DAPUR KECIL KU

Selasa, 24 Ogos 2010

PUDING AUSTRIA

Puding ni buat utk buka posa ahad lepas.mula2 tengok puding ni kat umah kak dayang nampak mcm sedap aje maklum lah bulan2 posa ni semua benda nampak sedap.Jd dlm duk berkira2 hari tu bila nak buat maklum lah senarai Q pun byk gak tp duk memikirkan bulan posa klu buat byk jenis sape pulak yg nak mknnya jd klu dah msak sejenis kueh dah lah jgn byk2 tu pun entah berapa lama nak perabis.Puding ni tak berapa manis sgt jd sgt sesuai utk org yg tak suka manis rasanya seakan-akan puding roti mungkin disebabkan oat tu yg membuatkan nya rasa seperti roti.masa bakar bukan main lagi naiknya sampai penuh ler loyang tu.aku guna loyang bulat 6" tu memang ngam2 aje penuh sampai atas mgkin kerana telur putih tu yg buat kan dia naik mengembang dan juga tepung naik sendiri tu tp bila dan masak makin lama makin turun sampai lah setengah loyang dah mcm bantat lah pulak aku tengok dan lg ler melepek bila dah terbalikan puding tu tp aku tak sakit hati bila tengok rupa puding tu bila dah di terbalikkan nampak cantik(alamak masuk bakul lah pulak)aku cuma guna buah peach dlm tin dgn ceri hijau.Buat ni pun kes takut buah peach tu exp. dah lama sgt aku beli buah peach tu dr thn lepas nak buat apa entah dah lupa lepas tu duk aje kat almari tu.masa kemas2 dapur baru terperasan ada buat peach tu jd aku pun buat lah.memang best walaupun nampak mcm bantat tp sebenarnya tak.Jd puding ni klu sesapa takde topping blh aje mkn dgn kuah buah peach tu sedappppp...
ini ler rupa sebijik puding austria ni(memula aku ingat kan namanya puding australia tp bila baca blk austria sik baik tak salah letak nama)mari kita tengok apa resepinya mudah sgt jom2 cuba klu tak mau cuba blh aje  suruh aku buat sediakan ongkos nya aje he..he..


Puding Austria

sumber Dayang Jack

Bahan-bahan :
200 g buah-buahan campuran dlm tin yg telah disejatkan (ikut suka) - dyg guna pic, kurma dan blueberry ibu cuma guna ceri hijau dgn pic dlm tin
1 sb minyak masak sayuran/ minyak jagung -ibu guna minyak masak SAJI aje
3 biji telur (asingkan kuning dan putihnya)
80 g gula kastor -40g guna icing sugar 40g guna gula pasir
1 sk esen vanilla
1 sb tepung naik sendiri
40 g gajus goreng (ditumbuk atau dikisar) @ serbuk badam -ibu guna gajus yg tak bergoreng pun
1 sb oatmeal
125 ml susu segar -ibu guna susu cair
sedikit pewarna jika suka. (Dyg guna pes pandan 1/2 sk) -tak letak pun

Cara-cara :

Panaskan oven pd suhu 160-170C. Lengserkan mangkuk kaserol dgn mentega (dyg guna yg berukuran 5'' x 9"). Ketepikan.
Letakkan buah-buahan di dalam mangkuk kaserol.
Pukul kuning telur dan 40 g gula hingga sebati. Masukkan oat, tepung, gajus/badam, susu, esen vanilla, pewarna dan minyak masak. Kacau lagi sebati.
Di dlm mangkuk adunan yg bersih, pukul putih telur hingga berbuih dan masukkan 40 g gula. Pukul lagi hingga kental. Kaupbalikkan ke dalam adunan tepung tadi.
Ratakan adunan di atas buah-buahan dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak.
Setelah masak, sejukkan dulu. Kemudian, keluarkan puding dengan menterbalikkannya.
Hiaslah dgn topping kesukaan jika suka
jemput2 yer ada sikit lagi tu dlm peti ais aku sorang aje mkn bos tak minat.selamat aku blh pulun sorang2

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...