DAPUR KECIL KU

Memaparkan catatan dengan label Tart. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tart. Papar semua catatan

Selasa, 18 September 2012

TAT BUAH DGN KRIM KASTARD

Salam..
dah lama tak masuk citer,busy sgt lah
ini pun update guna tab aje x sempat dah nak guna harta co.
buat masa bln posa lepas,dah abis raya baru nak tayang

Jumaat, 18 Mei 2012

RUSTIC APPLE TART



Salam..
Dek kerana tergoda,mula2 tengok Diana Sky blue yg wat lepas tu aku usya lah kat dapur masterchef lagi lah tergoda makanya.minggu lepas gi Tesco aku beli apple dgn strawbery sekali.saje tangan gatal klu jumpa strawbery murah aku beli belilah.ini kat Tesco strawbery cameron jd murah aje dlm RM7++ kdg2 RM5 sepekt tp klu kat Jusco RM20++ tengok ajelah.aikk..asal citer strawbery lak ni.dah..dah..kita layan tat yg amat2 best ni dgn rangup2 doh tu tp aku wat terlebih tebal lah tp yg penting tetap ranggup gak he..he..
Aku ambik resepi dari kak shariah yg masuk master chef tu dan aku tak sanggka lak dia pun novelis,aku ni memang minat sgt baca novel dan pernah ada cita2 nak tulis novel cuma citer yg aku tulis slalunya duk tengah jln aje tak sampai ke penghujungnya..ha..ha..
Agak2nya org yg hobinya suka masak2 ni memang suka menulis dan membaca gak kot sbb ramai sgt yg jd tukang masak tukar jd penulis dan tak kurang jugak yg penulis jd tukang masak

Rustic Apple Tart ~ Kerana Sebiji Epal

Master chef - shahriah

Untuk Kulit Pastri :
i suka kulit pastri yang lemak dan rapuh..dan masin sikit... wahhh... dan inilah dia resipe kulit pastri yang telah ku olahkan sendiri...-begitu jugak dgn I lah kak shariah.wat 1/2 adunan aje ni

200 gm mentega *sejuk *dadu
260 gm tepung gandum
1 sudu besar gula castor
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar susu segar-guna air biasa aje

CARA :
masukkan kesemua bahan2 dan gaul sehingga sebati
Tak perlu uli.. masukkan ke dalam plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Jom! Buat Inti Apple!
 3 biji epal dan kupas kulitnya dan buang mempulur.. potong baji.... gaul dengan sedikit garam.
Nota~jgn potong terlalu nipis cukup sekadar potong 8 baji utk sebiji klu tak apple jd lecuh/lembik dan susah nak susun.

Untuk Sos :
1 cawan lite brown sugar
1 sudu besar mentega
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala *nutmeg~tukar guna cengkih
4 sudu besar gula pasir-tak letak guna brown sugar aje

CARA :
masakkan di atas api sederhana sehingga gula larut
Masukkan apple dan sentiasa di kacau sehingga apple lembut
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu
Torakkan adunan.....
Aturkan buah epal di atasnya.... dan...
Lipat doh pastri macam di atas tu.. tu yang namanya rustic
Bakar di dalam oven dengan suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga keperangan... angkat dan sejukkan terlebih dahulu.. kalau nakkan warna pastri tu kekuningan dan nampak cantik.. spraykan dengan sedikit air dan bakar dalam 5 minit...
terima kasih kpd kak shariah kerana sudi share resepi ni tp kita punya tak cantik lah jd pecah2.klu sesapa teringin sila2lah buat yer senang sgt.

Selasa, 11 Oktober 2011

PANDAN EGG TART

Salam selasa..


Iyelah ari ni selasa kan?ke salah,klu salah tu blk umah tengok keleder yer

Minggu lepas aku nak try wat Italian Buterceam yg menggunakan telur putih jd telur kuning tu aku tak tau nak buat apa lepas teringat lah resepi tart pandan mat gebu yg guna telur kuning lg byk dr telur putih jdnya aku pun buatlah tart ni.sedap dan wangi aje masa bakar tu maklumlah ada pandan esen. Tp aku tak ikut sgt sukatan filling itu sbb nak abiskan telur kuning tu jd kenalah ejas2 sikit



PANDAN EGG TART

Sumber CMG

BAHAN - BAHANNYA :-)

100 g mentega

210 g tepung gandum

50 g gula aising

1/2 camca besar susu tepung

30 g telur (pecah kan 1 biji telur, kacau dan timbang)



BAHAN ISIAN :-)

1 kuning telur + baki telur yang 30 g tadi

60 g susu sejat "IDEAL"

30 g air

25 g gula halus

3/4 camca teh pandan paste

Secubit garam



CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK PASTRY :- Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, tak payah kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga sebati. Masukkan susu tepung dan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh. Rehatkan doh 20 minit. Ambik sedikit doh tadi tekan dalam acuan tat, kemaskan, buat hingga siap. Susun dalam dulang pembakar dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 10 minit. Keluar dan sejukkan.

UNTUK ISIAN :- Satukan semua bahan isian tadi dan kacau dengan whisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis bancuhan dan masukkan dalam jug bermuncung.

UNTUK PANDAN EGG TART :- Panaskan balik oven pada suhu 190C, tuang isian ke dalam kulit tat tadi hingga penuh, tapi berhati2 jengan meleleh ke tepi, nanti melekat dan tat tak boleh ditanggalkan. Bakar semula selama 20 minit hingga permukaan kastard nampak keras dan pastry kelihatan keemasan. Biar tat sejuk sedikit, baru dikeluarkan tart dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya

Jumaat, 23 September 2011

PEACH CHEESE TART

Salam jumaat..


Aku sudah tergoda pd juwita yg menayangkan cistat versi beso. Lepas tu kebetulan ada tetamu jauh(Trg) nak dtg beraya katanya masa aku open house ari tu dia tak sempat dtg sbb sibuk kat kedai jd dia dtg lambat sehari(open house ari sabtu dia dtgari ahad) jd takde apa yg nak jamu aku pun buat lah cistat,kek coklat dan nasi tomato utk dijamu. Terima kasih maziah sudi mu mari umoh aku jauh2 ni.(gambar lupa nak ambik duk kalut sgt).

Tak sia2 buat cistat ni sbb seme puji sedap dan cheff E pun duk mkn berulang2.he..he..maklum lah dah takde stok kueh lain tambah2 cistat ni ada rasa masam2 lemon tu yg buat sedap tu.




Peach Cheese Tart
http://juwitafariz.blogspot.com/

Bahan-bahan
Lapisan Crust - base
284 gram tepung gandum
45 gram Gula kastor
180 gram mentega

cara-cara
1. Pukul mentega dgn gula hingga kembang atau putih
2. Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
3. Tuangkan adunan ke dalam loyang
4. Canai adunan ke dalam loyang dan cucuk-cucuk dengan garfu
5. Bakar selama 20 minit dgn suhu 160'c.
6. Keluarkan doh setelah masak
7. Bila sejuk sikit.

Tips : Doh agak melekat2 ditangan sewaktu menekan didalam acuan ita sapukan tangan dengan tepung untuk memudahkan untuk menekan didalam loyang.

Crumble
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
3/4 cawan mentega- yang sejuk dipotong kecil2

Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan gula dengan rata
2. keluarkan mentega dari peti sejuk dan masuk sedikit - sedikit kiub2 kecil dan gaul dengan tangan mentega dan adunan tepung tadi untuk menhasilkan crumble yang cantik. Jika tidak habis mentega itu pun tak pe .. Jangan uli seperti doh hanya gunakan hujung jari sahaja.

Filling
250g philadelphia cream cheese
1 biji telur
1/4 cawan gula
beberapa titik esen vanila
1 tin buah peach( boleh ganti dengan mango/apricot)

Cara-cara
1. Panaskan oven ke 200degree
2. Sapu butter pada seluruh acuan tart
3. Make a crust. Masa tekan kat acuan, jangan tekan kejap sangat.
4. Make a filling. Masukkan semua bahan untuk filling kecuali buah ke dalam food processor. Pukul rata sehingga smooth. Kemudian curah ke atas crust tadi.( ita pukul dengan mixer)
5. Aturkan peach yang dipotong memanjang ke atas cream tadi.
6. Kemudian tabur dengan crumble yang disimpan tadi.
7. Bakar dalam api 200C selama 10 minit. Turunkan ke 170C dan bakar lagi selama 20 minit
8. Keluarkan dari oven. Sejukkan lebih kurang 20minit. Keluarkan dari acuan.

Jumaat, 20 Mei 2011

CHEESE TAT LAGI..DAN LAGI

Salam jumaat..
Dah lama dah rasanya tak buat cheese tat jd merajinkan diri entah subuh bila aku pun dah lupa dah.buat shell satu adunan siap2.bila dah masak simpan kemas2 jd senang lah bila nak mkn bancuh cheese aje atau kebetulan ada tetamu wat lah fruit tat ke apa ke.keje mudah kan?aku memang jenis suka wat stok benda2 mcm tu senang utk waktu2 kecemasan tp di sebabkan keinginan mkn cheese tat tu terlebih2 aku wat gak 1/2 adunan cheese ptg tu rasanya lepas tetamu yg aku jamu dgn ayam panggang bangkok lah kot.
Disebabkan shell aku tu kategori beso jd aku dpt 9 biji aje utk 1/2 adunan.biar betoiii ida ni tp memaang betul 9 ketul aje.mai tengok aku punya cheese tat jd ke idak.


Cheese Tart

Source:Rossitamz@AzitaKitchen
Sharing By: HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Tart Crust / Shell

Bahan-bahan :
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling

Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Cara-cara (sila refer pd blog hasue):

1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
6. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
7. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
8. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
9. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
10. Bakar selama 5 minit. Siap!!! (bergantung pd oven masing2 kita bakar 5 min kemudian turunkan suhu sikit dan bakar lg 5 min memang cantik gebu aje)
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.



 
jika ingin kan cheese tat yg cantik mesti ikut betul2 panduan tu memang menjadi lah

Jumaat, 19 November 2010

FRUIT TART

Bersempena aku buat coktail tu jd aku buat lah sekali fruit tat ni dah alang2 shell pun ada apa salahnya aku buat kan.jemput2 tengok ajelah yer

Isnin, 15 November 2010

TAT TELUR PORTUGIS

TAT TELUR PORTUGIS


MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)

Kulit puff pastry secukupnya

2 kuning telur

200 ml whipping cream

50 ml air

40 gram gula halus (resipi asal 55 gram)

1/2 keping keju chesdale, disiat2

1 camca teh esen vanilla

1 titik pewarna kuning



CARA MEMBUATNYA :-)

Satukan whipping cream bersama gula dan air, kacau rata dan didihkan perlahan menggunakan api kecil. Kuning telur tadi dikacau. Tuang sedikit whippung cream suam, dan kacau pantas dengan whisk sehingga sebati.

Tuang bancuhan telur tadi ke dalam baki whipping cream, masukkan juga esen vanilla, kacau lagi dan masak hinga sedikit pekat, gunakan api kecil, masukkan keju yang telah disiat2 kecil, kalau hingga larut dan sejukkan.

Puff pastry dipotong mengikut saiz acuan tat, tekat kemas dah potong lebihannya. Buat hingga siap. Tuang 3/4 penuh dengan no. 2, buat hingga habis dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 - 30 minit, atau hingga kuning keemasan.

Sejukkan atas jaringan sebelum dikeluarkan dari acuan

Isnin, 16 Ogos 2010

TAT NENAS GEBU


Puasa tak sampai seminggu lagi tp kueh raya dah buat he..he..buat bukan nak raya tp buat nak makan.Ni kena wat lagi ni memang sedap giler.Jd klu sape2 nak wat tat nenas kena lah cuba resepi ni memang tak kecewa punya lagi satu di nasihatkan letak dlm paper cup sbb tekstur tat ni lembut sgt2..

TART NENAS GEBU


 copy http://jasmeen.fotopages.com/?entry=1923948

Sumber : Ita-Delight

BAHAN A

250 GM BUTTER

2 STEH GULA KASTOR

2 BIJI KUNING TELUR

2 STEH ESEN VANILLA

B.

200 GM TEPUNG JAGUNG

180 GM TEPUNG GANDUM

HIASAN:

JAM NENAS SECUKUPNYA

PAPER CUP

KUNING TELUR UNTUK SAPU

1. SEBATIKAN SEMUA BAHAN A

2. MASUKKAN BAHAN B DAN SEBATIKAN MENJADI DOH YANG LEMBUT.

3. MASUKKAN KEDALAM ACUAN TART GULUNG DAN TARIK PANJANG..

4. LETAK INTI DI TENGAH DAN GULUNG.. SEBAIKNYA GUNA TART GULUNG YANG BERWARNA GOLD.

5. MASUKKAN KEDALAM PAPER CUP DAN SAPU KUNING TELUR DI ATASNYA.

6. BAKAR 25 MINIT


Aku dapat 140 biji tat saiz paper cup yg kecil tu.sedap giler tat ni blm pun 2 hari buat dah nak abis setengah bekas rasanya tak sempat raya kot tat ni kena wat 2nd round pulak klu nak buat raya

Khamis, 8 Julai 2010

Khamis, 10 Jun 2010

TART TELUR


Egg Tart


http://umieaisyah.fotopages.com/

Tart shell

200 gm butter

100 gm gula icing

400 gm tepung

1 telur

1 sd teh esen vanilla


Pukul butter dan gula icing hingga rata, tambah telur,esen vanila dan tepung.

Uli hingga menjadi doh.

Ambil sedikit doh dan tekan pada acuan tat yg telah di gris dengan majerin/butter.

Potong bahagian yang berlebihan di tepi dengan pisau.



Egg Custard ( thanks to Aunty Yochana)
280 gm. fresh milk

160 gm. sugar

3 nos. eggs

1 tsp. rum ( omit)

1/2 tsp. vanilla essence



Method:

(5) For egg custard, heat sugar and milk together. Once sugar dissolves, off heat.

(6) Whisk eggs and pour into the milk mixture. Do not whisk till frothy.

(7) Add in vanilla essece.

( Sift the egg custard and pour into tart moulds and bake at 175C till egg custard sets





TART TELUR

Bahan Pastri

125 gm butter

60 gm gula icing

1/2 biji putih telur

1 biji telur merah

220 gm tepung gandum

1/2 sudu teh esen vanila

Semua bahan di atas diadun hingga menjadi doh. Bentukkan doh dlm acuan. cucuk2 dengan garpu dan bakar selama 8-10 minit atau separuh masak pada suhu 175'C.


Bahan2 Kastard telur

280 gm susu segar

160 gm gula

3 biji telur + ½ biji putih telur lebihan buat doh tadi

1 sudu teh esen vanila

Susu segar dan gula dimasak di atas api hingga semua gula larut. Tutupkan api. Dengan menggunakan whisker, masukkan telur dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan sahaja. Kemudian tapiskan.

Masukkan adunan ini ke dalam tart yang separuh masak tadi dan bakar selama 15-20 minit pada suhu 175'C. Sejukkan sebelum dialihkan dari acuan.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...