DAPUR KECIL KU

Khamis, 15 April 2010

KEK SEMOLIA

KEK SEMOLIA(SUJI)

Sumber : Cik Mat Gebu copy kak za


Bahan A
250gm butter
170gm gula castor

Bahan B
4 biji telur grade A
100ml susu segar ( I guna 50ml susu cair + 50ml air )
2 sudu kecil esen vanilla

Bahan C
170gm tepung gandum ( I guna Self Raising Flour )
1 sudu kecil baking powder ( I tak letak pasal dah guna SRF )
100 gm semolina@suji
secubit garam ( I tak letak pasal I guna Anchor Butter - salted )

-Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
-Campurkan semua Bahan B dan kacau rata. Masukkan Baking powder ke dalam tepung gandum dan gaul, kemudian diayak.Campurkan dengan semolina dan garam, gaul sebati.
-Pukul Bahan A hingga kembang, kemudian masukkan Bahan B. Pukul hingga gebu. ( -+5 minit )
-Perlahankan speed, masukkan tepung dan kacau rata.
-Masukkan ke dalam loyang yang disapu butter dan dialas dengan kertas minyak, bakar lebih kurang 40 minit atau hingga kek masak. Atau, cucuk dengan cake tester/lidi kat tengah-tengah kek, kalau it comes out clean, kek dah masak.
-Jangan keluarkan kek dari loyang. Biar hingga 20 minit, baru sejukkan di atas redai. Tunggu kek betul-betul sejuk sebelum dipotong

Tiada ulasan:

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...