DAPUR KECIL KU

Sabtu, 31 Julai 2010

PULUT TAI-TAI

PULUT TAI-TAI
BAHAN-BAHANNYA ibu buat setengah resepi aje

500 g beras pulut

35 kuntum bunga telang(takde bunga ni klu duk kg leh ler dpt kat KL ni mana nak carinya jd guna pewarna biru)

2 keping asam gelugor

1 1/4 cawan santan + 3/4 camca teh garam (atau secukup rasa), kacau rata

1 helai daun pandan, disumpul
CARA MEMBUATNYA


Bunga telang dicuci bersih, toskan dan tumbuk hingga lumat, bancuh dengan 2 camca besar air dan tapis untuk mendapatkan warna biru. Beras pulut dicuci bersih dan bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian direndam dengan air biasa, letakkan 1 keping asam gelugor dan 1 bahagian lagi, direndam dengan air bercampur jus bunga telang dan 1 keping asam gelugor, kacau rata dan biar kan pulut2 tadi berendam semalaman atau sekurang2nya 8 - 9 jam.

Panaskan kukusan. Alas dasar kukus dengan daun pisang, cucuk daun pisang tadi. Beras pulut ditoskan kemudian gaul beras pulut biru dan putih hingga rata. Tuang dalam kukus, letak daun pandan dan kukus 10 - 12 minit. Keluarkan pulut tadi dan isi ke dalam bekas, tuang 1/2 bahagian santan, kacau rata dan tuang balik dalam kukusan dan kukus lagi 10 minit. Laku kan kaedah sama dan tuang baki santan, kacau rata dan kukus kembali 10 minit atau sehingga mendapat pulut yang lembut.

Sementara itu siapkan tin berukuran 8 x 8 x 3 inci, sapu dengan sedikit minyak makan dan alas dasar tin dengan aluminium foil, sapu sedikit minyak (atau guna daun pisang pun boleh), seperti dalam gambar. Alih pulut tadi dalam tin, buang daun pandan dan ratakan, ratakan dan tekan2 biar padat.

Lipat lebihan aluminium foil tadi seperti dalam gambar dan letakkan tin yang kecil sedikit atasnya (mat guna tin 7 x 7 inci) dan hempap dengan benda berat (mat guna lesong batu, kalau nak guna batu bata pun boleh, janji berat). Biar kan macam tu untuk 2 - 3 jam sehingga pulut padat.

Kemudian boleh lah dipotong dan hidangkan bersama seri kaya karamel. Untuk mendapat potongan licin, sarung pisau tadi dengan plastik bersih dan potong dengan cara menekan ke atas pulut tadi....selamat mencuba yeaa!!!!

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...