DAPUR KECIL KU

Jumaat, 26 November 2010

IKAN KUKUS ASAM BOI

Salam jumaat...
Penghulu segala hari
Dan hari ini ku rasa begitu tenang dan indah walaupun mentari tidak menyinar
Sejuk lembut di tiup bayu pagi penuh dgn seribu rasa
Wah..wah..bermandah lak aku ni tp itu yg aku rasa sbb smlmkan hujan sejuk jd pg ni lak matahari tak nampak sampai opis aku pun tak buka air cond jd kira tenang jgn ada driver ajak cari pasal dah pg2 ni nak gaduh ptg2 nanti yer.mood aku tengah bagus ni walaupun bulan mengambang he..he..dah melalut aku ni.Ok sebenarnya nak tunjuk menu yg best sgt 2 bg aku dan aku memang suke sgt menu ni cuma jarang berpeluang masak sbb byk komen dr chef kat umah tu.Smlm jln2 aku ternampak kat umah hana lauk ni terus set kat kepala ni nak masak lauk ni tak kiralah ikan apa janji aku dpt masak.taraaaaa...ikan siakap steam




RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI

Source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
1/2 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - mayang halus
1-2 batang serai - hiris
1 inci halia - hiris memanjang halus
5 biji asam boi putih atau lebih - lg byk lg sedap-letak 5 biji rendam bg buang manis jd tak ambik air tu
1/4 batang carrot - hiris memanjang halus -tak letak
Tomato cherry @ biasa - belah 4 -tak letak gak
Daun ketumbar -tak suke jd tak letak
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap cair -tukar pakai sos nampla
1 sudu sos tiram - (optional) -tak letak dah masin
Hirisan limau atau jusnya -ambik 1/2 biji limau nipis
Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak-tak buat pun

Cara-cara
Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
mailto:Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali

masa aku duk kukus ikan ni chef duk komen ni nak mkn ikan dgn serai ke?itu pasalnya aku memang malas nak masak klu org byk komen jd dek kerana risau tu aku goreng lah telur buat bakup rupanya telur langsung tak usik.abah mkn takde bunyi sedar2 dah licin lepas tu dia ckp telur tu bg anak mkn hu..hu..memang ler chef ni.tp memang best lah kena aje dgn asam boi tu

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...