Salam jumaat..
Dah lama dah rasanya tak buat cheese tat jd merajinkan diri entah subuh bila aku pun dah lupa dah.buat shell satu adunan siap2.bila dah masak simpan kemas2 jd senang lah bila nak mkn bancuh cheese aje atau kebetulan ada tetamu wat lah fruit tat ke apa ke.keje mudah kan?aku memang jenis suka wat stok benda2 mcm tu senang utk waktu2 kecemasan tp di sebabkan keinginan mkn cheese tat tu terlebih2 aku wat gak 1/2 adunan cheese ptg tu rasanya lepas tetamu yg aku jamu dgn ayam panggang bangkok lah kot.
Disebabkan shell aku tu kategori beso jd aku dpt 9 biji aje utk 1/2 adunan.biar betoiii ida ni tp memaang betul 9 ketul aje.mai tengok aku punya cheese tat jd ke idak.
Cheese Tart
Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.
Cara-cara (sila refer pd blog hasue):
1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!! (bergantung pd oven masing2 kita bakar 5 min kemudian turunkan suhu sikit dan bakar lg 5 min memang cantik gebu aje)
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.
jika ingin kan cheese tat yg cantik mesti ikut betul2 panduan tu memang menjadi lah
3 ulasan:
mmg besar tu ida...hampir besar tapak tgn..kite punya acuan kecil2 je...tp nk citer je la...acuan je la, buat nya idak pun..keh..keh... x sempat sgt..blk keje opis, samb cup kek..nk eksperimen pun cr yg senang2 je..wat tat ni nk kena menguli...KIV dulu..
ida heheheh menu kita serupa, meh kita tuko meh
Kak Ida,sy pong da bli cis,duk igt nak wat tart,tapi xwat2 lagi..Huish nmpk sedaplah tart akak nih..Synyer acuan yg kecik2 jer,nnti jenuh gak nak gentel..
Catat Ulasan