DAPUR KECIL KU

Jumaat, 27 Januari 2012

ORANGE MARBLE CHEESE BAR CAKE

Orange Marble Cheese Bar Cake by ilhamdapur.blogspot.com


Bahan-bahan (loyang 7x7)
Bahan A
40ml sunquick orange
50g mentega - cairkan dan sejukkan sekejap
2 kuning telur saiz A
60g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1-2 titik pewarna orange

Bahan B
2 putih telur saiz A
40g gula halus
1/8 sudu kecil garam

Bahan C
200g cream cheese suhu bilik
1 biji telur saiz A
50g gula halus
1/2 sudu kecil lemon jus

Cara
1. Panaskan oven 160 C. Alas loyang dengan kertas baking dan biar kertas lebih tinggi dari loyang agar senang nak keluarkan kek nanti. Sediakan air mendidih untuk waterbath.
2. Dalam bekas yang sesuai, satukan semua bahan A dan kacau sebati.
3.Putar bahan B sehingga kental/bertanduk.
4.Masukan bahan no.3 dalam no.2 sikit-sikit dan kaup balik hingga sebati. Ketepikan 2 sudu besar dan masukkan dalam plastik bag, gunting sikit hujungnya untuk buat marble.
5. Tuang dalam loyang dan bakar secara waterbath selama 30-35 minit.
6. Sementara menunggu kek masak. Sediakan lapisan cheese.
7. Putar cream cheese hingga sebati, kemudia masukkan gula, putar lagi. Akhir sekali masukkan lemon jus dan telur dan putar sebati.
8. Tuang terus atas kek yang baru dikeluarkan dari oven. Amik bancuhan kek yang diketepikan tadi dan buat garisan memanjang atas lapisan cheese, kemudian tarik turun guna lidi.
9. Masukkan dalam oven dan bakar lagi secara waterbath selama 30 minit. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam peti selama 8 jam atau semalaman sebelum dipotong.
Teramat lah sedap kek ni.aku buat 2 adunan sbb nak habiskan stok cheese dlm peti.tak rugi utk mencuba tp sendiri mau ingat klu inci ada tambah yer.

EGGLESS FRUIT CAKE~BAKAR

Eggless Fruit Cake / Kek Buah (Bakar)

Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
http://dayangjack.blogspot.com/2012/01/eggless-fruit-cake-kek-buah-tanpa-telur.html

Loyang 20-22 cm
Bahan A :
360 g tepung gandum (ayak 3 kali)
2 sudu kecil baking powder (diayak)
1 sudu kecil soda bikarbonat (diayak)
1/4 sudu kecil serbuk kulit kayu manis - optional
125 ml jus oren

Bahan B :
250 g mentega
300 g mix fruits (dihiris halus atau dicincang)
250 ml susu cair
170 gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
2 sudu besar susu pekat manis atau golden syrup
Bahan untuk taburan : 30 g badam cincang - optional

Cara-cara :
Bahan B : Satukan semua bahan kecuali mix fruits ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sebati. Tutupkan api dan terus masukkan mix fruit. Gaulkan. Selepas itu, sejuk/rendamkan selama 4 jam atau boleh juga disimpan semalaman.

Bahan A : Ayakkan kesemua bahan kecuali jus oren ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian dikacau rata. Barulah disatukan dengan Bahan B tadi. Sebatikan dengan senduk kayu atau spatula sahaja.

Akhir sekali barulah dimasukkan jus oren. Kacau lagi hingga sebati.
Tuangkan ke dalam loyang yang sudah disapukan dengan mentega dan ditaburkan dengan sedikit tepung (jika suka, guna loyang yang mempunyai lubang di tengahnya atau loyang chiffon supaya kek masak sempurna dan tidak mendap di bahagian tengahnya).
Kemudian taburkan badam cincang jika suka.
Bakarlah selama 50 minit atau 1 jam atau sehingga masak pada suhu 160-170C (kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).
Setelah masak, keluarkan dari oven. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.

memang best kek buah ni dan amat2 suke sbb buahnya dah tak jatuh mcm wat sebelum ni.dan apa yg dpt aku pelajari dr kek buah yg sebelum ni kita mesti rendam dahulu buah nya sehingga betul2 kembang barulah buahnya tak jatuh.thanks kak dayang sudi share resepi ni

CHICKEN QUESADILLAS

Chicken Quesadillas by ilhamdapur.blogspot.com

Bahan-bahan
4-5 keping roti tortilla - ada jual dibahagian bakeri pasaraya
1 keping isi ayam (dada)
1/2 labu bawang besar - didadu
4-5 sudu besar jagung manis dalam tin, toskan airnya (ayambrand dsb)
1 biji tomato segar - didadu
sedikit daun salad (maz guna jenis yg daun keras panjang tu) @ lada benggala hijau
taco spice secukupnya -tak letak pun tak tau mana nak cari sos ni
sedikit garam - jika perlu
2 sudu besar extra virgin minyak zaitun
mozarella cheese secukupnya
sour cream secukupnya - optional

Cara
1. Lumurkan taco spice secukupnya pada seluruh isi ayam dan panggang sehingga masak (maz guna grill pan je). Boleh juga masak atas kuali leper, tuang minyak zaitun sikit. Angkat dan hiris nipis.
2. Satukan bawang besar, buah tomato, jagung dan daun salad. Perasakan dengan sedikit taco spice dan sedikit garam jika perlu (agak-agak la ye).
3. Susun tortilla dalam loyang, ratakan campuran no.2 atas tortilla, kemudian taburkan mozarella cheese secukupnya dan tuang sedikit minyak zaitun.
4. Masukkan dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 C dan bakar sehingga cheese cair. Angkat dan lipat dan potong dua. Sedia untuk dinikmati, boleh juga dihidangkan bersama sour cream jika suka.


Note ~ kita tak bakar guna oven tapi bakar dlm pan aje lipat 2 so terhasilah mcm dlm gambar tu dan rasanya memang sedap gilerrr..

AYAM MENTEGA

Order dah skrg kita tayang lauk pauk lak
ini dah lama masak ni sampai dah lupa rasanya he..he..takdelah memang best lauk ni cuma aku rasa lauk2 mcm ni lagi best klu meratah aje klu mkn dgn nasi mcm tak kena lak sbb ada rasa lemak2 susu tu.tq pd empunya resepi nya.

AYAM MENTEGA

http://skybluemelleymey.blogspot.com/2011/11/ayam-mentega.html

Bhn²
250 gm dada ayam _ potong kecil
2 tangkai daun kari _ d cincang
2 biji cili padi _ potong 2
50 gm mentega
1 ulas bawang merah _ d cincang
2 ulas bawang putih _ d cincang
Tepung jagung secukup kegunaan
Minyak untuk menggoreng

Bhn² A
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp gula
1 1/2 tbsp tepung kastard
1 biji telur bersaiz kecil
Garam secukup rasa

Bhn² B
1 cawan susu cair
1/2 tsp perencah pati ayam Tumix
1 biji telur bersaiz kecil
Sedikit gula
Garam secukup rasa

Cara²
Gaul ayam bersama bhn² A dan perap selama 30 minit.
Saluti ayam bersama tepung jagung dan goreng ayam hingga masak keperangan.. Angkat dan ketepikan.
D dalam kuali yang lain.. panaskan mentega dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
Kemudian masukkan daun kari dan cili padi.. Tumis lagi hingga terbit aromanya.
Masukkan bhn² B dan kacau rata.. Setelah sedikit pekat bolehlah d masukkan ayam goreng tadi.
Gaul rata dan sesuaikan rasa.
Tutupkan api dan hidang.

ORDER

Salam..
Kita update order dulu tp sayang order yg byk2 tu seme gambar dah terdelete hu..hu.. nak wat mcm mana tengok dlm Fb aje lah yer.ada ke org nak tengok???perasan betul..
apa pun Happy Chinese New Year utk seme kawan2 yg sambut aku yg tak sambung lagi seronok sbb dpt cuti lama sikit.hari ni baru start keje balik hu..hu..tak syok lak msk opis.Masa cuti baru ni aku gi jln2 mkn angin saje nak tukar angin nanti aku masuk gambar skrg tengok gambar order yg belum padam lagi ni.Jadi klu sape2 nak order boleh lah order cuma call aje 019-9543616(ida)
order dr kak aizar classmate masa poli dulu sempena majlis naik rumah baru.jauh betul rumahnya kat taman botani klang sik baik aku tak sesat masa gi sana.

order dari abg man rapid sempena besday dia - carrot cake

order dr kak azizah utk mkn2-cream puff
order dr budak telekom utk rasa2 dulu sebelum order bg majlis kawen nya.kenapa ada corak huruf2 tu sbb utk tanda filling ada kat dlm tu.alhamdulillah confirm utk majlis kawen dia nanti.
utk sape2 nak rasa sample blh jugak order harga nya sama utk yg mcm ni cuma RM15 dan seme filling ada.corak boleh bincang kemudian.
order dr eunice sempena besday anak dia utk bg kat staff
order dr siapa aku pun tak tau cuma yg aku tau dia datang kat gerai bihun sup dan order dgn tokey bakso(kak nani) kemudian aku pun pass aje kat kak nani tu.

Selasa, 17 Januari 2012

PENGUMUMAN...KEPADA SEMUA CUSTOMER

PENGUMUMAN..

KEPADA SEMUA CUST. YG AMAT2 DI HARGAI DAN DI SAYANGGI..
SAYA AKAN MENUTUP ORDER BERMULA DARI HARI INI SEHINGGA 25 JAN 2012
INI DISEBABKAN ORDER UTK MINGGU INI SEMUA DAH PENUH DAN BEGITU PACK UTK SAMBUTAN CNY DAN MINGGU DEPAN TUAN RUMAH NAK PERGI BERCUTI SAMBIL BALIK KAMPUNG.HARAP MAKLUM..

note~order bknlah byk tp disebabkan diri ku ini seorg pekerja,seorg isteri dan seorg ibu maka nya waktu utk ku menerima tempahan amat2 terbatas.jadi klu sape2 nak order bila time eve mcm ni kena lah chop awal2 supaya aku blh lock terus date tu dari terima order lain.dan aku tidak membuat perkhidmatan delivery harap maklum semua.cuma jika kebetulan kawasan tempahan berhampiran dgn ku akan ku usahakan utk menghantar itu pun jika tiada order yg lain.(sedara sendiri tempah pun kena dtg ambik sendiri tau) utk sebarang pertanyaan sila sms atau call 019-9543616(ida)

Sabtu, 14 Januari 2012

GARLIC ROLL

Salam weekend
mood tak best sbb kena keje
nape lah klu dtg opis ari sabtu memang rasa tak best klu ari lain ok lagi.
roti ni aku wat dah lama lepas sepupu ku madiha buat aku pun nak try gak walaupun aku ni jenis memang tak suka mkn bawang putih.
roti ni klu mkn dgn mushroom soup memang sedap sgt2 tau
aku mkn dgn apa yer dah lupa tp klu tak silap aku mkn dgn sup maggie yg segera itu aje
mai tengok tekstur roti ni gebu ke idak

GARLIC ROLL


By : Suhaina

http://fromintankitchen.blogspot.com/

3 cawan tepung gandum ~ ita guna tepung roti

1 cawan air suam

1 sudu besar yeast

1 sudu teh garam

2 sudu besar gula

2-3 sudu besar olive oil ~ ita letak 2

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut

Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik

Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit

Doh akan naik sekali ganda

Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread

Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap

Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.

Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang

Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.

Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga

Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan

Kita akan mendapat 8 potongan doh

Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis

tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.

Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi

Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.

Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit

Panduan

Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan


CARLIC SPREAD

By : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik

3 ulas bawang putih ~ dicincang halus

2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus

secubit garam ~ ita tambah

sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah

Gaulkan semua bahan

Siap digunakan.

terima kasih kpd penyumbang resepi..

Jumaat, 13 Januari 2012

HAPPY BIRTHDAY ANAK KU~29 DEC

Salam..
taknak ckp apa sbb wordless wenesday..
benornya keje byk tp dah mula rindu dgn blog ku ini jd update dulu kisah sambutan hari lahir kembar bln lepas.lamanya kan.
ini aje yg mampu ibu buat utk puteri kembar ibu ini. mereka lah racun dan mereka juga penawar. Klu takde mereka ibu akan rasa sunyi dan sepi tp jika mereka ada terasa rimas dan geram bila dia org buat perangai tp sekarang dia org dah masuk 5 thn pada 27 Dec lepas.kira dah besar sikit dan faham apa org ckp.

majlis ni buat kat gerai bihun sup aje nak buat kat rumah susah rumahnya sempit.buat menu biasa2 aje.buat pun awal sehari sbb 27 Dec tu ibu dah keje dan kembar pun sibuk nak daftar utk pra sekolah.Anak yg nak sekolah ibu dgn abah yg duk risau.
Kek tu ada 2 biji sbb satu utk abang kembar yg lahir 31 Dec sudah genap 19 thn yer ajis dah kena belajar cara nak hidup sendiri.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...