DAPUR KECIL KU

Selasa, 11 Disember 2012

DEMAN DURIAN CREPE...

Salam...
Terasa rindu nak masuk dapur ni tp dek kerana kesibukn dan tugasan harian maka terpaksa lupakan niat nak berblog hu..hu..
skrg ni demam durian crepe
sblm ni aku pernah lah ckp sorang2 tak nak ambik order durian crepe sbbnya suami x suka mkn durian,x suka bau durian dan segala2 yg ada asas durian dia memang pantang.tapi dek kerana pujukan kawan2 ku buatkn juga...
ini sebahagian yg sempat ambik gambar


penuh peti ni baru 50 set.
utk yg berminat blh ler order 1 set RM6 ada 3 pcs spt dlm gambar.tp tiada delivery jd order akan diterima utk yg dtg pick up sendiri sahaja.
PPR PUDU ULU!CHERAS

Isnin, 29 Oktober 2012

Order

salam...
salam aidil adha juga buat semua teman
tiada kata2 jd layan aje gambar order ini klu sesapa berminat blh call 019-9543616


ok bye klu berminat jgn lupa dail no di atas yer 



Ahad, 30 September 2012

KEK COKLAT BASAH

Salam berhujung minggu...
sambil2 tunggu kembar main kat taman aku leh ler update dapur kecil ni dulu. Kek coklat basah itulah tajuknya,tp jgn mintak yer dah abis dah sbb kek ni buat minggu lepas punya.sedap sgt2 lah kek ni dan tak rugi mencuba,tq pd totcupcakes sbb sudi share resepi dan tips2 utk baking2 ni.
kek ni tak besar sgt tp agak berat tp bukan bantat yer,still lagi ada sponge2 lagi.
resepi nanti yer,aku tak pandai nak copy2 guna tab ni
KEK COKLAT BASAH
Sumber http://totcupcakes.blogspot.com/2012/07/resepi-kek-coklat-basah.html

Bahan - Bahannya

1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan serbuk koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 1/2 gula kastor (resepi asal nak 2 cawan, jadi terpulang)
1 sudu teh garam
2 biji telur Gred A
1/2 cawan minyak
2 sudu teh vanilla
1 cawan susu (selalu saya guna susu segar)
1 cawan air panas

cara - caranya...
Panaskan oven pada suhu 177'c, letakkan kertas minyak pada bahagian bawah loyang, ketepikan..
Campurkan gula + tepung +serbuk koko+baking powder+baking soda+garam didalam mangkuk. Gunakan pemukul telur (egg whisk) untuk mengadun kesemua bahan sehingga bercampur semuanya. Tip dari rancangan Martha Bakes, kalau kalau kacau adunan kering menggunakan egg whisk nie tak perlu ayakkan tepung tu.... tapi terpulang.. :)
dalam mixer pukul telur sehingga pecah kuningnya dan masukkan susu, minyak, dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan sederhana selama 2 minit. masukkan bahan kering dan kacau sehingga sebati. akhir sekali masukkan air panas, ketika ini adunan akan kelihatan cair, jangan takut.. ok jer tu..
tuangkan ke dalam loyang, bakar selama 40 minit - 50 minit, atau check dengan pisau samada masih melekat.. tolong yea.. oven kite semua lain2 kepanaskannyer.. kene check walaupun resepi bagi masa tertentu atau permukaan kek nampak masak

Note ~ kek coklat yg sgt2 sedap mkn sepotong nak dua potong.kek ni agak berat walaupun kecik tp memang spongy dan tak muak utk aku yg hantu coklat ni.

Jumaat, 21 September 2012

WALNUT HEAVEN CAKE

Salam..
susahnya nak update blog skrg,masa btl2 x cukup.bila dah masuk opis terus keje sampai ptg.inipun update kat umah guna tab aje tp x bestnya nak update.tp syukur alhamdulillah sbb abah belikn tab ni lepas blk umrah ari tu mcm tau2 aje aku kat opis dah x de mada nak update.ok lah melalut pulak aku.
jom..jom..eat like heavennnn...lain mcm bunyinya.
alkisah mcm mana aku nak wat kek ni.last week besday abah jd aku x de beli apa2 hadiah lepas tu aku x wat kek tp aku beli kek kat SR aje.itu pun sepotong yg rm7 tu.(kedekut btlah,apa punya bini ni,oppsss klu beli sebijik sape nak mkn)blh lah merasa 4 beranak aku pulak posa itu yg x beria sgt.dlm busy2 aku sempat gak layan mata maka terjupalah resepi yg sama jd apa lg cuba buat dan abah suka berkali2 dia mkn srmpat bwk kat umah makcik dia org pun ckp sedap mcm SR punya .tq pd yg sudi share resepi


Resepi : Nuts Heaven (Resepi asal Pecan Heaven)

copy http://bakery2embroidery.blogspot.com/ klu nak tengok step by step pun blh kat sini
Sumber : Ash Nasir
bahan2
Sebiji kek span vanila

Kekacang Karamel
80gm gula kastor - resepi asal guna 100gm
60gm kacang pistachio - panggang-tak letak
50gm almond flakes - panggang jap-tak letak
150g walnut - dipanggang
Cara2

1. Masak gula hgga keperangan & cair sepenuhnya. Masak atas api paling perlahan & goyang2kn periuk @ pan supaya gula perang sekata. Jangan terover cooked. Kang pahit plak karamel tu nnt
2. Apabila dh cair sepenuhnya, tutup api & masukkn kekacang yg telah dipanggang td. Gaul rata. Buat ngn cepat sbb karamel ni cepat mengeras
3. Tuang kekacang karamel td atas dulang yg telah dilapik ngn kertas minyak. Ratakan cepat2. Biar sejuk
4. Bila dh sejuk, patah2kn & simpan dahulu dlm bekas kedap udara

Sos Butterscoth @ filling Butterscoth
220gm gula kastor - resepi asal guna 350gm
350gm fresh cream @ non-dairy whipping cream - pd suhu bilik
150gm butter
80gm white chocolate compound (cincang halus) - resepi asal guna 100gm

Cara2
1. Masak gula hgga perang. Tutup api & masukkn fresh cream perlahan-lahan. Kacau serta- merta
2. Buka api semula (api plg perlahan) & kacau adunan hgga gula karamel larut sepenuhnya dlm fresh cream
3. Tutup api & masukkn butter & white chocolate. Kacau hgga kedua2nya larut sepenuhnya. Klau x larut gak sepenuhnya, panaskn kejap atas api. Apabila dh larut sepenuhnya.. biarkan sejuk
Masukkn butter & kacau sebati
Masukkn white chocolate compound & kacau sebati
Sos butterscoth ni pd mulanya agak cair tp bila dh sejuk dia akan jd agak pekat

White Chocolate Ganache
150gm fresh cream-sukatan ni mcm x cukup cover utk sebiji kek jd lain kali kena wat 200g baru ok
100gm butterscoth (dr sos butterscoth) - resepi asal guna 200gm

Cara2
1. Pukul fresh cream hgga soft peak - jd kental
2. Masukkn butterscoth & kaup-balikkan

Cara Melapis Kek
1. Potong @ belah kek kepada 3 bahagian & letakkan 1 bahagian kek atas cake board
2. Sapukan sos butterscoth & taburkn kekacang karamel
sapukan sos butterscoth
taburkan kekacang karamel
3. Pastu tindihkan dgn 1 lagi bahagian kek. Ulang Langkah 2 & tindihkan lg ngn bahagian kek terakhir
4. Sapukan seluruh permukaan kek ngn White Chocolate Ganache. Ratakan ngn spatula
Sapukan seluruh kek ngn white chocolate ganache
5. Tuang sedikit sos butterscoth di atasnya

Selasa, 18 September 2012

TAT BUAH DGN KRIM KASTARD

Salam..
dah lama tak masuk citer,busy sgt lah
ini pun update guna tab aje x sempat dah nak guna harta co.
buat masa bln posa lepas,dah abis raya baru nak tayang

Rabu, 22 Ogos 2012

SALAM AIDILFITRI....

Salam lebaran buat teman2 ku menyusun sepuluh jari jika sepanjang aku melibatkan diri di alam cyber ni ada salah dan silap.ku mohon maaf zahir dan batin
ini aje gambar yg aku sempat ambil di pagi raya.sorang lagi hilang sbb jd kamera men

Isnin, 23 Julai 2012

UMRAH DAN ZIARAH

salam..inilah hari pertama aku kat sana.
terasa begitu agung..sukar utk dibicarakan.tp gambaran sebenar dgn gambar lain sgt hanya mereka yg pernah kesana tau bagaimana besarnya kaabah itu.menitis air mata ku saat melihat kaabah terasa diri ini begitu kerdil sgt.
Waktu kami dtg Masjidil Haram ni dlm proses dibesarkan lagi sbb tu ada byk plastik2 simen kat sini
ini menara jam besar(Hilton) bagunan ni terletak betul2 berhadapan pintu 1 King Abdul Aziz.ini kira tanda jika kami sesat mesti cari bagunan ni sbb hotel kami terletak di belakang Hilton ni.Tapi alhamdulillah sepanjang kami di sana tak pernah sesat atau tak jumpa cuma abg aje 2 kali tak dpt selipar dia lepas solat sbb kawasan yg dia letak selipar tu polis dah tak bg masuk jd utk panduan kawan2 jika ke sana mesti letakan selipar dlm plastik beg yg masjid sedia kan dan bawa sekali waktu kita bersolat supaya tak terjadi selipar hilang atau tertukar atau kadang2 sesat tak tau kat mana letak sbb bila dah masuk kat dlm tu keadaan nya serupa sehingga kita sendiri tidak tahu nak mula dari mana.
gambar ni aku ambik dari pintu King Abdul Aziz
ini dia pintu utama polis dan askar sentiasa ada menjaga setiap pintu keluar masuk.

gambar ni di ambil lepas solat zohor cuaca hari tu agak panas dan berabuk serta angin jd mcm ni rupa aku klu waktu pergi dan balik.

ini gua Hira' tempat persembunyian rasulullah tp kami tak masuk sbb dah dipagar demi keselamatan
ini pandangan dari sebelah belakang aku dpt gambar ni pun masa gi makan nasi mandhi unta

ok bersambung kemudiaan..

Sabtu, 21 Julai 2012

SALAM RAMADHAN

salam ramadhan buat semua...
alhamdulillah juga aku dan suami dpt sempurnakan ibadah umrah kami minggu lepas.masih terasa kerinduan dgn rumah allah itu.ku harap dpt kembali lagi ke sana.
alhamdulillah syukur kerana masih diberi masa utk merasai nikmat ramadhan
sejak balik dari umrah ni kesibukan begitu ketara sampaikan aku memang tak ada masa nak update blog ni jd klu sape2 tengok gambar yg sama aje maknanya memang aku takde masa.kat sini aku akan letakan beberapa keping gambar buat tatapan kawan2.
sebelum berangkat ke KLIA.ketua group kami ust azmi yg pakai jubah tu.Bagus orgnya sepanjang masa kami disana semua keperluan kami dijaga dgn baik.Ust azmi pergi satu family kebetulan 2 org anaknya nama sama dgn nama kembar.yg kakak nama shafika dan adik yg umur 3 thn tu atiqah.comel2 anak nya tapi aku tak sempat nak ambik gambar dia org.

inilah flight yg akan kami naiki kami berlepas lebih kurang jam 3.30 ptg perjalanan mengambil masa 8 jam.
sampai di Jeddah jam 7 mlm (malaysia jam 12 mlm)

baru tiba di Jeddah kat balai ketibaan,nak masuk imigresen lepas tu ambik beg dan baru naik bas check in hotel.dlm jam 8.30 mlm baru kami naik bas,sepanjang dlm perjalanan kami ada dibekalkan nasi dan diberikan tazkirah cuma mata aku ni betul2 ngantuk sedar2 dah sampai hotel mata mamai tp bkn lah lena sepanjang masa ada doa yg perlu dibaca sepanjang perjalanan ke Mekah.
Check in hotel solat jamak dlm kul 11 mlm kami bergerak ke Masjidil haram,masa tu tiada kata dpt di ucapkan hanya sebak di dada waktu melihat keagungan kaabah itu sendiri aku seperti terpengun tak terkata.kami buat tawaf lepas tu saei' selesai dlm jam 3 pg.Ust azmi ckp kita blk hotel dulu solat subuh di hotel aje dulu tp dia tak larang klu ada sape2 nak solat jemaah kat masjidil haram tp kami yg belum biasa dgn jln ambik keputusan ikut ust azmi blk hotel.Ust azmi terpaksa blk hotel gak sbb dia satu family kena demam mujur lah ke esokan hari tu kami tiada xtvt.acara bebas.jd lepas solat subuh jam 4.15pg(m'sia 9.15pg)kami rehat dulu sbb sarapan siap jam 6pg.klu kat Mekah 6 pg ni dah mcm kul 8pg cuacanya.
Masa kami tiba suhu kat sana 40c agak perit gak sbb tak biasa tp bila masuk kawasan masjid dah hilang rasa panas tu,itulah kebesaranya.

Inilah hotel yg kami duduk.Dia org ni nak gi wat umrah kali ke dua.hari ni kami ke Jabbal rahmah(tempat pertemuan adam dan hawa)kemudian ke Mina tempat buat haji lepas tu ke Migat utk niat umrah tp kami tak buat umrah ni sbb kami dah niat nak puasa pd hari nisfu saaban.alhamdulillah allah makbulkan walaupun suhu tinggi tp kami masih boleh tahan.

BERSAMBUNG....

Sabtu, 30 Jun 2012

MINTAK MAAF SEMUA DENGAN RAKAN-RAKAN,INSYALLAH JIKA PANJANG UMUR KITA AKAN BERTEMU KEMBALI

gambar ehsan dari google

Salam kawan-kawan....
Ini ada N3 khas..
Insyallah minggu depan kami akan berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah.insyaallah jika dipanjangkan usia kita akan bersua kembali.andai kami tidak kembali ampun maaf di pinta dari semua rakan2 mana yg pernah terasa hati atau terusik hati aku mintak maaf mungkin aku sendiri pun tidak menyedarinya.

salam maaf dari kami



Sabtu, 23 Jun 2012

AYAM KICAP BERLADA HITAM




tak tau nak cakap layan aje resepi yg dah lama masak tp baru tayangni
sedap klu mkn nasi putih panas2

Ayam Kicap Berlada Hitam

http://dayangjack.blogspot.com/2011/09/ayam-kicap-berlada-hitam.html
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :
1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
1 labu bawang besar (dihiris bulat dan digoreng)
1 sudu makan biji lada hitam (ditumbuk)
1 sudu makan cili kisar/cili giling
1 sudu makan kicap pekat
1/2 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit hirisan daun sup
sedikit madu/gula dan garam
sedikit air asam jawa
rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
kacang panjang-tambah sendiri

bahan-bahan kisar :
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

Cara-cara :

Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.

Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.

Masukkan sos tiram dan kacau sebati.

Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata.

Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.

Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.

Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap





KEK COKAT KUKUS

Salam..
layan aje kek coklat kukus yg sedap ni.resepi ambik dgn along roz.dia ckp ni salah satu resepi peberet dia dan memang ternyata aku pun resepi ni sedap dan senang nak buatnya.


KEK COKLAT KUKUS

sumber:Along Roz HomeKreation myresepi
Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Cara-cara 1.Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak. 2.Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati. 3.Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus. 4.Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing. 5.Untuk ganache atas kek lihat resipi dari hana6877: resipi no. 4580 6.Untuk buttercream kat tepi, pukul 125g Butter, 125g majerin & 80g Gula ising. Bila dh sebati campur 100g coklat yg telah di cairkan

Khamis, 21 Jun 2012

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKE

Salam


Sekarang ni memang susah nak update blog ni,mcm2 hal nak kena uruskan jd byk masa yg memang takde masa(apa ayat ni)
Xperimen memang slalu wat Cuma nak masuk N3 yg takde masa.Tapi aku cuba selitkan gak lah,main curi2 masa.
Ok Hokkaido Chiffon cupcakes ni dah lama dah cari resepinya tapi tak jumpa lepas tu ada sekali tengok kak zu semanis gula buat,dah ambik pun resepi tp ku simpan aje.Dlm duk belek2 blog lain tengok mama fami pulak yg buat kali ni dah tak simpan dah blk umah terus buat.Tapi aku buat ni masa cuti sekolah yg lepas.Anak2 takde tinggal ibu dgn abah aje dan abah telah aku kuarantinkan tak blh mkn suka2 hati maka kek ni takde sape mkn melainkan aku sorang sib baik tak byk tapi dpt gak jamu Cik tong sbb aku kena blk kg jd terus lupa kek yg dlm oven tu.Jom layan dulu resepi lain kali kita wat lagi yer.

HOKKAIDO CHIFFON CUPCAKES
Posted by MamaFaMi
Source : DG of Tested and Tasted
http://mamafami.blogspot.com/

Chiffon Cupcake
Ingredients :
2 egg yolks
Pinch of salt
20g corn oil
20g fresh milk
½ teaspoon Vanilla essence
25g cake flour(tukar guna tepung +b/p+sb sukatan main agak2 ler sbb tepung pun bukan byk sgt)
2 egg whites
40g sugar
¼ tsp cream of tartar

Method :
1. Preheat the oven to 170C
2. Use hand whisk to whisk egg yolk, salt until creamy. Then add oil, milk and vanilla essence.
3. Add in flour mixture into yolk mixture. Put aside.
4. Beat egg white and cream of tartar until big bubbles formed, then add the sugar a little at a time and beat until medium stiff perks formed.
5. Pour ½ egg white mixture into flour mixture and mixed well, then pour this into the rest of the egg white and mixed well.
6. Bake it for 20 minutes or until cooked.
7. Leave it cool.

(tak buat pun tp letak gak resepi mana tau kot2 ada kawan yg nak mencuba,rasanya klu letak filling ni lagi best)
Custard Cream Fillings
Ingredients :
70g fresh cream (beat until stiff)
15g Instant custard powder
40g fresh milk

Method for cream:
1. Beat Instant custard powder and fresh milk until thick.
2. Pour the mixture into fresh cream, stir till well mixed.

How to assemble:
- Use a straw to make hole into the chiffon cupcake.
- Pipe custard cream filling into hole and stop piping as soon as you see cream excess out from the hole.
- Refrigerate it once done.
- Best serve when it is cold.



Jumaat, 15 Jun 2012

TROPICAL GRANOLA

Salam..
skrg kawan2 akan slalu ler tengok menu oat kat umah ni sbb tuan rumah ari2 mkn oat(tuan rumah yer mean suami ku lah)tp klu menu yg aku buat tu tak leh terima oleh tuan rumah aku bantai mkn sesorang aje takpe janji sedap.tuan rumah lebih rela mkn oat bancuh dgn susu hari2 dr aku wat mcm2 jenis menu dr oat
jom layan resepi dr quaker oat ni.patutnya mkn mcm cornflakes tu tp aku lebih suka mkn mcm ni aje

Tropical Granola

Ingredients
3-1/2 cups Quaker® Oats (quick or old fashioned, uncooked)
1/3 cup coarsely chopped slivered almonds
2 tablespoons finely chopped crystallized ginger (optional)-tak letak pun mcm takleh nak terima rasa halia
1/2 cup honey - guna golden syrup
4 tablespoons (1/2 stick) butter or margarine, melted
1-1/2 to 2 teaspoons ground ginger - tukar kpd cinnamon
1/4 teaspoon salt
3/4 cup chopped dried tropical fruit mix

Preparation
Heat oven to 350°F.
In large bowl, combine oats, almonds and, if desired, crystallized ginger; mix well. In small bowl, combine honey, butter, ground ginger and salt; blend well. Drizzle over oat mixture; mix well. Spread evenly in 15 x 10-inch jelly roll pan. (kita masukan kdlm bekas cup cake senang nak ngap)
Bake 18 to 20 minutes, stirring every 5 minutes. Remove from oven; immediately stir in dried fruit. Cool completely in pan on wire rack Store in tightly covered container.
Serve with milk as a breakfast cereal, stir into low-fat yogurt, or sprinkle over fresh fruit, ice cream or frozen yogurt.
Yield
MAKES 4-1/2 CUPS

SELAMAT MENCUBA...

Khamis, 14 Jun 2012

CINNAMON BUN SCONES

Baru layan nasi dari Thai kita layan mat saleh pulak yer
Jaga badan pulak he..he..
Ok kak long dah buat tayangan amal tp kita punya dah abis buat pun 1/2 adunan aje iyelah sape nak mkn klu buat byk2.sedap ni ada rasa lemak2 Oat tu yg rasa sedap.kita mkn mcm tu aje takde letak jam atau apa2 filling pun.sedap cuma lain kali klu nak wat jgn ler letak black sesame sbb dah lari rasanya.

ada rupa ala-ala biskut cornflakes pulak.

Cinnamon Bun Scones

sumber: Quaker Oats
Ingredients
SCONES
2 cups all-purpose flour
1 cup Quaker® Oats, quick or old fashioned, uncooked
1/4 cup + 2 tablespoons granulated sugar
1 tablespoon baking powder
1/4 teaspoon salt
8 tablespoons (1 stick) butter or margarine, chilled and cut into pieces
3/4 cup whole or 2% milk
1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla
1/2 cup toasted chopped pecans
2 teaspoons ground cinnamon

GLAZE
3/4 cup powdered sugar
3 to 4 teaspoons Tropicana Pure Premium® orange juice, Dole® 100% orange juice or milk

topping(sendiri punya)
granulated sugar(klu tak letak pun tak pe)
ground cinnamon
chopped almond
Preparation

Heat oven to 425°F. Spray cookie sheet with cooking spray.

In large bowl, combine flour, oats, 1/4 cup granulated sugar, baking powder and salt; mix well. Cut in butter with pastry blender or two knives until mixture resembles coarse crumbs. In small bowl, combine milk, egg and vanilla; blend well. Add to dry ingredients all at once; stir with fork or rubber spatula until dry ingredients are moistened. In small bowl, combine remaining 2 tablespoons granulated sugar with the pecans and cinnamon; mix well. Sprinkle evenly over dough in bowl; gently stir batter to swirl in cinnamon mixture (Do not blend completely.) Drop dough by 1/4 cupfuls 2 inches apart on cookie sheet.

Bake 11 to 13 minutes or until golden brown. Remove to wire rack; cool 5 minutes. In small bowl, combine powdered sugar and enough orange juice for desired consistency; mix until smooth. Drizzle over top of warm scones. Serve warm.

Yield

12 SCONES

Kak long jgn lupa buat yer senang dan simple

NASI KOMOK

Salam..
Dah lama tak bersiaran
Agak kebusyan..
Dan tensionnn jugak
Tapi kita layan dulu mana2 menu yg sesuai utk tatapan kawan
Buat selepas tengok madiha masak nasi ni tp skrg baru buat tayangan
Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam

Sumber asal: Azian via Kongsi Resepi
Sumber: Kak Ayu
copy http://mamawandiha.blogspot.com/search/label/Nasi

Rempah Komok
2 sk serbuk kari ayam/daging
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk jintan putih
1/2 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk kayu manis
1 sk garam
1sk gula

Bahan2 Nasi
5 cawan beras basmathi - MaDiHaA guna beras biasa je
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam -
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis.- 1 batang kulit kayu manis, 2 bunga lawang, 3 biji pelaga, 4 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*)

Cara2
1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit (Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, MaDiHaA lumur dgn lebihan rempah komok, garam & serbuk kunyit). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup dan biarkan ia masak.

Bahan Sos Cili
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah MaDiHaA tambah juga)
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah MaDiHaA tak letak ni)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam, cuka - secukup rasa

Cara2:
1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.
gambar blurr lak
sedap gak nasi ni tp klu mkn dgn acar lg ngam rasanya

Jumaat, 25 Mei 2012

PAU RENDANG TOK



Salam Jumaat semua..
moga setiap hari yg kita lalui adalah lebih baik dari hari2 yg sebelumnya.
terima kasih pd semua yg wish aku punya besday,aku amat2 hargainya,klu dulu hanya setakat family aje yg wish skrg kawan2 alam maya pun ada gak walaupun kita semua tak pernah kenal tp di sbbkan alam cyber ni kita semua spt ada ikatan di dlm talian.
Syukur alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi yg fana ni,kadang2 aku sering juga terfikir bagaimana keadaan aku nanti bila di jemput kembali kepada Nya.Kadang2 bila terfikir keadaan itu aku jadi teramat takut dan seram.moga2 aku sentiasa berada di jalan dan landasan yg betul.Jika ada aku tersilap langkah ada yg menengur dan membantu mencari kebenaran,walaupun kita manusia ni akan mudah terasa bila ada yg menegur tp itulah hakikat seorg manusia.
Aku suka dengar kutbah terakhir Nabi Muhammad s.a.w setiap pagi hari jumaat mesti aku dengar dlm astro oasis terasa sangat mendalam maksud dan boleh mengisafkan kita.Dlm kutbah tu walaupun pendek tp penuh dgn pesanan dlm kehidupan kita.Mungkin siapa yg pernah dengar dan tahu faham apa aku maksudkan.
klu siapa yg tak pernah tak tak perasan bila baca ni

Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah

Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU
sumber http://tayibah.com/eIslam/Khutbahterakhir.htm

Ok lah dan panjang sgt aku muhasabah diri nanti ada yg bosan sbb atas gambar pau bawah citer kutbah lak he..he..sekali sekala mengingat diri tak salah kan.ambik berkat jumaat.Pau ni pun dah lama abis.Aku wat letak inti rendang tok yg stok dr kenduri kat kg ari tu.byk aku wat balik lepas tu frozen kan he..he..bila2 nak mkn panaskan aje


Pau Lembut
Resepi : Kak Ton@myResepi.com
Sumber : Tun - Life is a constant battle

Bahan :
250g @ 2 1/2 cawan tepung pau - diayak ( pakai tepung gandum pun boleh ) Mas guna tepung gandum jerk
3g @ 3/4 sudu teh - yis kering
2g @ 1/2 sudu teh - baking powder
50g @ 4 sudu makan gula castor
20g @ 1 sudu makan - lemak sayuran ( shortening )
2g @ 1 sudu teh - bread softener
1/2 cawan air suam

Cara :
Satukan tepung, yis, baking powder, bread softener didalam mangkuk adunan.
Uli sebati dengan memasukkan air suam sedikit demi sedikit.
Masukkan lemak sayuran, uli lagi sehingga doh tidak melekat @ licin

Jika menggunakan Bread Maker :
Masukkan mengikut turutan, air suam, yis, tepung pau, baking powder, gula castor, bread softener dan lemak sayuran kemudian pilih menu dough dan tekan start
Biarkan doh selama 10 minit pada suhu suam.

Nota :
Jika menggunakan Bread maker, biarkan doh didalam bread maker selama 10 minit sahaja, tak perlu tunggu sehingga masa tamat (1 1/2 jam.
Bahagikan doh kepada 10 bahagian.
Masukkan inti dan tutup kemas.
Letakkan setiap pau diatas kertas empat segi (2" x 2 ") dan susun didalam pengukus.

Untuk inti :
bolehlah menggunakan inti apa saja, mengikut kesukaan.
Rehatkan pau selama 45 minit didalam kukusan.

Untuk mengukus :
Didihkan air didalam periuk pengukus.
Bila air mendidih, barulah diletakkan kukusan yang berisi pau tadi.
Kukus pau selama 10 minit.

TIps :
Air perlu lah betul2 panas @ mendidih untuk mengukus pau bagi mendapatkan pau yg lembut dan gebu.
Bagi megelakkan pau anda mengerutu dan kemek..
mengukus pau cuma 5 - 6 minit sahaja dan apabila masak, angkat bahagian kukusan yang ada pau dengan penutupnya sekali kebawah, barulah buka penutupnya.
Apabila penutupnya di buka semasa pau masih di kukusan, wap akan masuk maka pau anda yang sedang mengembang, terkejut, lalu kemek dan mengerutu..
Selamat mencuba...



Isnin, 21 Mei 2012

HAPPY BESDAY TO MEEE...MAKIN TUA DAH

Salam..
Hari ni genaplah usia ku 33thn.Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi yg fana ini.
Aku bersyukur juga dgn usia ku skrg ni aku masih mengecapi setiap impian yg aku harapkan walaupun tidak sesempurna yg di ingini tp syukur allah masih memberi peluang dan kabulkan setiap doa yg ku pinta. Kita manusia ni memang tak pernah cukup kan,tapi jika kita tak minta dari allah kepada siapa lagi kita harus minta,cuma aku setiasa berdoa supaya hati ku ini dijauhkan dari perasaan hasad dan dengki kerana dgn perasaan tu semua kegembiraan akan musnah. Dan aku jugak berdoa agar jangan ada yg dengki dan sakit hati pada diriku dan keluarga ku.Aminn...moga kita semua dilindunggi oleh Nya.
ok aku jamukan mata kawan2 dgn kek ciskek jepun ni yer



Ok lah skrg kita tayang kek2 yg aku wat masa mother's days minggu lepas.semua main order mengejut aje.klu tak wat nanti kata sombong lak tp aku memang cuba sedaya upaya utk membuatnya selagi terdaya.

ini order dari tini,satu utk mak sendiri dan satu lagi utk mak mertua.
ini order dari Bob sepupu tini dia pun sama order satu utk mak satu utk mertua tp lagi satu set aku lupalah nak ambik gambar hu..hu..

order dari cikgu tadika kemas,tak nak cream bagai tp nampak kesian sgt dan aku ada belen bc maka aku wat gak lah mcm ni.Bab menulis ni yg aku susah sikit ni aduhlah bilalah nak cantik tulisan ni

Jumaat, 18 Mei 2012

RUSTIC APPLE TART



Salam..
Dek kerana tergoda,mula2 tengok Diana Sky blue yg wat lepas tu aku usya lah kat dapur masterchef lagi lah tergoda makanya.minggu lepas gi Tesco aku beli apple dgn strawbery sekali.saje tangan gatal klu jumpa strawbery murah aku beli belilah.ini kat Tesco strawbery cameron jd murah aje dlm RM7++ kdg2 RM5 sepekt tp klu kat Jusco RM20++ tengok ajelah.aikk..asal citer strawbery lak ni.dah..dah..kita layan tat yg amat2 best ni dgn rangup2 doh tu tp aku wat terlebih tebal lah tp yg penting tetap ranggup gak he..he..
Aku ambik resepi dari kak shariah yg masuk master chef tu dan aku tak sanggka lak dia pun novelis,aku ni memang minat sgt baca novel dan pernah ada cita2 nak tulis novel cuma citer yg aku tulis slalunya duk tengah jln aje tak sampai ke penghujungnya..ha..ha..
Agak2nya org yg hobinya suka masak2 ni memang suka menulis dan membaca gak kot sbb ramai sgt yg jd tukang masak tukar jd penulis dan tak kurang jugak yg penulis jd tukang masak

Rustic Apple Tart ~ Kerana Sebiji Epal

Master chef - shahriah

Untuk Kulit Pastri :
i suka kulit pastri yang lemak dan rapuh..dan masin sikit... wahhh... dan inilah dia resipe kulit pastri yang telah ku olahkan sendiri...-begitu jugak dgn I lah kak shariah.wat 1/2 adunan aje ni

200 gm mentega *sejuk *dadu
260 gm tepung gandum
1 sudu besar gula castor
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar susu segar-guna air biasa aje

CARA :
masukkan kesemua bahan2 dan gaul sehingga sebati
Tak perlu uli.. masukkan ke dalam plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Jom! Buat Inti Apple!
 3 biji epal dan kupas kulitnya dan buang mempulur.. potong baji.... gaul dengan sedikit garam.
Nota~jgn potong terlalu nipis cukup sekadar potong 8 baji utk sebiji klu tak apple jd lecuh/lembik dan susah nak susun.

Untuk Sos :
1 cawan lite brown sugar
1 sudu besar mentega
1 batang kulit kayu manis
1/2 sudu teh serbuk buah pala *nutmeg~tukar guna cengkih
4 sudu besar gula pasir-tak letak guna brown sugar aje

CARA :
masakkan di atas api sederhana sehingga gula larut
Masukkan apple dan sentiasa di kacau sehingga apple lembut
Angkat dan sejukkan terlebih dahulu
Torakkan adunan.....
Aturkan buah epal di atasnya.... dan...
Lipat doh pastri macam di atas tu.. tu yang namanya rustic
Bakar di dalam oven dengan suhu 170'C selama 20-25 minit atau sehingga keperangan... angkat dan sejukkan terlebih dahulu.. kalau nakkan warna pastri tu kekuningan dan nampak cantik.. spraykan dengan sedikit air dan bakar dalam 5 minit...
terima kasih kpd kak shariah kerana sudi share resepi ni tp kita punya tak cantik lah jd pecah2.klu sesapa teringin sila2lah buat yer senang sgt.

Rabu, 16 Mei 2012

KEK BESDAY PAKCIK BOB

Salam..
Wordless wenesday..
Selamat Hari Guru..especially buat semua guru2 ku yg pernah mengajarku,pensyarah2 yg mcm kawan2 ku rasakan kerana mu ku berada disini dan di kedudukan ku ini walaupun tak tinggi tp alhamdulillah mgkin dulu aku suka bermain2 dan suka ponteng sekolah tp kerana mu guru ku tetap kedepan setelah tersedar dari mimpi yg kosong.

Skrg kita layan kek pakcik bob ni.permintaan yg rasanya sukar utk di buat(sbb aku memang tak pandai nak lukis2) tp tak mampu utk di tolak.
order lak mengejut tp klu aku ada stok brg masih blh diterima klu takde mintak maaf ajelah
beserta dgn apam ladybird dan angry bird
tangan senget.tulis pun tak betul tp takde lak aku dgr komplain mgkin sbb dia ckp nak kek aje bkn mintak deco2 pun so dia tak layanlah yg senget benget tu
ini pun mengejut jd ala kadar aje mampu ku buat.aku pun ikut serta masa majlis ni cuma tak sangka yg cc ni nak di buat hantaran sekali klu ku tahu aku deco lebih2 he..he..ingt org yg order ni saje2 nak bg gift kat tuan rumah.dah sampai tempat(rumah perempuan)baru ku tahu kek tu ikut sekali.(aku ikut pun sbb abg yg jd jurucakapnya kira wakil lah)

Isnin, 14 Mei 2012

FARMBROZEN KENARI

Salam..
SELAMAT HARI IBU buat semua insan yg bergelar ibu.Dan tak lupa juga utk mama ku selamat hari ibu mama terima kasih kerana memberi kasih dan sayang mu kepada anak2 mu yg sering memeningkan kepala ni.Namun ku tahu setiap doa yg mama titipkan adalah yg terbaik utk anak2 mama.
Semalam adalah sambutan hari ibu utk kaum2 ibu jadi ramailah yg dpt bunga2 hadiah dr anak2 atau suami.Tak kurang gak dgn aku he..he..aku seronok sbb bila sambut hari ibu terasa khas utk diri ku kerana aku bahasakan diri ku ibu utk anak2 dan jugak anak buah dan anak2 jiran tetangga.terasa rapat dgn mereka tp kini tiada lagi kemesraaan itu~abaikan statement yg last tu yer.
Semalam gak buat pertama kalinya aku terima bunga dari anak kembar ku itu siap bg sorang satu lagi sib baik tak bg sejambak besar.Bunga tu abah yg tempah siap2 masa hari sabtu tp dia mintak kembar yg berikan,kira anaklah yg bg utk ibu.terima kasih semua..kembang..kembang jap.iyelah jarang2 terima bunga.
Lepas aje terima bunga abah pun ckp ibu booking buffet kat hotel mlm ni kita sambut hari ibu mkn kat hotel.(lagi kembang lah yg dah sedia kembang ni)aku pun laju aje call hotel,org dah nak belanja kita ok aje.Kembar apa lagi dia org yg lebihnya.Adik siap ckp lagi kita tidur kat hotel ajelah(hai dik bg betis nak paha yer tunggu lah mood abah nak bercuti dtg lagi skrg ni abah ckp mood bercuti belum dtg lagi-ibu yg dah siap confirm dgn abah ni)
Mlm smlm gi lah kami 4 beranak mkn kat Grand Season kat jln Pahang tu.Makanan dia ok lah org pun tak pack sgt mungkin sbb hari ni keje jadi tak ramai nak duk lepak lama2.Aku pulak mcm biasalah tempat yg jd kegemaran dessert lah mcm2 jenis kek aku duk telek tp takdelah ambik sgt pun klu tak nak mkn jgn ambik membazir.Betul kita byr mahal tp apa guna ambik penuh2 pingan tp sudahnya biar membazir kat atas meja lagi elok kita biar aje kat tray dan biar mereka yg lebih byr ruang dlm perut mkn.Gambar takde lah klu nak tengok gi lah kat FB aje yer sbb aku memang tak bawak kamera pun.
Tp lepas mkn tu abah ada kuarkan ayat power dia yg tak berapa tahan ibu dengar.Abah ckp kat kembar kali ni hari ibu kita mkn kat hotel abah belanja nanti bila hari bapa ibu lak belanja kita mkn kat hotel,si kembar lagi seronok bila dgr mcm tu..hai kena menabung lak gamaknya,agak2 sempat tak tabung penuh sampai hari bapa tu harap2 sempatlah kot.ini belanja ada makna ni.
dah lah kita layan resepi yg aku buat seminggu lepas walaupun niat utk mencuba nya dari tahun lepas.


FARMBROZEN KENARI

by: Maria
copy masam manis
Lapisan Cookies - base-guna tepung red rose
10 oz tpg gandum (284 gm)
1.5 oz gula kaster (45 gm)
6 oz butter (180 gm)

Lapisan Putih - Toping
60 gm putih telur - 2 biji putih telur
100 gm gula aising
1 sudu teh tpg jagung

Bluberry atau strawberry filling
Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih

Masukkan tepung gandum yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
Tuangkan adunan ke dalam loyang
canai adunan ke dalam loyang bersaiz 9 x 12 x 1 inch

Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
Keluarkan doh setelah masak
bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing
Kemudian kita buat topping.

Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan

Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi supaya toping benar2 kering.
Kemudian potong.
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
siap buat 2 adunan lagi satu letak strawbery dan lagi satu bluebery tp rasanya bluebery lagi best dan utk masa akan dtg jgn memandai2 nak letak byk2 filling tu sbb klu letak byk jad manis gilerrr lah biskut tu.letak nipis2 aje yer
kita takde loyang cutter jd tak cun lah lain kali baik buat dlm tat shell aje dah tentu tak yah susah2 nak potong bagai dgn biskut yg mudah pecah ni.

klu terliur sila2lah cuba yer.ini kita takde wat jual




Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...