DAPUR KECIL KU

Sabtu, 31 Julai 2010

LAKSA LEMAK NYONYA


LAKSA LEMAK NYOYA

copy mat gebu - tiffinbiru.blogspot

BAHAN KUAH LAKSA

50 g udang kering, rendam 10 minit dan toskan

1 genggam daun kesom (dgn tangkai2nya sekali)

2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum

1 liter santan

1 liter air rebusan kulit udang

2 kiub ikan bilis "Maggi"

1 camca besar sos ikan

250 g bawang merah*

2 batang serai, hiris halus*

20 g belacan, dibakar*

1 inci lengkuas*

8 biji buah keras*

1 inci kunyit hidup*

3 biji cili merah*

1 camca besar ketumbar biji*(*bahan2 rempah ini dikisar halus)



BAHAN LAKSA

1 kg mee laksa basah, cuci dan celur 30 saat, toskan

500 g udang sederhana besar, rebus dan kupas kulitnya (simpan stok udang utk kegunaan kuah laksa)

200 g taugeh, cuci dan buang ekor

1 biji timun, hiris halus

2 biji bawang besar, hiris halus

2 keping kek ikan, goreng sekejap dan hiris nipis

2 keping tauhu, goreng dan hiris (nak sedap guna tauhu "pok")

Belahan limau kasturi@limau nipis

Hirisan halus pucuk daun kesom

Hirisan bunga kantan

Sambal tumis

BAHAN SAMBAL TUMIS

1 cawan cili kisar

1 biji bawang besar*

1/2 inci belacan*

1 camca besar udang kering, rendam 1o minit dan toskan*

2 ulas bawang putih*(*kisar halus)

1/3 cawan jus asam jawa

Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUATNYA


UNTUK KUAH LAKSA :- Panaskan minyak dalam kuali, goreng udang kering hingga harum, masukkan bahan2 rempah kisar halus dan tumis hingga harum dan terbit minyak. Alih rempah tadi dalam bekas lain. Dalam periuk, panaskan stok udang hingga mendidih, masukkan daun kesom dan renih 10 - 15 minit. Masukkan rempah tadi, santan dan kiub ikan bilis. Masukkan bunga kantan, sos ikan dan perasakan dengan garam dan gula. Biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SAMBAL TUMIS :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tuang jus asam jawa, tambah garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga sambal tumis pekat dan terbit minyak. Rasa dan jika ok. boleh matikan api.

UNTUK PENYEDIAAN LAKSA LEMAK NYONYA :- Dalam mangkuk sesuai, isi kan laksa dan tuangkan kuah secukupnya. Hias dengan ulam2man, tauhu, hirisan fishcake, belahan limau kasturi dan juga sambal tumis tadi. Hidangkan segera...

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak buat dalam kuantiti yang sikit, rempah tu tak payah habiskan, boleh simpan dalam peti sejuk dan boleh digunakan pada masa lain. Kalau guna susu cair, masukkan susu akhir sekali dan didih kan sekejap saja, untuk mengelakkan susu berketul2...Sambal tumis tu pun kalau tak habis boleh simpan. Kot2 nak goreng nasi ke, goreng mee hoon ke, boleh lah digunakan sebagai perencah segera


NOTA~sesiapa yg suka akan mee kari boleh cuba resepi ni lain sikit dr rasa mee kari tp tetap terasa lemak nya mcm makan mee kari

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...