DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 April 2012

AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH

Salam Jumaat buat semua teman..
Dah lama tak masak lauk pauk jd hari ni tuan rumah nak tunjuk lauk yg memang mendapat pujian dari chef kat umah tu.Katanya sedap mcm mamak punya he..he..pandai gak bini dia masak kan.10Q buat CT sbb share resepi ni I lap U lah Ummmhh..lain kali leh wat lagi masak mcm ni.


RESEPI AYAM MASAK BAWANG BEREMPAH.

Resepi-Mamak Haji
Sumber Resepi-Kak Wattie
copy CT
Masakan untuk 250 -300 orang.(Bahan2 pandai2 agak sendri lah eks..Aku wat 3/4 ekor ayam)

BAHAN-BAHAN:
Ayam 250 ketul dibasuh dan bersihkan.
1 1/2 guni Bawang Merah labu (segundi dlm 5-6 kg)
125gm Serbuk Cili (1/2 pkt dari bungkusan 250m).
50gm Serbuk Jintan Manis ( 1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
50gm Serbuk Jintan Putih (1/2 pkt dari bungkusan 100gm)
125gm Rempah Kari (daging) (1/2 pkt dari bungkusan 250gm)
100gm serbuk kas-kas ( 1pkt)
1 botol Sos Tiram (480gm – 500gm).
1 pkt Sos Cili (kimball 500gm).
1 pkt Sos Tomato (kimball 500gm).
6 biji bawang merah labu dikisar halus dan jadikan airnya satu balang pengisar. Boleh tambah sekiranya anda inginkan kuah yang lebih sedikit.
1 cawan pes bawang putih-halia.
2 sudu besar (tbsp) serbuk garam masala atau boleh gunakan kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang.
4 helai daun pandan dipotong 4 inci sehelai.
3 sudu besar gula pasir.
Garam secukup rasa.
Cili merah dipotong memanjang (hiasan).
Daun Kari (hiasan).

CARA-CARA:
1. kupas bawang merah labu, hiris halus dan goreng. Bila warna bawang bertukar kepada warna perang keluarkan dari kuali dan sejukkan. Bawang goreng tak perlu ranggup agak kering sudah memadai. Minyak bekas gorengan disimpan untuk menumis rempah kelak. Nota: Untuk pengetahuan, sekiranya ingin menghasilkan bawang goreng yang rangup boleh dihasilkan dengan mengeringkan terlebih dahulu hirisan bawang di cahaya matahari dan goreng.
2. Ketulan ayam telah dibasuh, masukkan garam dan serbuk kunyit. Ketulan ayam yang digoreng jangan terlalu masak sehingga garing. Gorengan perlu 3/4 masak kerana 1/4 lagi akan masak semasa masak dengan campuran rempah. Selepas goreng asingkan.
3. Panaskan kuali, dan masukkan minyak bersama dengan minyak gorengan bawang. Bila minyak panas masukkan rempah empt serangkai (sekiranya tidak gunakan garam masala). Masukkan pes halia bawang putih. Bila haruman naik kecilkan api dapur dan masukkan kesemua rempah-rempah di atas. Bila bau rempah mula mengeluarkan haruman masukan air bawang dan besar sedkit api dapur. Bila air bawang bersama rempah mula didih, masukkan sos cili, sos tiram dn sos tomoto.
3. Kecilkan api dapur dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Masukan semua ketulan ayam yang telah goreng tadi. Kacau rata untuk kuah rempah bersalut pada ayam goreng. Masukkan bawang goreng dan kacau lagi untuk bawang goreng sebati pada ketulan ayam. Biarkan ayam masak 1/4 bahagian lagi. Ia cuma memerlukan sekitar 10-15 minit saja dengan api yang kecil. Bila wap mula reda, matikan api dapur dan masukkan kedalam tray hidangan.
4. Taburkan cili merah yang dihiris dan juga daun kari di atas hidangan anda

nak tau sedap ke tak cubalah.lauk ni pun dah lama masak dah sebulan yg lepas tp baru nak masuk N3.terlupa nak beli daun kari mcm takde seri pulak tp walau apapun memang sedap lauk ni

Rabu, 25 April 2012

KEK KELASI MABUK

Salam..
Awal masuk N3 hari ni..
tergoda dgn tayang kak dayang dan yg lain2 (kena virus dah ni)
jd tak payah ckp byk tengok ajelah jadi ke idak sbb aku memang tak reti kek2 yg spesis mcm ni.masak kukus smlm pun ada rasa cuak sikit sbb yg hijau tu duk rata tak naik sgt,iyelah bukan letak bp pun kan tak kan nak naik.lepas tu masa masukkan bahagian putih punyalah penuh hampir penuh bekas tu lagi cuak mana nak letak yg belen hijau tu.lepas 1/2 jam warna putih dah masak aku tuangkan jugak yg warna hijau last tu kira cuba jaya ajelah.rupanya yg warna putih tu akan turun selepas kita tuang(aku dah bayangkan ketebalan warna putih tu 2 kali ganda rupanya tidak selepas letak yg hijau kat atas) pada yg pakar2 kek2 jenis mcm ni blh bg tunjuk ajar.tunjuk ajar ku sifu..



KEK KELASI MABUK


Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber/copy  :  Kak Dayang Jack

Bahan-bahan :
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlicks
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

Caranya
Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Cara:
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
Guna acuan 9x9inci.


Buat 1/2 aduan aje sbb takut tak jadi dan ini pestime buat.mcm kek bantat pun ada cuma chef kat umah ckp kurang suka kek mcm ni,masa kukus baunya wangi pandan.sebenarnya kek ni sgt2 kurang manis dan memang sesuai utk mereka yg tak suka manis.


Bahan-bahan :

Adunan Hijau

• 225 g mentega berkualiti tinggi
• 100 gm horlicks
• 7 biji telur gred A (4 biji putih diasingkan)
• 75 g gula 
• 75 g tepung gandum 
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1/2 botol pandan paste -(mesin daun pandan + 1/2 air)

Adunan Putih:
• 4 biji putih telur
• 5 sudu besar gula halus
• 2 sudu teh tepung gandum
• 3 biji limau kasturi (guna 4 biji limau sbb limau kecik sgt)

Note:(ikut panduan ni gak)
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

jemput2 semua ada lagi kat umah tu,bawak gak ke opis.
Aku cuma musykil sikit asal namanya mcm tu apa kaitan dgn kalasi (mgkin warna hijau tu kot)abis yg mabuk tu apa lak(sbb dah tak tentu hala hijau dgn putih agaknya)
klu sape2 tau asal nama kek ni cu bagi tau sikit..




Selasa, 24 April 2012

KENDURI TAHLIL DI KAMPUNG

Ini lah jawapan mengapa aku menyepi lama..ayat mcm dasat aje bunyinya
masa sambutan keputraan agong hari tu kami sekeluarga balik kampung utk majlis sambutan hari lahir anak buahku Allisya,nenek dan tok ki serta buat sedikit tahlil utk arwah kaum keluarga yg telah pergi.
sementara menunggu tetamu(majlis lepas solat jumaat sbb tu lambat sikit org dtg)

sampai tak sempat nak tulis2 org tengah tahlil pun mama allisya duk deco kek lagi

kek coklat kukus ,besar betul kek ni klu tak silap aku hampir dekat 5kg kot tp tetap licin utk tetamu
Carrot cake ini aku yg buat lah buat 2 adunan utk sebiji kek ni
rainbow cake buat 2 adunan gak
Allisya punya kek mama dia mintak aku buatkan RVC rasanya aku buat 3 adunan fuhh meriah ada lagi sebiji kek tp tak sempat ambik gambar sbb kembar sibuk nak kamera.last2 aku simpan terus.
inilah dia org kuat yg merangkap tukang masak Cheff E yg di import dari KL(tukang masak tak sempat tukar baju melayu pun  kesian tul)
esoknya mandi pantai time..huhhh seronok sungguh budak berdua tu sampai habis kena sunburn masa ni air baru aje nak pasang.

pasang khemah jugak walaupun tak tido tp nak solat dan tukar baju senang

tengok pantai kat belakang tu tenang aje kan memang kami pulun mandi pun

abah yg beria-ia ajak mandi pantai.posing mcm nak cari pasal aje

ORDER


Order utk majlis sambut menantu 500 biji.orgnya mintak di packing mcm ni jd klu ada sesiapa yg berminat utk menempah dan dah packing spt ini blh aje call/sms 019-9543616
order mengejut utk ulang thn  perkahwinan.aku takde idea makanya begini lah hasil klu order mengejut hu..hu..

ada sesiapa berminat utk order blh aje call 019-9543616
blh juga di pos tp utk semenanjung sahaja
sebenarnya ada byk lagi order tp semuanya apam jd aku pun malas nak ambik gambar.mana gambar yg ada ni masa ada rajin sikit lah.

BANANA CHOCOLATE CAKE


Resepi Banana Cholate Cake

copy http://www.potretkasih.com/2010/06/15/banana-chocolate-cake-kek-coklat-pisang/


2 cups ( 400g) Granulated white sugar
1 3/4 cups ( 245 g) All purpose flour
3/4 cup (75 g) cocoa powder
1 1/2 teaspoons baking powder
1 1/2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 large eggs
1 cup mashed ripe banana ( about 2 med size bananas)
1 cup (240 ml) warm water
1/2 cup (120 ml) milk
1/2 cup (120 ml) corn oil
1/2 teaspoon vanilla extract

Chocolate Ganache Frosting
8 ounces (227 grams)semisweet or bittersweet chocolate, cut into small pieces
3/4 cup (180 ml) heavy whipping cream
1 tablespoon ( 14 g) unsalted butter

Method
1. Preheat oven to 350 degree F (180 degrees C) and place rack in the centre of the oven. Butter, or spray with a non stick vege spray, 9 x 13 inch ( 23 x 33 cm ) pan. Set aside.
2. In a large bowl wrisk together the sugar, flour, cocoa pwder, baking soda and salt. set aside.
3. In another large bowl, whisk together the eggs, mashed bananas, water, milk, oil, and vanilla extract. Add the wet ingredients to the dry ingredients and stir, or whisk, until combined. You will notice that the batter is quite thin. Pour the batter into the prepared pan and bake for about 35 to 40 minutes or until a toothpick inserted in the center of the cake comes out clean.(aku masukkan semua bahan dlm blender kemudian tuan dlm tepung)
4. Remove from oven and let cool on a wire rack. When completely cooled, frost with the Ganache.
Ganache: Place the chopped chocolate in a medium sized stainless steel, or heatproof bowl. Set aside. Heat the cream and butter in a medium sized saucepan over medium heat. Bring just boil. Immediately pour the boiling cream over the chocolate and allow to stand for 5 minutes. Stir until smooth. When ganache has completely cooled. beat until soft and fluffy. Then spread the frosting on top of the cake. Can garnish with dried banana chips.


Salam..
Agak lama tak bersiaran bkn apa byk keje umah yg tak siap + dgn order + malas nak ambik gambar + malas nak update jadi hari ni nak sapu umah sikit walaupun tak kemas mana.jemputlah layan mata dgn choc banana cake.
kek ni kira salah satu peberet aku lah nak wat pun senang dan memang cantik aje kegebuanya.kek ni tak mcm kek coklat moist yg biasa tu lain sikit dan makin lama di simpan makin kering tak mcm CMC makin lama simpan makin moist.tak kisah lah walau apa pun aku memang suka dgn kek ni dgn bau wangi pisang tu yg membuat ku tergoda.

Isnin, 9 April 2012

GINKGO NUTS & LOTUS SEED IN SWEET SOY MILK

Salam..
Rasanya mcm dah lama sgt tak masuk N3 bkn apa ada aje yg menghalang utk post N3 kadang terlupa bawak kamera nak upload gambar,kadang dah bawak kamera lupa nak bawak USB kadang dah ada seme tuan rumah lak yg banyak keje.tapi skg ni mcm keje tu slow sikit lah tp ada aje keje tu,keje memang tak pernah abis lah kan.skrg aku nak taip ni kena jaga2 sikit sbb ada reader baru hu..hu..(bos aku lah entah mcm mana dia dpt tanya dgn pakcik google ni) ok lah skrg kita citer pasal pemanis mulut dari kalangan masyarakat cina.Aku terpandan resepi ni masa masuk umah kakak ku ittew sape lagi klu bkn madiha dia memang suka cuba masakan cina mgkin ini di sebabkan kami ni ada darah kacukan cina atau apa aku tak tau lah tp moyang kami dulu memang asal dari yunan china(ini mengikut kata arwah nenek aku lah) sbb tu aku masa muda2 dulu ceh wah (skrg umur dah tambah dah) bila tak pakai tudung org cina suka ckp cina dgn aku ingatkan aku ni cina.skrg ni dah insaf dah pakai tudung jd melayu asli lah he..he..ok jgn merepek byk sgt jom layan manisan ni yg bg aku ok lah tp tak gemar sgt dgn rasa ginkgo tu tp klu lily bulbs dgn lotus seeds tu memang sedap anak2 aku suka gak tp suka kuah aje hu..hu..(memang lah sbb tu air soya)




Ginkgo Nuts & Lotus Seed in Sweet Soy Milk


Nama resepi asal adalah Sweet Reunion

Rujukan : Flavours Magazine
copy madiha

Ingredients
300 gm dried ginkgo nutts
200 gm dried skinned lotus seeds ~soaked overnight
100 gm dried lily bulbs (pak hub) ~ soaked for 1 hour
1 litre unsweetened soy milk-beli soya kotak aje yg less sugar
2 pandan leaves, knotted
10 gm rock sugar or to taste - tak letak

Boil ginkgo nuts in their shells for 5 minutes to facilitate shelling. Drain and cool the nuts. Crack shells and remove nuts and skin. Using a small paring knife, slit the base of the nut and prise out the bitter heart of the ginkgo.
Using a small paring knife, slit the base of the lotus seeds and prise out the bitter green hearts.
Boil the lotus seeds and soy milk over medium heat for 15 minutes. Add the ginkgo nuts, lily bulbs, and pandan leaves. Continue to boil for another 20 minutes, until the ginkgo and lotus seed are soft. Season to taste with rocks sugar, discard the pandan leaves and serve hot or cold.

buatnya dah lama hampir sebulan tp baru nak tayang.klu kawan2 nak cuba brg2 ni boleh beli kat kedai ubat cina tp aku dah merata cari kat kedai ubat cina depan umah memang tak jumpa jd aku mintak tolong madiha belikan seme barang2 tu he..he..dan klu nak lebih kenal pasti rupa paras bahan2 ni kena gi umah madiha yer sana dia ada tunjuk rupa paras nya.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...