Salam...
Jom buat kek yg mcm mkn kacang ni tp aku kena stop mkn kacang dulu sbb sakit gigi.Sakit gigi ni pun gara2 mkn kacang lah.aku ni memang gemar mkn kacang jd aku beli satu beg yg 1kg tu buat kunyah time tengok tv tp entah mcm mana ari jumaat lepas aku tengah syok2 mkn kacang tetiba je terasa sengal2 lepas tu terus stop dan berdondang syg lah nak tido mlm.ari senin aku pi ambik mc.mula2 gi klinik cahaya suria kat kotaraya dah jumpa doc tp tak hilang sakit pun yg aku geramnya sikit ubat pun tak bg.balik aku gi ambik adik kembar bawak gi klinik kesihatan cheras utk susulan sbb sakit mata langsung aku pun jumpa doc sekali mintak ubt tahan sakit.Wah satu ari gi sampai 2 klinik rajin betul ida ni.Dah lah kita layan resepi yg senang giler ni pulak klu takde mixer pun blh wat janji ada oven dgn blender lah sbb nama kek nya pun kek oren blender.
Blended Orange Cake
Resepi:Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
* 1 bji buah limau
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren tp kita tak tambah guna warna original
Cara-cara
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Nota~sgt2 mudah dan sesuai utk yg kurang masa nak masak kek dan yg nak berjinak2 nak buat kek
nota yg amat penting sila kurangkan sukatan gulanya kerana mengikut yg aku buat aku hanya guna 1
cawan gula pun agak manis so pandai2 lah agak klu tak mau manis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan