DAPUR KECIL KU

Sabtu, 28 Ogos 2010

RENDANG AYAM GAHARU



 Hari ni mood aku sungguh2 tak bagus.Pg2 lagi aku masuk opis nak bergaduh dgn driver.Tiap kali driver ni dtg mesti cari pasal dgn aku.Dah dia hutang lambat byr pastu bila aku ckp kete dia kena interest dia blh ckp aku main pusing2 padahal dia tu in*** yg belet-belet.Yg paling aku geram dia boleh kata you puasa klu mcm ni buat apa puasa tak payah puasa lah.main tipu2 org.masa ni lah aku hangginggggggg sgttttttt ni.Apa kena mengena dia dgn aku puasa.aku pakai perut dia ke puasa.Dah aku keje  mcm ni sistem dah tunjuk hutang dia byk tu dah tu akaun dia patutnya dah exp.bulan april skrg dah ogos dah patut lah kira bunga klu dia gi bank ingat bank nak bg potong2 ke.Bila aku ckp tak paham.Aku klu ikut hati memang dah good bye dah opis ni tp bila ingat nak cari duit sabo ajelah.Driver ni blh ketuk2 cermin kaunter apa nak tumbuk sampai pecah ke nak belasah aku.Dia asyik tunjuk statment yg bln lepas memang lah tak sama statment bulan ni apa punya bodoh lahhhhh..maaflah aku melepas perasaan pulak tp memang aku dah tahan dgn driver2 taxi kat sini selalu cari pasal.Dah hutang tu buat cara berhutanglah klu nak ckp byk gi jumpa bos.Dah lah klu aku citer lagi sakit hati.

 Mari kita tengok resepi yg aku masak minggu ni.Aku ni dah macam org mengidam plak.rasa nak mkn rendang tp tak mau rendang yg biasa buat tu nak lain sikit.dlm duk google tu jumpalah resepi mat gebu.apa lagi blk keje terus gi beli brg tp ada gak terlupa nak beli.kerisik....kerisik..takde dlm rendang ni tp aku tengok bos besar kat umah tu duk mkn sedap aje.katanya cukup rasa memang best dan yg pastinya dia mkn sorang aje sikit pun aku tak rasa.aku masak hari rabu mlm buat sahur khamis lepas tu hari khamis tu aku kena berbuka kat hotel anjuran opis ni jd tak mkn lagi lah buka smlm aku mkn nasi kerabu cap pasar ramadhan + ayam percik tak mkn gak.sahur pulak pg td bos mkn abis hu..hu..jom tengok resepi .aku masak setengah dr resepi



RENDANG AYAM GAHARU


Mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, dipotong 18 bahagian, cuci bersih dan toskan
3 helai daun kunyit, buang urat dan hiris halus2
500 ml santan
2 camca besar kerisik
3 keping asam gelugor
2 camca besar rempah kari
1 1/2 camca besar cili kisar
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan
5 batang serai, hiris halus
1 inci kunyit hidup
25 biji cili padi siam

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
Satukan bahan2 kisar dengan rempah kari dan cili kisar, kacau rata. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah bahan kisar tadi dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tambah santan, masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau dan masak hingga pekat. Masukkan kerisk dan asam gelugor, kacau dan masak hingga rendang kering.
Tabur dengan hirisan daun kunyit, dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, pulut, nasi impit atau pun roti

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...