DAPUR KECIL KU

Memaparkan catatan dengan label Lauk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lauk. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Disember 2011

ASAM PEDAS KERISIK


Terliur tengok kak ita masak dan katanya anak2 seme suka aku pun try lah masak tp nampaknya kat umah tu seme tak dpt terima kes aku masak guna ikan keli(klu makcik aku masak asam pedas ikan keli blh aje aku mkn tp masak sendiri tak blh lah tiba2 tak lalu nak suap ke mulut hu..hu..syg nangis lah ikan ni) tp kan bau dia memang mengancam betul jd aku rasa klu aku masak guna ikan merah atau pari confirm licin lauk ni he..he..sedapkan hati lah tu.

ASAM PEDAS KERISIK

By : Adnan Ibrahim
Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan
http://fromintankitchen.blogspot.com/

500 gram ikan pari, perap dengan jus limau nipis + garam anggaran 10 minit, cuci bersih dan toskan
Ita guna ikan tenggiri
Sawi jeruk secukupnya, yang ni agak2
1/2 jus asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
3/4 cawan cili kisar
3 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa - jika suka
Air secukupnya
Segenggam daun kesom

Bahan Kisar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 keping nipis hirisan lengkuas
3 biji buah keras
Secubit belacan
1/2 inci kunyit hidup


Panaskan minyak dalam periuk, tumis bawang merah/putih hiris hingga harum
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Tambah bahan kisar dan tumis hingga terbit minyak.
Masukkan air secukupnya dan biar mendidih.
Masukkan ikan, sawi jeruk, daun kesom dan juga kerisik, kacau perlahan.
Masukkan jus asam jawa.
Perasakan dengan garam secukupnya, sedikit gula dan serbuk perasa jika suka.
Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan

Sabtu, 22 Januari 2011

CINCANG KAMBING

Ini resepi tertinggal keretapi sbb nya aku masak masa bulan lepas lagi tp tak sempat2 nak masuk citer jd sementara ada masa ni aku masuk dulu yer.


CINCANG KAMBING
Sumber : Mingguan Wanita - Sajian  Selera(Restoran Maju Garuda-Kg Baru)

Bahan-bahan
1kg daging kambing -potong
1kg santan

Bahan Rencah
1 1/2 sudu besar bawang merah yg telah ditumbuk
1 sudu besar halia
2 sudu besar serbuk kari kambing(guna serbuk kari babas aje)
1 sudu kecil lada putih
 2-3 sudu besar cili giling
10 kuntum cengkih
2 btg serai
2 helai daun kunyit,daun limau purut dan daun salam
4 kuntum bunga lawang
2 sudu susu pekat manis
minyak utk menumis

Cara-cara
1-Tumis semua bahan rencah sehingga wangi
2-Masukkan daging kambing dan kacau hingga mesra dan sehingga keluar minyak
3-Masukkan santan dan masak sehingga mendidih.Kacau selalu agar tidak pecah minyak
4-Setelah daging hampir masak,masukkan susu pekat manis supaya daging tidak berbau hamis

memang sedap sgt2 resepi ni kena aje dgn selera kami sekeluarga.rasa2nya resepi ni pun blh tukar guna daging lembu tp nak lebih kaw kena campur tulang sikit baru ada umphhh..

Selasa, 21 September 2010

UDANG SOS LIMAU PURUT

Aku tengok ramai sgt duk layan lauk ni so nak cuba gak tp aku punya udang kecik benor tu pasal tak nampak sgt rupa udang nya tu.Mula2 aku tengok koi masak sampai ari ni pun duk asyik mkn lauk tu aje.lepas tu kak nor terengganu.



IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT

copy kOI
Bahan :
2 ekor ikan bawal ~ k.nor guna ikan talapia - kOi guna udang
1/4 cawan tepung serbaguna - buat tepung sendiri jer haha
2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskanminyak utk menggoreng
Bersihkan ikan dan keringkan.Salut dgn tepung(kering) dan goreng hingga keemasan.Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.

Utk Sos :
5 ulas bawang putih ~ dicincang
3 ulas bawang merah ~ dicincang
5 bj cili padi hijau ~ diicincang
5 bj cili padi merah ~ dicincang
3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
3 sudu besar sos tiram
1/4 cawan cuka
3 sudu besar sos ikan
2 - 3 sudu besar gula
garam secukup rasa
1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam - guna kiub ikan bilis
1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit airminyak

Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.
Masak hingga mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.
Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng

Isnin, 20 September 2010

ASAM PEDAS TETEL


Lauk yg di request dari chef kat umah.katanya teringin nak mkn asam pedas daging yg ada lemak2 tu.aku pun ckp lah abah gi beli barang ibu masakan(konon2 mcm pandai aje padahal seumur hidup sekali pun aku tak pernah masak lauk ni) Elok aje seme brg dah siap2 aku pun gi ler cari kawan baik aku apa lagi buku resepi bergerak aku buka dapur cik mat gebu pastu buka dapur lain resepinya lebih kurang aje cuma dia org letak lengkuas dlm resepi ni dan aku pulak masak sebijik sejibik mcm masak asam pedas ikan tu cuma aku rebus dulu danging pastu baru tumis asing bhn2 kisar kemudian campur sekali dan terhasilah asam pedas tetel versi ku ini.utk resepi aku main agak2 aje jd klu sape2 teingin kena lah rujuk pd yg pakar.Aku masak lauk ni pun dah lama masa bulan posa lagi cuma tak sempat nak masuk n3

Rabu, 25 Ogos 2010

GULAI TELUR

Menu bukak posa hari senin ketandusan idea nak masak last2 aku msak aje gulai telur ayam ni.msk pun tak byk 3 biji utk berbuka 2 biji utk sahur.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...