Ibu kepada kembar dan juga isteri kepada tukang besi.bekerja sepenuh masa dan part time suri rumah.punya minat dan hobi masak memasak.Pastrie's Delight juga bersedia menerima tempahan kek,apam polkadot dan juga brownies
DAPUR KECIL KU
Jumaat, 15 April 2011
APAM PISANG KUKUS
APAM PISANG KUKUS (Diana)
copy madiha
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak)
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula (MaDiHa guna gula pasir yg jenis halus sket tuh) (opssss.. lupa nak mention.. madiha kurangkan gula dlm 3 sudu besar... itupun dah ckup manis dah..)
secubit garam
Cara-caranya
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam. Sementara tu.. panaskan periuk kukusan.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.
Nota: Penutup kukusan perlu dibungkus dengan kain supaya wap tidak jatuh keatas permukaan kuih.
resepi kueh pau tak yah lah sbb guna mcm resepi sebelum2 ni gak
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan