DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 Mei 2011

CHOCOLATE FILLING

Salam...
apa nak tulis ni????
takde apa citer jd kita layazzzzzzzzzzzzzzz

dah lama cari resepi filling coklat ni.ari tu ternampaklah kak nor SG tayang terus copy dan buat ler semalam sbb ada projek pg ni.mula2 duk kacau2 tu mcm tak pekat aje dah lah tersalah step aku pergi masukkan kesemua bahan dalam periuk ingt tak guna blender mcm kak nor.sekali bila dah masuk semua bahan baru perasan yg mentega masuk kemudian.alamak...dlm duk kacau 2 tu majerin dah jadi mcm apa dah tp kacau lah gak sampai adunan dah panas bahan2 semua dah sebati dan cair baru elok.fuhhh lega jd gak.Bila rasa filling ni sebijik mcm inti bun coklat sweeti klu sape yg rajin beli roti mesti tau roti cuma kurang manis so next time mesti tambah gulanya sikit lah.aku ikut sukatan gula tu betul2 mcm resepinya sbb kak nor ckp serbuk coklat dia pahit sikit jd dia tambahlah gula aku lak konon2 ingatkan serbuk coklat aku tu manis ha..ha..dah lah tengok resepi lah.Aku nak gi tanya kak nor dulu berapa lama tahan filling ni tp pg ni aku dah masuk dlm peti dah takut balik keje krg dah rosak pulak initi ni syg.


CHOCOLATE FILLING

sumber: Anna Qawina
sumber : K.Nor@SecubitGaram
boleh tengok secubitgaram

Bahan-bahan :
250ml susu sejat-guna fresh milk
180ml air suam
125gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
60gram mentega-guna majerin aje
60gram serbuk koko
40gram tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla-tak letak pun

Cara-cara :
Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
Tapis kedalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
Kacau sampai pekat
Campurkan mentega dan esen
Kacau sebati dan tutup api..sejukkan

* K.Nor lebihkan gula sbb serbuk koko yg K.Nor guna agak pahit

4 ulasan:

Anna Qawina berkata...

aslmkm Ida...resepi ni rsp asal tokey apam dot dot..sbb dia jual apam polkadot..cair sikit, kalau nak boh dalam tat & apam bolehle..
tp kalau nak buat yg letak dlm bun & nak pejal sikit blh tgk yg dah kali ke 2 Kak Nor & saya buat..dah edit tang bahan2 tu..mmg sesuai tuk inti roti...

saya simpan dlm peti ais sempat jugak kot 2 minggu..ke tak sampai tak tahu le..ank2 suka makn ngan roti & biskut..

munna berkata...

menariknya...ni klu buat filling apam dot dot anak2 pasti suka..

Wattie berkata...

Assalamualaikum Ida,
Kalau dapat kat anak anak Kak Wattie ni....mau dicedok masa tu jugak

Ummi berkata...

Assalam Ida, ambooiiii jilat2 coklat je ke tghri nih...hehehe...ledooottt gitu nampak chocolate tuh..mkn dgn roti plg best nih..hehe

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...