DAPUR KECIL KU

Jumaat, 6 Ogos 2010

NASI AYAM IPOH


Menu hari minggu lepas nasi ayam ipoh.Resepinya spt di bawah ambik dr blog madiha


METHOD:-


Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.




4 mug beras (MaDiHaA masak 3 mug aje & bahan2 lain tu pun dah direduce ikut kesesuaian.. tp resepi ni utk 4 mug beras ye!)


4 1/2 mug air rebusan ayam

2 inci halia*

3 biji bawang putih*

3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)

1 sudu besar minyak bijan

2 sudu besar sos tiram

2 helai daun pandan

4 sudu mentega

Method Untuk Nasi:-

Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak
 

Bahan2 Untuk Ayam


1 ekor ayam (MaDiHaA buang kulit.. itu pasal kurang cun ayam ku.. huhu)

3 biji bawang putih*

1 inci halia*

3 sudu besar kicap lemak manis

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar cuka

1 sudu besar madu

Method Untuk Ayam:-

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Bahan2 Untuk Sup


air secukupnya

4 bawang putih diketuk

3 inci halia di hiris

3 helai batang bawang

1 biji sengkuang dipotong dadu

1 sudu besar serbuk lada sulah

Method Untuk Sup:-

Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)

selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi
 
Bahan Untuk Cili:-


10/15 biji cili burung

6 biji cili merah

sedikit halia (ambik dari rebusan)

5/6 biji bawang putih

1 biji limau kasturi/nipis

sedikit air dari air rebusan ayam

garam n gula secukupnya

(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-

Bahan Untuk Kicap:-

5 biji cili burung

sedikit halia (ambik dari rebusan)

4/5 biji bawang putih

kicap secukupnya

air rebusan ayam secukupnya

Tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) ibu tak letak pun tepung2 ni
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kicap

note utk kicap dan cili

*blender semua bahan2 kicap dgn cili bahagi 2 kemudian baru campuran kicap dan sebahagian lg baru buat cili.he..he..cara mudah dan senang tak yah buat 2 kali keje

Bahan Hiasan:-

tomato, salad, daun sup dan bawang, timun-(tomatoes, chicnese celery, spring onions and cucumber)

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...