DAPUR KECIL KU

Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Air. Papar semua catatan

Selasa, 26 Julai 2011

HOT CHOCOLATE

Kisah tergoda dgn mat gebu...alamak gosip lah.
bukan aku tergoda dgn cik mat(kenal pun tak mcm mana nak tergoda yer)
tergoda dgn hot chocolate yg cik mat buat memang best sgt2
kembar pun suka siap sapu dgn jari lagi mana2 coklat yg terlekat kat mug tu
sedap sungguh agaknya tp bila aku minum ok lah klu byk2 blh uweek gak sbb susu tu
HOT CHOCOLATE


MAT GEBU

http://www.tiffinbiru.com/2011/06/hot-chocolatesatu.html

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 ml susu segar @ susu rendah lemak

25 gram coklat susu (resipi asal guna dark chocolate), potong kecil

1 camca besar serbuk koko

1 camca besar gula pasir

2 camca besar whipping cream



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan susu hingga suam, masukkan serbuk koko dan coklat susu, kacau hingga larut. Tambah gula dan kacau hingga gula larut.

Tuang dalam cawan yang sesuai, letak perlahan whipping cream atasnya dan bentukkan ikut kreativiti masing2. Hidangkan panas bersama biskut kegemaran

Isnin, 29 November 2010

MENU UTK TETAMU JAUH

Salam isnin...
smlm adik perempuan  aku ada dtg ke rumah kerana nak menghadiri kovokesyen UiTM adik ipar jd dah alang2 dtg tu aku jemput lah dia dtg bwk mertuanya sekali dtg mkn nasi kat umah ku iteww..segan pun ada yelah umah sempit aje serba kekurangan org kata tp aku memang suka klu ada tamu nak dtg ke rumah ha..ha..sbb aku boleh masak mcm2 tp kali ni dia org dtg aku tak masak byk sbb tak byk masa campur dgn keje umah yg melambak2.aku cuma sempat jamu ini aje lah
patutnya ada satu lagi pencuci mulut ia itu bubur pulut hitam tp aku lupa nak ambik gambar lak.takpelah aku letak aje gambar  lain he..he..
terima kasih pd mariah & family mertua yg sudi dtg ke rumah angah ni walaupun kecik umahnya tp meriah lak bila kumpul ramai2.sorry lah aku tak ambik gambar sbb kureng sesuai dan segan ler dgn mentua adik ku itu.
Dah lama benor nak masak nasi daging ni dr dunia fp sampai buka blog ni ler baru menjadi nya itu pun sbb ada dpt daging korban yg sujah bg campur aku beli lah sekali sbb daging korban tu tak banyak sgt cukup utk aku satu family aje tp ini dah ramai kena tambahlah kan.campur lak dgn ayam sbb mana tau kot2 ada yg tak mkn daging.Smlm habis aje majlis konvo terus dia dtg umah,adik aku ckp siap2 masak best2 tau kita org lapor ni sbb tak mkn dr pg.alahai kesiannya dia org kena menunggu dr kul 7 pg kat dewan tu sampai tak sempat nak mkn.Lebih kurang kul 2 lebih baru mereka sampai alisya sampai dah tak bebaju kepanasan pakai pampers aje.Aku pun jamulah mereka dgn air lime crush yg resepinya dr majalah mingguan wanita keluaran thn 2003(lama tu masa ni aku baru kawen lah)


Lime Crush

Bahan2
limau nipis
gula
ais cream soda
air
ais

cara2
bancuh dulu limau nipis dgn gula dan juga air sampai gula larut kemudian campurkan dgn soda kemudian tambah air batu sedia di hidangkan.

sgt sedap bila minum musim panas tp aku buat musim hujan lak

Isnin, 18 Oktober 2010

STRAWBERRY SMOOTIES


STRAWBERRY SMOOTIES

bahan-bahan
buah strawbery
susu pekat
air secukupnya
ais

masukkan kesemua bahan2 dlm blender.blend sampai strawberry hancur dan boleh lah di hidangkan lagi best klu ada ais krim

Khamis, 12 Ogos 2010

LAI CHI KANG


LAI CHI KANG

copy /suejoshua

BAHAN-BAHANNYA:

•8 biji kembang Semangkuk - direndam dengan air panas hingga kembang

•1 cawan longan Kering

•1 tin besar laici - diambil laicinya saja dan dipotong kecil

•1/2 cawan biji selasih - direndam dengan air hingga kembang

•1/2 cawan cincau - dicincang

•1/2 cawan kismis

•1 cawan gula Kundur/halwa kundur - dipotong dadu

•1 cawan gula Melaka

•1/2 cawan gula merah

•1 cawan kurma Kering Cina (warna merah)

•1/2 cawan kacang tanah - disangai tanpa minyak dan buang kulitnya

•1/2 cawan badam - disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya

CARA-CARANYA:

•Masukkan air secukupnya didalam periuk, rebus gula melaka, gula merah bersama longan kering, kacau hingga gula melaka, gula merah, gula pasir larut dan longan kering kelihatan lembut.

•Dalam bekas berlainan, masukkan kurma kering Cina bersama gula kundur, kemudian masukkan pula air rebusan tadi ke dalam bekas tersebut.

•Kacau semua bahan yang telah dicampurkan.

•Masuk kembang semangkuk, biji selasih, kismis, cincau, laici, badam dan kacang tanah.

•Kacau lagi semua bahan sehingga rata dan kalau terlalu manis bolehlah ditambah dengan air sejuk atau panas.

•bolehlah dihidangkan sejuk atau panas

Selasa, 20 Julai 2010

JUS ALPOKAT/AVOKADO


JUS ALPOKAT


copy http://mylildreamz.blogspot.com/2009/08/avocado-jusjus-alpukat.html

Serving untuk 2 orang.
Bahan-bahan:

Bahan A
Avocado - 2 biji(guna 1 biji aje)
Fresh Milk - 1 mug besar
Susu pekat - 2 sudu besar
Ais- 6-8 ketul-tak letak guna air sejuk dlm peti aje

Bahan B
Coklat Hershey's - secukup rasa-tak letak pun

Cara-cara:
Masukkan semua bahan A ke dalam blender dan blend sehingga sebati..make sure ais tu blend sampai hancur...
Masukkan hasil blender tadi ke dalam gelas cantik atau mug dan letak la Hershey's sebagai topping..kalau nak rase manis letak banyak2

makan dgn santan+garam+gula pun best jugak

Khamis, 10 Jun 2010

CHAI LATTE

CHAI LATTE


Bahan-bahanya ( menghasilkan lebih kurang 3 cawan Chai)

1 sudu besar serbuk teh india ( kalau guna teh jenama BOH kena lebihkan lagi 1 sudu besar)- ibu guna Teh BOH aje

1 batang kulit kayu manis atau 1 sudu kecil serbuk cinnamon

4 biji buah pelaga(se eloknya kurang kan sikit)

3 biji cengkih

1/4 buku halia saiz kecil ( dihiris nipis atau disagat)

175ml susu segar-ibu guna susu cair

350 ml air

2 sudu besar gula-terasa mcm manis sgt lah lain kali kena kurangkan sikit

Selasa, 23 Mac 2010

LIME CRUSH

LIME CRUSH
sumber mingguan wanita

Bahan-bahan
1/2 biji limau nipis-ambil jus nya
250 mlm ice cream soda
gula dan air batu secukupnya

blend semua bahan2 dia atas sedia di hidangkan

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...