DAPUR KECIL KU

Isnin, 18 Oktober 2010

ROTI KISMIS PRUNE QUAKER OAT

ROTI KISMIS PURNE QUAKER OAT

copy ROS-jintanmanis

Bahan-bahan ( satu sandwish loaf )-aku buat bun
250 gram tepung roti
1 biji telur
1/2 cawan kismis-tukar dgn mixed fruit yg ada kismis,kulit limau,ceri lagi best
1/2 cawan quarker oat
4 biji dry prune ( dipotong nipis)
140ml susu segar @ air suam
4 gram yis ( 1 sudu kecil)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bread softner atau bread improver

Cara-cara
1. Kalau ade BM tu leh lah masukkan semua bahan, kecuali kismis dan hirisan prune, kemudian pilih menu Dough dan On je, jika takde BM, masukkan semua dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.
2. Bila doh dah lembut dan elastik baru masukkan kismis dan hirisan prune tadi, uli lagi. Kalau takde BM boleh guna cara saya ni Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada dua bahagian dan lipat tiga, letak di dalam sandwish loaf. Biarkan naik sekali lagi, spray dengan air Bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit.
4.Bila dah siap dibakar keluarkan dari oven dan glis dengan marjerin, untuk mendapatkan permukaan yang berkilat.
5.potong roti sandwish ikut kepingan yang disukai, tak kisah nak potong 8 ke 6 ke 5 ke jangan terlalu nipis ye.
6.kalau doh nak dijadikan bun boleh juga, tapi kena kurangkan masa membarkar tu jadikan 20 atau 18 minit je, yang pastinya roti ni memang mengenyangkan. Selamat Mencuba.

roti yg sedap dan cepat kenyang memang sesuai klu sape2 nak wat sarapan

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...