Masih lagi mood buat kueh mueh aje.ari tu sedap sgt mkn apam ni yg madiha buat kali ni mencuba utk buat sendiri.Bangun kul 4 pg bancuh adunan sbb nak kena peram 1 jam.agak2nya klu tak peram jadi ke idak ye???
jom layan aje resepi ni
APAM SNOW WHITE
http://www.myresipi.com/top/detail/12727
Bahan-bahan ( 5 orang makan )
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air
Cara-cara 1.masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air 2.gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu 3.kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur 4.campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan 5.biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu... 6.selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit 7.note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan