning keemasan.

Sejukkan atas jaringan sebelum dikeluarkan dari acuan

CREAM PUFF

CREAM PUFF


MAT GEBU

BAHAN CREAM PUFF :-)

50 gram mentega

125 ml air

1/3 camca teh garam

75 gram tepung gandum, diayak

1 biji telur + 1 kuning telur

1/2 camca teh esen vanilla



BAHAN CUSTARD CREAM :-)

1 kuning telur

150 ml whipping cream

1 1/4 camca besar tepung custard

25 gram gula halus

1 camca besar parutan keju cheddar

1/2 camca teh esen vanilla



CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK CUSTARD CREAM :- Satukan semua bahan2 untuk custard cream, kecuali keju, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Masak atas api kecil hingga panas. Masukkan keju dan terus mengacau hingga bancuhan menjadi pekat. Bila whisk diangkat, adunan jatuh bertali. Alih custard dalam bekas dan tutup dengan plastik cling, tujuan untuk mengelakkan custard tadi ber"kepala" (atau permukaannya menjadi keras). Ketepikan.

UNTUL CREAM PUFF :- Satukan air dan mentega, jerang hingga mentega cair. Masukkan garam dan juga tepung tadi, kacau dengan senduk kayu sehingga adunan menjadi bancuhan kental yang tidak melekat di periuk, gunakan api perlahan. Matikan api, alih adunan ke dalam mangkuk pemutar. Bila adunan suam, putar pada kelajuan sederhana, masukkan telur + kuning telur dan esen vanilla. Putar hingga sebati. Alih kan bancuhan ke dalam beg piping yang dipasang muncung bintang. Paipkan bentuk rosset berdiameter 2 inci atas dulang pembakar yang telah disapu sedikit mentega Buat hingga siap.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selamat 25 minit, bergantung pada oven masing. Sejukkan atas jaringan, kemudian belah, isi ruang dalam cream puff dengan custard cream tadi, ayak sedikit gula aising sebagai penyeri


komen~agak keras dia punya doh tp rupa nya cantik cuma aku rasa aku lebih suka resepi yg biasa aku buat

HONEY MUSTARD PRAWN

Salam senin...blurrr aje aku ari ni keje byk tp tetap nak update gak sbb byk gambar sblm aku lupa baik masuk dulu sini

HONEY MUSTARD PRAWN


http://tiffinbiru.blogspot.com/2010/10/honey-mustard-prawn.html

BAHAN-BAHANNYA :-)

15 ekor udang saiz besar

1 pokok kecik, daun ketumbar, hiris halus-tak letak sbb tak suka

2 ulas bawang putih, cincang halus

1/2 camca teh serbuk lada hitam

1 1/2 camca besar "english mustard"-guna yellow mustad aje

1/2 biji lemon, perah jusnya-ganti dgn limau nipis

2 camca besar madu

1 camca besar minyak zaitun

Garam jika perlu

15 batang kayu pencungkil gigi, rendam sekejap-skip malas lah



BAHAN ACAR KOBIS :-)-ini pun tak buat sbb dah biasa buat cuma nak rasa udang aje

1/4 biji kobis bulat, hiris halus2

1/2 biji bawang besar, hiris halus2 (kalau dpt bawang india yang warna merah gelap)

1/2 camca besar cuka makan

Garam dan gula secukup rasa



CARA MEMBUATNYA :-)

Udang dipotong muncungnya dan kakinya. Cuci bersih dan lap kering2. Ketepikan. Dalam satu bekas, masukkan semua bahan2 kecuali garam dan pencungkil gigi. Kacau rata dan rasa, jika perlu tambah sedikit garam. Masukkan udang tadi, gaul dan perap 30 minit dalam peti sejuk.

Keluarkan udang. Cucuk badan udang tadi dengan pencungkil gigi, tujuan biar udang menjadi lurus masa dipanggang. Buat hingga siap. Panaskan non-stick pan. Lenser dengan sedikit minyak zaitun. Panggang udang tadi hingga berubah warna pada kedua2 bahagian dan udang masak.

Kemudian angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama, masukkan saki baki bahan perap dan tambah sedikit air (anggaran 1/4 cawan) dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Ketepikan.

Letak acar kobis dalam pinggan sesuai, ratakan. Susun udang tadi dan curah dengan no.3 atas udang. Hidangkan segera. Pastikan anda mencabut pencungkil gigi pada udang sebelum dimakan


komen~aku tak suka rasa udang ni tp mkn gak sbb dah takde sape nak mkn

Ahad, 14 November 2010

UPDATE MY TESTIMONI

Salam pg minggu kali ni aku nak share pasal win tea ni,minggu lepas kan aku ada cerita pasal tea ni kan skrg aku nak bg tau result utk aku sendiri dan juga record lah mana tau kot2 aku lupa
berat sebelum minum win tea 89kg
selepas minum win tea selama seminggu 85.5kg(dah ada org perasan aku kurus sikit hai cepatnya org perasan)
Mengikut kata buku :-
Utk kekalkan kesihatan -satu bungkus sehari
Bg yg mengamalkan diet - dua @ 3 bungkus sehari selepas mkn(utk buang lemak)

Tapi aku hanya minum sebungkus sehari sbb nya aku bkn lah jenis suka minum ubat2 ni walaupun tea ni tak pahit sama mcm minum green tea aje ehh rasanya lagi ok dr green tea lah sbb aku memang tak leh minum green tea sbb pening dah tu lepas minum mula nak uwakk..Dan lagi satu paham2 aje lah nak jimat klu minum 3 bungkus sehari mesti kena beli byk2.
ok klu sape2 nak tau berapa harga nya aku bg tau lah walaupun kat link sebelah tu aku dah tulis harga nya tp mungkin org tak perasan kot
Harga wintea utk sekotak RM77.00 sekotak ni blh tahan selama 2 bulan

Ok sekrg aku nak citer pasal gel ni pulak.n3 sebelum ni aku tunjuk gambar lengan aku kan jd ada lah tanya blh tak sapu kat tempat lain dan jawapanya ialah memang boleh dan hanya 3 tempat aje yg tak boleh di sapu dan sememangnya pantang iaitu:-
1-Muka sbb kulit muka jenis nipis dan sgt sensitif sbb tu kita mesti gunakan losyen muka yg di khaskan
2-bahagian leher sbbnya sama juga testur kulit leher dgn muka adalah lebih kurang jd memang tak boleh guna gel ni
3-Buah dada ini memang kena betul2 jaga yer jgn ada pulak tersapu kat situ sbb buah dada kita ada lah tempat pengumpulan lemak kat situ takde tulang @ apa jd jgn lah sapu kat situ
ok hanya 3 tempat itu aje yg memang tak boleh sapu gel tempat lain memang boleh sapu jd jgn sbb tengok aku tunjuk gambar lengan jd hanya lengan aje.klu aku sapu kat perut ke buntut ke tak kan nak ambik gambar agak2 sikit lah nanti tak pasal blog aku ni jd blog prono lak.ok dah..dah..mengarut dah
ini aku nak citer tentang gel ni.pg ni selepas mandi aku pun sapu lah gel ni kat badan ku tp sebelum tu aku ukur dulu sbb nak tau kesannya jom kita tengok yer
pinggang sebelum 84cm selepas disapu gel sehingga kering 81 1/2 cm
punggung sebelum 117 1/2cm dan selepas sapu gel sampai kering 116 1/2cm
Peha sebelum 65cm dan selepas sapu gel sampai kering 63 1/2cm
bila tengok tengok hasilnya mcm tu aku lagi lah rasa seronok he..he..sbb klu agak2 baju yg kat umah tu dah mula ketat boleh lah cuba gel ni.
haa lagi satu nak bg tau smlm aku timbang utk win tea tu 85.5kg dan pg ni selepas sapu gel aku pun saje nak timbang lagi dan tau apa yg terjadi berat aku dah turun 84.5 kg seronoknya.peha aku yg selalu ada masalah melecek tiba2 aje jd licin aje.ini baru guna sekali klu berkali2 mesti lagi byk hilang dah tu ada pulak yg ckp klu dah ari2 pakai asyik kurang aje lama2 tinggal lidi he..he..ok aku nak bg tau gel ni ianya bukan buang lemak tp mengecilkan lemak dlm badan contohnya badan kita ni klu kita gemuk badan mengembang maksudnya lemak tu sebenarnya mengembang jugak dan bila kita kurus maka lemak tu juga mula mengurus
nak tau berapa harga nya satu tiub tu harganya RM198 dan promosi sehingga 15hb ni 3 tiub RM568 dan free 1 botol scrub.
Cara yg betul memakai nya adalah sewaktu mandi mesti scrub badan dulu supaya pori2 kulit terbuka dan memudahkan gel masuk/meyerap ke dlm sel kulit.
ok jika sesiapa sekitar lembah klang mau cuba secara percuma boleh aje call aku 019-9543616(ida)

 

Sabtu, 13 November 2010

MY TESTIMONI CELULITE GEL

Pagi2 nak buat tayangan perdana he..he..jgn marah.klu nak marah pun bkn korang punya blog aku punya,bkn apa aku asyik duk tayang pasal gel ni aje kan sampai org tengok pun tension lah yelah ida ni mcm tak reti nak buat n3 lain.Takpe2 aku just nak tunjuk aku sendiri punya pengalaman menggunakan gel ni jd takde lah org ckp ida tu duk tayang2 entah betul ke idak gel tu berkesan entah2 saje aje kan sbb nak jual.takpe2 skrg korang blh tengok betul ke tidak dan klu masih lagi blm percaya just call or sms aku utk free testimoni jd klu rasa tak menjadi tak yah lah beli kan tp klu dah ada kesan tepuk dada tanya selera lah ok jom tengok gambar ini pertama kali aku guna di lengan ku
hu..hu..bertapa besarnya lemak kat lengan ku dulu pakai baju saiz S skrg XXL jd bila dah ada gel ni tak tukar S pun tak pe janji blh tukar ke M pun dah ok he..he..confirm blh punya sbb ada gel ni,tak payah susah2 nak guna gel yg panas pijar lagi dah dulu aku pernah cuba sendayu tinggi huii tak yah ckp lah dia punya panas meletup2aku sempat pakai berapa kali aje tak tahan panas giler.lepas tu gatal nak cuma londan plak kekonon nak gak try sbb tergoda dgn iklan tv tu tp mak ai seksa jugak lepas abis aje treatment aku pening satu hari bila tanya kat girls2 kat situ dia ckp memang lah sbb nak buang toksid dlm badan dan aku dah tak sanggup dah kena balut mcm swiss roll tu aku siap menjerit lagi suruh dia org buka(ada ke patut yelah panas sgt) lepas tu cuba plak mustajab ni ok sikit panas sekejap aje tp bau nya mak datuk bau minyak urut sampai satu opis blh tau aku guna losyen mustajab tu dah tu siap sakit perut lagi duk ulang alik gi toilet.last2 aku letak tepi aje bila lenguh2 aku sapu ler.jd bila org citer pasal gel celulite ni aku siap kondem lg sbb dah tak caya tp tetap nak cuba yelah free bukan nak kena beli dulu baru cuba kan dan amat2 mengejutkan ku hu..hu..gelnya berbau wangi mcm losyen baby lepas tu sejuk aje mcm losyen duk dlm peti sejuk dah tu tak melekit bila dah serap dlm badan dan basuh langsung takde licin2 mcm pakai losyen baby tu.dannnn yg penting cm pun hilang hu..hu..menakjubkan.mai tengok gambar lepas 5 min aku guna ni
nampak sgt lengan aku mengelebeh hu..hu..mesti2 kena pakai ni.

tak tipu yer ini memang betul2 aku punya testimoni,tengok muka aku siap senyum lagi sbb sejuk aje bila terkena gel tu.ok mesti ko rang nak tau apa bahan2 yg ada kat dlm gel tu.jgn risau tiada bahan kimia sbb ia organik aku dah tunjuk pd n3 yg lepas jd korang tengok blk lah.Gel ni dtg dr jepun bkn kat sini so memang limited stok lah.

 ok lepas aje sapu gel tu kita gunalah guasa utk bg gel tu menyerap masuk ke dlm liang2 roma sambil memecahkan toksin dlm badan.mesti korang tanya kan sakit tak bila kena guasa tu jawapan aku tak sakit dan kulit aku langsung takde kesan merah2 seperti kena bedal/pukul(kulit aku ni memang jenis cepat lekat tanda klu org cubit ke mesti dah ada kesan merah2)tapi jika nak cepat lagi masa mandi kena scrub badan bg liang2 roma terbuka dan lepas aje lap2 kering terus sapu gel ni confirm memang jd.ok lah aku nak sambung keje yg bertimbung ni dan berangan kurus he..he..

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...