DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 Mei 2011

CHOCOLATE FILLING

Salam...
apa nak tulis ni????
takde apa citer jd kita layazzzzzzzzzzzzzzz

dah lama cari resepi filling coklat ni.ari tu ternampaklah kak nor SG tayang terus copy dan buat ler semalam sbb ada projek pg ni.mula2 duk kacau2 tu mcm tak pekat aje dah lah tersalah step aku pergi masukkan kesemua bahan dalam periuk ingt tak guna blender mcm kak nor.sekali bila dah masuk semua bahan baru perasan yg mentega masuk kemudian.alamak...dlm duk kacau 2 tu majerin dah jadi mcm apa dah tp kacau lah gak sampai adunan dah panas bahan2 semua dah sebati dan cair baru elok.fuhhh lega jd gak.Bila rasa filling ni sebijik mcm inti bun coklat sweeti klu sape yg rajin beli roti mesti tau roti cuma kurang manis so next time mesti tambah gulanya sikit lah.aku ikut sukatan gula tu betul2 mcm resepinya sbb kak nor ckp serbuk coklat dia pahit sikit jd dia tambahlah gula aku lak konon2 ingatkan serbuk coklat aku tu manis ha..ha..dah lah tengok resepi lah.Aku nak gi tanya kak nor dulu berapa lama tahan filling ni tp pg ni aku dah masuk dlm peti dah takut balik keje krg dah rosak pulak initi ni syg.


CHOCOLATE FILLING

sumber: Anna Qawina
sumber : K.Nor@SecubitGaram
boleh tengok secubitgaram

Bahan-bahan :
250ml susu sejat-guna fresh milk
180ml air suam
125gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
60gram mentega-guna majerin aje
60gram serbuk koko
40gram tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla-tak letak pun

Cara-cara :
Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
Tapis kedalam bekas berisi gula..Ana campur & blender sampai halus, terus tuang dalam bekas gula
Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
Kacau sampai pekat
Campurkan mentega dan esen
Kacau sebati dan tutup api..sejukkan

* K.Nor lebihkan gula sbb serbuk koko yg K.Nor guna agak pahit

Isnin, 23 Mei 2011

CREAM PUFF

Salam..
Al-fathihah buat anak2 yg telah pergi masa kejadian Tanah Runtuh Di Hulu Langat: Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.moga roh mereka di tempatkan di tempat yg sepatutnya amin..
sayu aje aku hari ni.buka2 tv pg td sambil2 lipat kain tengok AB dgn Fitri cerita pasal kejadian tanah runtuh ni sambil di iringin muzik yg sayu AB pun tak dpt menahan sebak walaupun tengah mengacara dan dia seorg yg happy go lucky klu di tengok dari rancangan yg dia acarakan tetapi naluri seorg ibu tak dapat menahan sebak di dada.Klu nak sedikit berita  kejadian tanah runtuh di ulu langat .tapi rasanya memang semua org dah tau pasal kejadian ni.teringat masa aku sekolah tingkatan 2 dulu.kejadian tanah runtuh highland tower masa tu rasanya itu lah kejadian yg paling dasyat aku rasa kat malaysia dan sehingga sekarang kawasan tu pun tinggal tak berpenghuni lagi.Masa tu suami ku lah yg duk berkampung kat sana(time tu aku tak kenal lagi dia tp menurut ceritanya lah)mcm2 bantuan dan badan2 bkn kerajaan dtg memberi bantuan.sampaikan penuh kawasan tu dgn sanak saudara lagi.Masa tu suami ku polis jd kenalah jaga setiap kawasan supaya tak di ceroboh.kemudian yg terakhir sebelum ini kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa ini pun mengorbankan nyawa juga.
Kadang2 aku fikir kenapa rumah di kawasan lereng bukit utk org elite dan harganya begitu mahal sedangkan tahap keselamatan nya tak terjamin.nasib baik org2 mcm aku ni tak mampun nak beli rumah mcm tu klu mampu pun aku rasa aku tak akan pilih kawasan yg berbukit2 bergunung ganang walaupun ajal dtg tidak kira di mana.aku lebih senang tinggal di kawasan sekarang ni cuma klu ada rezeki aku nak rumah yg bertanah skrg ni duduk rumah atas syiling umah org(umah flat lah).ok kita tinggalkan dulu kisah tu biarkah mereka itu bersemadi dgn aman.
Mari kita citer pasal masak2 pulak.Dah lama dah aku buat cream puff ni lebih kurang dgn mamafami buat gak.sbb tengok terliur dan bahan2nya mudah aku balik umah terus buat cuma baru tayang aje.


CREAM PUFF

Posted by MamaFaMi
Adapted from : Sonia's Durian Cream Puff

Ingredients :

100g butter
250ml water
a pinch of salt
150g flour (all purpose)
1/2 teaspoon vanilla essence
1/4 teaspoon baking powder
1 tablespoon sugar
2-3 eggs (I followed the original recipe which use 4eggs, but the batter became too watery, no choice I added more flour, so you need to adjust the eggs accordingly) - I used 3 eggs
For the filling, I just used the ready-to-use whip cream in the can
 
Method :

1. Mix flour, baking powder,salt and sugar, set aside.
2. Heat butter in a pot (medium heat), once butter melted, add in water, mix well.
3. Add in flour mixture (no.1), vanilla, qucikly mix well ( about few seconds), turn off the heat.
4. Continue stirring flour until the dough mix well ( once you see shinning surface).
5. Transfer the dough to a mixer, set aside to let it cool down.
6. Once it cool down (dont need completely cool) , mix in the egg, and beat (using your mixer) the dough and eggs till mix well, less than 5mins.(the dough texture must not too soft or too hard, something like biscuit dough which you can easily shape it)
7. Place the dough in a pastry bag fitted with a tip. Pipe quarter-sized puffs about 1 inch apart on a baking pan.
8. Bake at pre-heat oven at 180C (original recipe 200c, too hot) for 25mins or until golden brown.
9. Cut the puff and pipe the filling (store in fridge when not use), and enjoy it.

Sabtu, 21 Mei 2011

TUDUNG SALES

Perhatian kepada mereka2 yg berada di kawasan PJ Old Town,Kawasan Melayu sila2 lah dtg ke masjid jamed kawasan melayu esok sempena hari kesihatan(klu tak silap aku ler)Kami ada membuka gerai jualan tudung di sana.siapa yg datang akan mendapat harga yg istimewa.sila2 lah merajinkan kaki anda ke sana.byk juga gerai lain..




Jika berminat utk order boleh aje contact ida 019-9543616

Jumaat, 20 Mei 2011

CAKOI

He..he..aku klu sekali update bkn 2 3 entry bkn ida lah namanya jgn mare ye..
ni panas2 lagi ni aku masak pg td sbb kes terliur tengok izah buat cakoi dgn sos manis tu.jam 4.30 pg aku dah bangun dah gara2 nak wat cakoi ni.
Ingat sehari seblm tu nak wat kayu keramat tp bila jam bunyi aku off kan balik sambung tido tp pg td jam bunyi aku 'terpaksa bangun' sbb aku dah sakit pinggang tido kat sofa dpn tv,bkn gaduh dgn laki tp gaduh dgn kembar last2 aku lari tido kat luar ingt kejap aje sedar2 dah kul 4.30 pg jam pun dah bunyi terus bangun ler.mata duk kelabu asap lagi tengok resepi cakoi.aku masuk seme bahan2 dlm BM lepas tu wat keje umah lain.Basuh kain sidai kain lipat kain segala benda yg berkaintan dgn kain lah.jam dah kul 6 lebih cakai aku tak gak kembang2 ni mesti kes ibu roti ni.Dr terbiar aje tepung ni aku bancuh yis lain dlm gelas tengok dah kembang aku campurkan dgn doh tu tambah lagi tepung sib baik naik.jd moral of the story next time klu nak buat kueh berasaskan yis mesti pastikan yis tu masih hidup jd bancuh siap dlm bekas kecik bila nampak dah naik baru campurkan dlm tepung.klu tak naik bak buang aje.



CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman
http://izahdaut.blogspot.com/

Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

*saya uli menggunakan BM dan kaedahnya masukkan bahan-bahan mengikut turutan BM.




SOS MANIS

1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar/tukar guna susu cair coz takde susu segar
3-4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste /kita guna daun pandan + warna hijau
Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
Masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat-pekat manja.
Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.

jika berminat utk tudung sila lah hubunggi ku 019-9543616

CHEESE TAT LAGI..DAN LAGI

Salam jumaat..
Dah lama dah rasanya tak buat cheese tat jd merajinkan diri entah subuh bila aku pun dah lupa dah.buat shell satu adunan siap2.bila dah masak simpan kemas2 jd senang lah bila nak mkn bancuh cheese aje atau kebetulan ada tetamu wat lah fruit tat ke apa ke.keje mudah kan?aku memang jenis suka wat stok benda2 mcm tu senang utk waktu2 kecemasan tp di sebabkan keinginan mkn cheese tat tu terlebih2 aku wat gak 1/2 adunan cheese ptg tu rasanya lepas tetamu yg aku jamu dgn ayam panggang bangkok lah kot.
Disebabkan shell aku tu kategori beso jd aku dpt 9 biji aje utk 1/2 adunan.biar betoiii ida ni tp memaang betul 9 ketul aje.mai tengok aku punya cheese tat jd ke idak.


Cheese Tart

Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara (sila refer pd blog hasue):

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!! (bergantung pd oven masing2 kita bakar 5 min kemudian turunkan suhu sikit dan bakar lg 5 min memang cantik gebu aje)
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.



 
jika ingin kan cheese tat yg cantik mesti ikut betul2 panduan tu memang menjadi lah

Khamis, 19 Mei 2011

AYAM PANGGANG ALA BANGKOK

Asyik masak kek aje kita masak lauk pulak yer.Aku masak ni utk tamu yg dtg  bln lepas tp takde yg special sbb nya takde air kat umah.bkn sbb tak bayor bil air tp sbb bos besar duk sibuk pasang paip dr pag sampai ke tengahari tak siap2 sbb paip asyik pecah aje itu pasal aku tak boleh nak masak mcm2 jd yg aku sempat buat ayam ni aje lain2 lauk simple jd takde lah tayang dan yg sebenarnya aku tak pasti tamu tu jd dtg ke tak nanti masak byk2 tak dtg pulak.
AYAM PANGGANG ALA BANGKOK


Sumber: Ummi Kuantan
Sumber asal : Majalah SAJI
copy kak nor secubit garam


Bahan:-
1 ekor ayam - potong 2 (*akak potong 6 bhg.)
15 gm kunyit. (akak letak 2 cm)
80 gm serai (akak letak 3 btg)
30 gm bawang putih (akak letak 3 ulas)
20 gm batang ketumbar
10 gm serbuk lada putih (*akak letak lada putih biji yg dikisar)

Bahan Perapan:-
30 gm sos cili (*akak letak 2 sb. cili kisar)
15 gm sos ikan (letak 1 sudu besar)
20 gm pati ayam (*akak xda stok, letak yg serbuk 1 kiub)
4 gm sos tiram (letak 2 sudu besar)
35 gm gula (letak 2 sudu besar) ~ k.nor letak 1 sb jer sbb dah letak madu
50 ml santan
1 sudu besar madu
10 gm garam

Bahan Sos:-(tak buat pun guna sos thailand yg dlm botol tu aje)

30 gm cili merah - cincang halus (akak letak 3 tangkai)
15 gm bawang putih - cincang
50 gm cuka (letak 3 sudu besar)
1 sk. sos ikan
15 gm air gula (akak letak gula 2 sb + air panas sikit)
6 tangkai cili padi -cincang halus

Cara-Cara:-
Bersihkan ayam dan toskan airnya.
Kisar lumat kunyit, serai, bawang putih, batang ketumbar dan lada putih.
Kemudian gaulkan kesemua bahan perapan dengan bahan kisar. Perap ayam selama satu jam.
Kemudian panggang ayam selama 20 minit di dalam ketuhar (akak tambah masa agar ayam kelihatan sedikit garing). Balik-balikkan ayam agar masak sama rata sambil disapu lebihan bahan perapan.
Untuk sosnya, campurkan cuka sos ikan dan air gula. Cincangkan cili merah dan bawang putih. Satukan kesemua bahan tadi dan hidang bersama ayam panggang.


* K.Nor bakar dlm oven 19C ( 35 - 45 min)kita bakar 1jam bagi garing sikit

IKLAN~IKLAN~IKLAN...
ADA YG BERMINAT DENGAN TUDUNG SULAMAN TANGAN?
SILA DAPATKAN DENGAN SEGERA TUDUNG YG DI SULAM DAN DI LETAKKAN DGN BATU-BATU SERTA MANIK YANG AMAT MENARIK.
SESUAI DI PAKAI UTK MAJLIS-MAJLIS KERAIAN DAN JUGA UTK RAYA
JIKA BERMINAT SILA HUBUNGGI 019-9543616~IDA

ORDER KEK

Saje nak tayang order2 yg dah basi ni.entah dah tayang ke belum aku pun dah lupa sbb dah lama sgt.bln lepas punya order ni kumpul aje lah sekali
Order dari jiran sebelah umah sempena besdaynya.dah byk kali order dan tiap kali order mesti nak kek coklat lembab ni sbb katanya sedap.alhamdulillah.tak nak cream2 katanya klu blh kosong aje tp aku lak yg kesian kat besday girl so taruk lah coklat cair gitu

Order dari opismate utk besday anak gadisnya.tq alfred.last year dia order cake carrot thn ni order cheese cake pulak.

Order dari nana gerai sebelah bihun sup.di sebabkan tengok yg alfred punya order dia pun nak gak tp nak kecik aje dan kosong jd aku wat mcm tu aje lah.aku memang tak pandai betul bab hias2 ni

sempena majlis cukur jambul cucu sulung so nenek sponsor kek tecik ni utk org marhaban ada lagi satu kek besor tp aku dah delete gambar nya.takpelah.

BLENDED ORANGE CAKE

Salam...
Jom buat kek yg mcm mkn kacang ni tp aku kena stop mkn kacang dulu sbb sakit gigi.Sakit gigi ni pun gara2 mkn kacang lah.aku ni memang gemar mkn kacang jd aku beli satu beg yg 1kg tu buat kunyah time tengok tv tp entah mcm mana ari jumaat lepas aku tengah syok2 mkn kacang tetiba je terasa sengal2 lepas tu terus stop dan berdondang syg lah nak tido mlm.ari senin aku pi ambik mc.mula2 gi klinik cahaya suria kat kotaraya dah jumpa doc tp tak hilang sakit pun yg aku geramnya sikit ubat pun tak bg.balik aku gi ambik adik kembar bawak gi klinik kesihatan cheras utk susulan sbb sakit mata langsung aku pun jumpa doc sekali mintak ubt tahan sakit.Wah satu ari gi sampai 2 klinik rajin betul ida ni.Dah lah kita layan resepi yg senang giler ni pulak klu takde mixer pun blh wat janji ada oven dgn blender  lah sbb nama kek nya pun kek oren blender.



Blended Orange Cake

Resepi:Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
* 1 bji buah limau
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren tp kita tak tambah guna warna original

Cara-cara
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Nota~sgt2 mudah dan sesuai utk yg kurang masa nak masak kek dan yg nak berjinak2 nak buat kek
          nota yg amat penting sila kurangkan sukatan gulanya kerana mengikut yg aku buat aku hanya guna 1 
          cawan gula pun agak manis so pandai2 lah agak klu tak mau manis

Rabu, 18 Mei 2011

SARDINE ROLLS

salam .....
tak nak citer byk sekadar update xperimen yg dah dicuba dari kawan2


SARDINE ROLLS

resepi: Noorsha@blogspot & Noorsha@MyR

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )
200 gm Tepung Gandum
100 gm Mentega Sejuk
Air Sejuk
Secubit Garam

Bahan-bahan untuk inti
1 Tin Besar Sardin(guna sardin tin kecik aje)
1 Biji Bawang Besar - Dihiris
* 3 Ulas Bawang Putih
* 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
1 Biji Lada Merah - Dihiris
Garam
Secubit Gula
1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri :
Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin &; tak melekat di tangan.
Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.

Untuk Inti
Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.(kita tak asingkan sos masak sekali)
Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
Masukkan hirisan bawang besar &; tumis bersama hingga layu.
Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula &; limau kasturi.
Tumis hingga betul² garing.

Cara menyediakan Sardine Roll
Canai nipis pastri &; potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
Masukkan sedikit inti sardin &; gulung.
Susun dalam dulang pembakar &; sapukan permukaan roll dengan kuning telur
Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi &; bakar sehingga kuning keemasan

macam2 saiz ada aku buat buat sbb tu dpt byk ni aje utk satu adunan kat atas tu jd utk umah yg tak ramai boleh lah layan satu adunan ni tp dgn syarat jgn ada mknan lain atau kueh muih lain baru lah licin sardin roll ni.
kesedapan sardin roll ni bergantung kpd rasa sardin tu sendiri jd klu nak mkn sedap mesti masak sardin tu sedap dan aku memang suka dgn sardin roll ni.thank pd yg sudi share resepi ni

TUDUNG SALES

Kembali kepada tudung lak..
ini paten yg baru dah aku belum lagi tayang kat sini jd klu sape2 berkenan blh lah hubunggi ku dgn segera utk tempahan yer.
Harga utk tudung ZnZ 3 line berbatu RM30.00
Belian 2 helai ke atas free postage
model tudung memang tak reti senyumlah






yg berminat sila contact no ini 019-9543616(ida) sms atau call

Isnin, 9 Mei 2011

APAM PELANGI

Apam lagi ke ida ni???
he..he..jgn mare yer.aku wat ni sbb senang dan mudah klu utk sarapan pg yg susah2 kita simpan dulu


Apam Pelangi ( sumber c &p: Dapur Anymz )

copy POTRET KASIH

2 biji telur
1 sudu teh ovellet
1/2 sudu teh esen vanila
150 gm tepung gandum ( 1 1/3 cawan )
150 gm gula halus ( 2/3 cawan )
125 ml santan kara
1 sudu teh baking powder
garam secubit
pewarna

Cara Penyediaan
1. Pukul telur dengan gula dan ovelet sampai gebu.
2. Masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder kacau rata.
4. Bahagi kepada 3 warna yang kita suka. Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis dan kukus 30 minit sehingga masak

Aku tak pandai nak wat pelangi2 tu jd bila kukuk dlm bekas kecik jd belang2 lak.

KEK PISANG MARBLE SUSU

Salam............

Dah lama asyik duk tayang tudung aje kita layan lak kek pisang yg amat2 marbeless ni mengamcam abis kena aje dgn coklat tu.Kek ni aku dah terliur bila tengok kat blog kakak ku ittew.kak long mengamcam ler brownies tu.Mcm terasa2 lak brownies chewy2 tu nampaknya nak kena wat ni.Tak yah membebel panjang tengok kek pisang yg best ni dulu,jgn mintak dah abis dah sbb buatnya 2 minggu lepas klu ada pun dah naik kulat2nya he..he..



Kek Pisang Marble Susu by Rose Jintan Manis


Sumber : Kak Noor
copy kak long madiha

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
(MaDiHaA guna brown sugar & kurangkan 3 sudu besar dari sukatan asal-kita guna gula biasa aje)
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila
3 biji telur (guna gred A)
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko (MaDiHaA guna coklat emulco)

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan. (lepas siap step 1 ni.. MaDiHaA panaskan oven dengan suhu 170C)
2. Pukul telur bersama gula hingga kembang. Setelah adunan kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak lalu dikacau sebati. Selepas itu masukkan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila, kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
3. Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, (MaDiHaA ambil 3 senduk) dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko, kacau sebati dan ketepikan. Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat, kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu. (step ni MaDiHaA buat 4 lapisan.. bermakna adunan dibahagi dua bagi setiap warna..)
4. Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit, setelah siap di bakar, sejukkan atas redai.

Nota MaDiHaA : MaDiHaA guna loyang 9" x 9". Bakar dengan suhu 170 darjah celsius menggunakan api atas & bawah selama kira2 35 minit. Tempoh membakar bergantung saiz loyang yang digunakan & juga jenis oven masing2.

Jumaat, 6 Mei 2011

TUDUNG SALES

STOCK TUDUNG YANG TERBARU
DENGAN WARNA YG LEBIH MENARIK DAN AMAT SESUAI UTK DI PAKAI HARI RAYA ATAU KE MAJLIS2 TERTENTU






Stock tudung yg terbaru,bagi yg berminat boleh terus berhubung di no 019-9543616(ida) atau pun email di marlidaida@yahoo.com

Harga tudung tidak termasuk postage.Bagi yang order utk sehelai caj yg di kenakan RM5.00 utk postage dan jika membuat pembelian berganda seperti lebih dari 2 helai saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran utk postage.
Utk makluman juga stok warna yg terdapat di atas kebanyakan sold out jd jika anda tidak mahu terlepas sila lah maklumkan kepada saya dgn segera supaya saya dpt simpankan stok anda.(waktu pemyinpanan hanya seminggu dari tarik order jika bayaran tidak diterima dlm waktu tersebut tudung tersebut akan di berikan kepada mereka yg membuat bayaran terdahulu)




utk tudung warna hitam pelbagai warna sulaman yg ada jd anda pilih sendiri mana yg berkenan di hati

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...