DAPUR KECIL KU

Isnin, 12 Julai 2010

KUEH LAPIS PISANG

KUIH LAPIS PISANG


Sumber : Chef Hanieliza (copy dari MADIHA)

Bahan A:-

2 cawan santan

1 cawan tepung gandum

1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn)

2 sudu makan tepung beras

2 sudu makan tepung kastad/jagung

1 sudu teh garam

Bahan B:-

1 cawan pisang emas/berangan - dilecek

1/4 cawan air

sedikit pewarna kuning



Bahan C:-

1/4 cawan air

sedikit pewarna merah



Cara Membuat:-

1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.

2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.

3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.

4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)

5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.

1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.

2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (MaDiHaA akhiri dengan lapisan adunan A (warna merah).

3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.

4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...