DAPUR KECIL KU

Isnin, 23 Ogos 2010

AYAM BERAPI

Ini lah lauk atas permintaan bos masa sahur jd aku masak lagi dan aku ejas sikit bg sedap resepinya lebih kurang mcm ayam harum thai tu.Nama resepi tu bos yg bg sbb katanya rasanya sama mcm ayam berapi yg di buat oleh satu restoran yg dia biasa mkn jd aku pun letak lah nama tu sbb nak beza kan dgn ayam harum thai tu

AYAM BERAPI CHEF E


Bahan-bahan:
1 mangkuk isi ayam - potong kecil
2 batang serai - di mayang halus
4 helai daun limau purut

bahan2 hiris:

2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 sos :

2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sambal kicap(klu takde ambik aje cili api mayang)
1 biji perahan jus limau nipis

cara:
gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam
gorengkan sehingga garing dan ketepikanpanaskan minyak
tumiskan bahan2 hiris sehingga wangi
kemudian masukkan bahan2 sos dan kacaukan rata
masukkan serai, daun limau purut dan kacaukan rata
setelah itu masukkan pula ayam goreng biarkan sebentar
padamkan api dan hidangkan

lauk ni memang sedap klu makan dgn nasi panas2

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...