DAPUR KECIL KU

Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Selasa, 20 September 2011

BERGEDIL TAUHU DAN DAGING

Salam


Tak boh citer byk layan aje begedil yg sedap ni.

Nak buat pun senang. Mkn mcm tu aje pun ok wat mcm cekodok.



BERGEDIL TAUHU DAN DAGING

Saji Online

Bahan-bahan:

5 keping tauhu - dilecek

150 gm ikan bilis - ditumbuk

4 ulas bawang merah - ditumbuk

Sedikit hirisan daun saderi dan bawang

2 biji telur

250 gm daging ayam - direbus dan dicincang

Garam dan lada sulah secukup rasa

Minyak untuk menggoreng



Cara Menyediakan:

1. Gaulkan tauhu, ikan bilis, daging ayam, daun saderi, daun bawang, lada sulah, garam dan sebiji telur hingga rata.

2. Ambil sedikit adunan, bulat-bulatkan dan leperkan.

3. Panaskan minyak untuk menggoreng terendam, celup bergedil ke dalam sebiji lagi telur yang dipukul ringan dan dicampur garam. Masukkan ke dalam minyak ddan goreng hingga kekuningan.

4. Hidangkan ke dalam pinggan dan hias dengan salad, hirisan timun, gegelang bawang besar, tomato dan daun bawang. Enak dimakan bersama sos cili

Khamis, 9 Disember 2010

KAMBING KANDAR

Gu pd nasi paella tu kambing kandar resepi pun sama sumbernya dr kak maz t.q kak maz memang sedap giler lah dan yg penting se isi keluarga suke

Kambing Kandar

ilhamdapur.blogspot.

Bahan-bahan
1/2 kg daging (potong, rebus, simpan air rebusan) - maz tak rebus dulu terus je tumis dlm presure cooker dan masak selama 35-40 minit. (buat sama mcm kak maz tak rebus pun)
6 ulas bwg putih dan 1 inci halia (blend)
2 sudu besar kicap pekat*
2 sudu besar sos tomato*
2 sudu besar sos cili*
2 paket serbuk kari daging babas (1 1/2pn boleh)*
(semua bahan yang bertanda * gaulkan bersama)
1 labu bawang besar mayang
1 ulas bawang putih mayang
kulit kayu manis, bunga lawang
daun kari
gula karek/gula melaka sebesar ibu jari - maz tambah sendiri

Caranya:
1. Tumiskan bawang besar, kayu manis, dan bunga lawang serta daun kari.
2. Masukkan bwg putih dan halia yang telah dikisar lumat.
3. Masukkan campuran rempah.
4. Masukkan daging dan airnya.
5. Masukkan garam, perasa dan masak hingga pekat

Selasa, 30 November 2010

NASI DAGING


Inilah nasi yg aku jamu utk tetamu nasi daging yg resepinya aku ambik dr kak ummi kuantan.mengikut kata kak ummi resepi ni dr emak dia jd aku mintak halal yer kak ummi.sedap nasi ini dan yg penting seme tetamu suka dan licin mkn he..he..kembang2 ..kembang..ini pestime buat lah mengikut kata chef kat umah asal nasi ni dari negeri kedah dan belah2 utara tp aku ckp aku ambik resepi dari cik google aje jd tak tau ler resepi ni asal mana.mai tengok resepi nya aku buat 2 resepi maklumlah ramai

NASI DAGING

ummi kuantan

Bahan:-
1 kg daging - dipotong besar2 dan direbus empuk - ketepikan.
4 cawan beras basmathi - cuci dan toskan
4 cawan air rebusan daging
1 cawan susu segar
(sup bunjut Adabi dan rempah sup)
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1/2 cawan tomato dadu/pes tomato
2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 sudu minyak sapi
1 helai daun pandan
Garam
Bawang goreng

Cara Menyedia:

Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih, kulit kayu manis buah pelaga dan bunga lawang.*ummi tak bg tau bila nak masukkan rempah sup jd ibu masukkan waktu menumis bila rempah agak2 garing baru masukkan beras. Kacau hingga naik bau, masukkan beras dan tomato, kacau sebentar. Masukkan air rebusan daging, garam dan daun pandan. Bila nasi hampir masak, masukkan susu segar. Kacau rata dan biar nasi masak seperti biasa. Tabur bawang goreng bila menghidang. (*Boleh juga masukkan separuh daging rebus ke dalam nasi ketika memasak nasi).



SAMBAL ASAM TOMATO

5 tangkai cili merah - ditumbuk kasar
4 tangkai cili padi - ditumbuk kasar
3 biji tomato - didadu
belacan yg dibakar sedikit
air asam jawa
gula melaka
garam dan gula secukup rasa
Campurkan dan adun kesemua bahan hingga mendapat rasa yang sesuai dengan tekak





Daging yg dah siap di potong aku buat juga ulam timun tp lupa ambik gambar

Jumaat, 19 November 2010

DAGING MERAH

Lauk yg biasa ada kat kenduri sebelah terengganu.Aku tiap kali gi kenduri kat sana mesti cari lauk ni tp dah jarang2 org masak sbb klu masak lauk ni tak berkuah jd tukang masak bila tiba time malas nak wat byk jenis masak gulai daging aje dan ayam masak merah.lagi pun klu wat daging merah ni sah2 ni ler yg mula2 abis klu tuan rumah tak simpan siap2 maka tak sempat lah mkn org2 yg kemudian tu.resepinya nantilah bila2 aku senang aku masukan yer.

Isnin, 25 Oktober 2010

DAGING MASAK BALI


Ini plak menu utk lunch smlm aku mula2 ingt nak gandingkan lauk ni dgn nasi serai tp aku duk cari2 serai tak jumpa entah mana aku letak.cukup2 utk masak lauk atas tu aje.nak masak nasi serai dah tak cukup serainya nak gi kedai dah malas yelah klu gi kedai beli serai 30 sen tp kena pau dgn kembar RM3 kot yer tp biasanya lebih sbb seme kena beli double klu tak bila blk rumah ada lah bergaduh.last2 aku masak nasi putih aje.Pg td bila aku kemas 2 dapur baru ternampak serai duk elok aje tergantung sebelah sink,adoi lah geramnya aku tp mungkin dah tertulis aku tak boleh masak nasi serai tu.Aku konon2 nak masak nasi serai tu utk mkn tengahari lepas tu bawak utk makcik aku sekali tp dah tak jd buat takdelah bawaknya.lauk pun aku tak bawak.siap aku plak gi mkn nasi umah dia kih..kih..Hai melalut plak aku ni dah lah layan resepi ni abah ckp tak suka tp terpaksa mkn sbb aku cuma masak satu jenis aje(gara2 nak gi umah makcik aku jd sempat masak satu jenis aje)
DAGING MASAK BALI

copy HANA
Bahan-bahan
1/2 kilo daging - rebus dan hiris kecil (tak rebus sbb guna daging lembut )
*6 batang lada merah @ cili kering
*5 biji bawang merah @ 1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*3 biji buah keras
*1/2 inci kunyit hidup -tukar guna yg serbuk aje
*1 inci lengkuas
*1 inci halia
*1 sk jintan manis, putih, dan ketumbar -tukar gak guna yg serbuk
2 batang serai - ketuk
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
1 sudu makan air asam jawa
1 biji tomato - belah 4 atau cincang
2 sudu besar kicap manis
Garam dan gula merah@gula melaka
Cara-cara
Tumbuk bahan yang bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga naik minyak. Masukkan tomato dan air asam. Kacau.
Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging, daun salam, daun limau purut, serai, kicap manis. Masak sehingga kuah agak kering sedikit.
Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan gula merah secukup rasa.
Hidangkan dengan nasi hangat.
Untuk bumbu nih leh tukar dengan ayam, telur rebus dan ikan. (klu ikan, goreng biasa dulu)

Rabu, 13 Oktober 2010

LASAGNA

LASAGNA

copy ishamizu.fotopages

Bahan-bahan:
3-5 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar (kita gelar bawang besar putih, ada org panggil bawang india)
1 paket ayam/daging kisar (dicuci dan ditos)
1 botol besar lasagna/traditional prego/dolmino/any tomato paste will do... (ibu guna tradisonal cendawan kimball)
Lasagna sheets (depends how big is ur moulder)
Oregano herb secukup rasa
Grated cheese (lg byk lg sedap! )
Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak dlm periuk, tumiskan bawang besar putih yg dipotong dadu/hiris
2. Setelah naik baunya, masukkan ayam/daging kisar dan biarkan sehingga ia empuk.
3. Setelah daging empuk, tuangkan lasagna tomato paste ke dlm periuk dan gaul sebati selama 5-10mins.
4. Ambil acuan, (kte guna tray oven je ), susun lasagna sheet sehingga meliputi permukaan acuan.
5.Tuangkan kuah yg dimasak td ke dlm acuan dan sekali lg pastikan ia menutupi semua lasagna sheet.
6. Taburkan sedikit oregano herb dan secukup grated cheese.
7.Ulang step 4-6 sehingga penuh acuan.
8. MAsak dlm oven pd suhu 140c selama 40mins

DAGING HITAM MANIS BEREMPAH

DAGING HITAM MANIS BEREMPAH

secubitgaramnor67.blogspot
300gm daging batang pinang ~dihiris nipis dan toskan

bahan A
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu besar kicap cair
1/2 sudu teh serbuk lada hitam ~ lebihkan jika nk lebih pedas
~~~~~~~~~
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 in halia ~ ditumbuk
1 labu bawang besar ~ dipotong bucu/wedges
1 bj cili merah ~ dihiris
1 bj tomato ~ dipotong 6 atau 8
minyak
~~~~~~~~~
bahan B
1 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh cuka atau perahan limau nipis

Gaul daging dgn bahan A dan perap lebih kurang 1/2 jam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan halia.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 dr bawang besar dan cili merah.
Goreng seketika hingga wangi dan masukkan daging yg dah diperap tadi.
Kacau2 daging dan goreng lebih kurang 10 min hingga air daging keluar.
(Jika guna daging batang pinang tak perlu ditambah air tp kalau guna daging biasa bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air utk mengempukkan daging)
Masukkan bahan B dan biarkan masak hingga kuah hampir kering. (bolehlah dimasukkan garam dan gula secukup rasa jika perlu)
Masukkan lebihan bawang besar dan cili merah serta tomato.
Kacau sekejap dan boleh lah dihidangkan panas2

*aku ada tambah kacang panjang sikit kat dlm daging tu

Selasa, 5 Oktober 2010

DAGING MASAK MERAH

Cari punya cari mana letak resepi ni last2 aku jumpa kat umah tokey muffin tu rupanya.takpe lah janji jumpa gak resepi yg aku rasa memang mudah utk aku ni.Skrg aku dah tukar cara beli brg basah kat umah.Tiap kali aku gi tesco atau jusco aku beli siap2 daging yg letak dlm tray plastik tu yg siap paket2 tu dan siap potong2 sbb aku klu nak masak cuma cuci aku dan lagi satu daging jenis mcm tu lembut sbb tu rege nya mahal sikit tp utk setakat aku 4 beranak ni memang dah cukup 1 bekas tu sekali masak.

DAGING MERAH ALA THAI

Copy dr  izahdaut.blogspot walaupun resepi asalnya aku tengok dekat dapur hana tp cari punya cari tak jumpa pulak so izah kita copy umah awak yer
Bahan-bahan
1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dipotong bulat
1 sudu besar cili giling
Sedikit sos tiram
Sedikit sos ikan (thailand mari)
Sedikit sos tomato
hana tmbh halia ketuk kita pun letak gak
Sedikit minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)
*lada bagla-ini sendiri tambah
*kacang panjang-yg ni pun tambah gak

Cara-cara
Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.
Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.
Tumis bawang putih n halia sampai naik bau, masukkan cili giling.
Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.
Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.
Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi


aku memang suka lauk ni lah kira peberet gak ni sbb tiap kali gi mkn kat kedai aku mesti ada order lauk ni.

Isnin, 20 September 2010

ASAM PEDAS TETEL


Lauk yg di request dari chef kat umah.katanya teringin nak mkn asam pedas daging yg ada lemak2 tu.aku pun ckp lah abah gi beli barang ibu masakan(konon2 mcm pandai aje padahal seumur hidup sekali pun aku tak pernah masak lauk ni) Elok aje seme brg dah siap2 aku pun gi ler cari kawan baik aku apa lagi buku resepi bergerak aku buka dapur cik mat gebu pastu buka dapur lain resepinya lebih kurang aje cuma dia org letak lengkuas dlm resepi ni dan aku pulak masak sebijik sejibik mcm masak asam pedas ikan tu cuma aku rebus dulu danging pastu baru tumis asing bhn2 kisar kemudian campur sekali dan terhasilah asam pedas tetel versi ku ini.utk resepi aku main agak2 aje jd klu sape2 teingin kena lah rujuk pd yg pakar.Aku masak lauk ni pun dah lama masa bulan posa lagi cuma tak sempat nak masuk n3

Isnin, 31 Mei 2010

SHABSYUKKA


SHABSYUKKA
copy madiha
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:
2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis - guna mix vege
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...