Salam..
ini aktiviti 2 minggu lepas.aku tengok pisang kat dapur tu dah lebu(masak ranum) jadi aku pun teringat lah resepi dari izah ni.Tapi aku ni dah tersalah langkah lah padahal izah dah ingtkan awal2 masukkan sedikit demi sedikit air yg aku ni tak baca note terus aje masuk seme dlm BM sudahnya doh aku tak blh nak bulat2kan aku tambah tepung byk gak lah dekat2 2 cwn mcm tu.Bila dah tambah tepung tunggu punya tunggu doh mcm tak berapa naik bayangkanlah aku masukkan bahan2 dlm BM tu dr subuh,lepas masuk seme bahan2 aku gi ler solat seme konon2 bila dah lepas solat blh lah aku terap2 dulu donut ni.tp kita hanya merancang Allah yg tentukan sampai kul 9 pg pun donut aku serupa aje mcm tu jd aku ambik keputusan uli lagi sekali(aku tak keluarkan doh dr BM)setting no8 utk uli doh kemudian biarkan lepas 1 1/2 jam(sampai bunyi ler alarm nya tu) bila aku tengok mak ai naik gebu semacam aje.so lain kali kena uli lama lah klu mcm ni.donutnya memang gebu sgt ada rasa mcm makan cekodok pisang ada roti pisang pun ada ha..ha..tp dah mkn sebiji mcm aku punya tu terus tersandar sbb nya besor kedabak bila dah goreng.Jom tengok resepi ni.tq izah dan yg telah menyumbangkan resepi ni..
DONUT PISANG
Sumber: Bisous A Toi
copy izah
Bahan-bahan:
100g tepung kek(guna gandum biasa aje tp letak baking powder sikit)
400g tepung roti(gandum aje)
100g gula halus
11g yis segera (sepeket)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver
100 ml air(utk yg guna BM baik letak 60ml air dulu kemudian baru tambah sikit2)
3 biji telur kuning
100g butter
300g pisang lecek ( kurangkan sikit kepada 200g-terpulang kepada keranuman pisang-kita letak 300g pisang mungkin sbb tu jd lembik kot)
Caranya:
1. Ayakkan kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan.
2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh dari air. Kacau rata.
3. Masukkan pula pisang dilecek dan gaul lagi. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh ditambah lagi air.
4. Biarkan doh selama 20 minit atau sehingga 2 kali ganda.
5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan menjadi donut. Biarkan selama 10minit dan goreng hingga kuning keemasan. Taburkan gula atas donut.
Note: Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan menjadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit.. Semoga yg mencuba ni berjaya hasilkan donut yg best he..he..
tengoklah kegebuan donut ni tp gambar aku la yg tak clear lah.maklumlah guna hp aje.
masa utk buat donut ni hampir 1/2 hari lah utk aku jd klu nak wat sarapan kena buat dr mlm baru dpt mkn pg aku ni nak buat sarapan tp dah jadi utk minum petang lak.
2 ulasan:
Assalam kak..rajin gak mendonut..pisang ranum da cikit,tapi cam mls lak nak mendonut,kang kalo malas sgt,wat cekodok jerla,hihi..
nak suploh ketuiii..sekadar nak merasa..hehhee
Catat Ulasan