DAPUR KECIL KU

Isnin, 18 Oktober 2010

NEOPOLITAN STRAWBERRY LAYED CAKE

KEK NEOPOLITAN STRAWBERRY LAYED CAKE

Copy mat gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung "Optima" (tepung kek segera)
3 biji telur + 1 putih telur (gred "A")
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 gram susu segar (mat guna susu cair)ikut mcm mat guna susu cair gak
1/2 camca teh esen vanilla
Sedikit pewarna makanan ungu-guna warna biru sbb takde warna ungu
Sedikit pewarna makanan merah jambu
Jem strawberry secukupnya (kalau dapat beli yang tanpa gula)-guna jem blueberry lagi best rasanya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 180C, lenser loyang kek berukuran (10 x 10 x 1) inci dengan mentega, alas dasar loyang dengan kertas minyak, dan biar kertas berbaki kiri dan kanan supaya senang dikeluarkan nanti. Lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mixing bowl satukan telur, tepung optima, susu dan esen vanilla, putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan naik, kembang dan pekat. Masukkan mentega cair dan gaul dengan kaedah kaup balik hingga rata.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 biar pada warna asal, 1 lagi dicampur dengan warna ungu dan 1 lagi dengan warna merah jambu. Tuang sesenduk adunan warna asal tadi di tengah2 loyang kek, kemudian atasnya dituang sesenduk warna merah jambu dan akhir sekali sesenduk warna ungu, lapiskan bergilir2 hingga selesai.
Senget2kan loyang sedikit bagi meratakan adunan. Lorekkan adunan tadi dengan hujung pisau, dari penjuru loyang ke penjuru satu lagi. Buat sama untuk penjuru yang lain. Bakar 25 minit atau hingga masak. Keluarkan kek, dan alih ke atas jaringan, sejukkan.
tanggalkan kertas pengalasnya, potong kek kepada 3 bahagian sama besar, sapu jem strawberry tadi dan lapiskan. Buat sama untuk lapisan satu lagi. tekan perlahan2 supaya lekat. Kemaskan tepi2nya, potong dan boleh hidangkan....

CATATAN MAT GEBU :- Dalam gambar tu mat potong kek tadi kepada 3 bahagian sama besar yang setiap satu berukuran (8 x 3) inci. Dan ada berlebih 1 inci. Boleh juga dipotong ikut saiz yang ada ingin kan sebelum melapisnya dengan jem pilihan untuk mengelakkan kek berbaki...Selamat mencuba

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...