DAPUR KECIL KU

Khamis, 19 Mei 2011

AYAM PANGGANG ALA BANGKOK

Asyik masak kek aje kita masak lauk pulak yer.Aku masak ni utk tamu yg dtg  bln lepas tp takde yg special sbb nya takde air kat umah.bkn sbb tak bayor bil air tp sbb bos besar duk sibuk pasang paip dr pag sampai ke tengahari tak siap2 sbb paip asyik pecah aje itu pasal aku tak boleh nak masak mcm2 jd yg aku sempat buat ayam ni aje lain2 lauk simple jd takde lah tayang dan yg sebenarnya aku tak pasti tamu tu jd dtg ke tak nanti masak byk2 tak dtg pulak.
AYAM PANGGANG ALA BANGKOK


Sumber: Ummi Kuantan
Sumber asal : Majalah SAJI
copy kak nor secubit garam


Bahan:-
1 ekor ayam - potong 2 (*akak potong 6 bhg.)
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
80 gm serai (akak letak 3 btg)
30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)

Bahan Perapan:-
30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
35 gm gula (letak 2 sudu besar) ~ k.nor letak 1 sb jer sbb dah letak madu
50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam

Bahan Sos:-(tak buat pun guna sos thailand yg dlm botol tu aje)

30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
6 tangkai cili padi -cincang halus

Cara-Cara:-
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
Untuk sosnya, campurkan cuka sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang.


* K.Nor bakar dlm oven 19C ( 35 - 45 min)kita bakar 1jam bagi garing sikit

IKLAN~IKLAN~IKLAN...
ADA YG BERMINAT DENGAN TUDUNG SULAMAN TANGAN?
SILA DAPATKAN DENGAN SEGERA TUDUNG YG DI SULAM DAN DI LETAKKAN DGN BATU-BATU SERTA MANIK YANG AMAT MENARIK.
SESUAI DI PAKAI UTK MAJLIS-MAJLIS KERAIAN DAN JUGA UTK RAYA
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGGI 019-9543616~IDA

1 ulasan:

Cida de' Nuanza berkata...

ida mmg rajin wat ayam bakar kan... sodap nampak

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...