DAPUR KECIL KU

Isnin, 9 Mei 2011

KEK PISANG MARBLE SUSU

Salam............

Dah lama asyik duk tayang tudung aje kita layan lak kek pisang yg amat2 marbeless ni mengamcam abis kena aje dgn coklat tu.Kek ni aku dah terliur bila tengok kat blog kakak ku ittew.kak long mengamcam ler brownies tu.Mcm terasa2 lak brownies chewy2 tu nampaknya nak kena wat ni.Tak yah membebel panjang tengok kek pisang yg best ni dulu,jgn mintak dah abis dah sbb buatnya 2 minggu lepas klu ada pun dah naik kulat2nya he..he..



Kek Pisang Marble Susu by Rose Jintan Manis


Sumber : Kak Noor
copy kak long madiha

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
(MaDiHaA guna brown sugar & kurangkan 3 sudu besar dari sukatan asal-kita guna gula biasa aje)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur (guna gred A)
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko (MaDiHaA guna coklat emulco)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan. (lepas siap step 1 ni.. MaDiHaA panaskan oven dengan suhu 170C)
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak lalu dikacau sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, (MaDiHaA ambil 3 senduk) dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu. (step ni MaDiHaA buat 4 lapisan.. bermakna adunan dibahagi dua bagi setiap warna..)
4. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.

Nota MaDiHaA : MaDiHaA guna loyang 9" x 9". Bakar dengan suhu 170 darjah celsius menggunakan api atas & bawah selama kira2 35 minit. Tempoh membakar bergantung saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing2.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...