DAPUR KECIL KU

Rabu, 13 Oktober 2010

NASI ASWAN

NASI ASWAN (Resepi Chef Asmah Laili)

Sumber : Aidah
Copy kak ummizaihadi yg sambut besday hari ni

Bahan-Bahan:
(yang bertanda * dalam column tu, sukatan bahan ikut 2 cawan beras)
1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 minit)
Air mengikut paras beras (* akak masak 2 cawan beras, airnya letak 3 cawan)
1 ekor ayam - potong ikut suka (*4 ketul ayam)
5 biji bawang besar - potong dadu (*akak guna 1 biji bawang besar)
8 ulas bwg putih - dicincang (*akak letak 2 ulas)
2 jari halia muda - dihiris (* akak letak 2 cm)
10 biji tomato segar - dipotong dadu (*akak kisar 2 biji tomato sederhana)
1 tin kecil tomato puree (*akak letak 2 sudu besar)
10 biji buah pelaga -dipecahkan (*2 biji)
5 kuntum bunga cengkih (*2 kuntum)
5 cm kayu manis (* 1 inci )
1 sudu teh serbuk lada putih (*1/4 sudu teh/secubit dua)
1 cawan minyak conola - (*akak guna 2 sb. butter)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar (* akak x hiris pun, letak je 2 3 btg gitu)
1/2 caw daun pudina (* 1 sudu besar )
garam secukup rasa

Bahan hiasan untuk ditabur:(semua bahan hiasan tak letak sbb dah terlupa nak letak he..he..)
1/2 cawan bawang goreng
1/2 caw hirisan badam goreng (* akak x letak, ganti raisins)
1/2 caw gajus goreng (*akak x letak pun)

Cara-Cara:-
Dalam periuk (bukan rice cooker), panaskan minyak/butter, tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.3.
Kemudian masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina. (*akak letak daun ketumbar dan daun pudina, selepas ayam betul2 masak)
Gaul rata hingga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat).
Keluarkan sosnya dan ketepikan untuk dimasukkan semula dalam nasi nanti.
Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
Tuangkan beras ke dalam periuk eletrik (rice cooker).
Tuangkan air ikut sukatan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...