DAPUR KECIL KU

Jumaat, 29 Julai 2011

MANGGO PANNA COTA

Salam jumaat..
antara deset yg blh dijadikan pencuci mulut bln posa nanti.memang sedap sgt2 tq pd yg sudi ajar dan bg resepi nya





MANGGO PANNA COTA
by: Gert
Sumber: Kak Nor
Translation : Kak Ita
Sumber : Rabiatun

Bahan:
* 7 gm gelatin
* 3 camca besar air
* 2 1/2 cwn susu segar
* 1/4 cawan gula halus
* 1 camca teh esen manggo-guna vanilla
* 1 biji manggo di potong dadu atau hiris
* 1 biji manggo lagi dikisar halus

Cara:

Bancuh galatin bersama air hingga larut
masak susu segar bersama gula sehingga timbul buih2 kecil
Angkat susu dari api dan masukkan esen manggo serta larutan galetin.
Tunggu sehingga sejuk sedikit.
Susun manggo yg telah dihiris di tepi gelas, dan tuang panna cota dalam gelas tersebut.
Simpan dalam peti sejuk semalaman
Bila telah keras letakkan puri manggo diatasnyer. Makan sejuk2 memang best

nota~panna cota mesti di sejukan dlm peti klu di biarkan kat luar satu mlm pun memang tak akan keras

Selasa, 26 Julai 2011

HOT CHOCOLATE

Kisah tergoda dgn mat gebu...alamak gosip lah.
bukan aku tergoda dgn cik mat(kenal pun tak mcm mana nak tergoda yer)
tergoda dgn hot chocolate yg cik mat buat memang best sgt2
kembar pun suka siap sapu dgn jari lagi mana2 coklat yg terlekat kat mug tu
sedap sungguh agaknya tp bila aku minum ok lah klu byk2 blh uweek gak sbb susu tu
HOT CHOCOLATE


MAT GEBU

http://www.tiffinbiru.com/2011/06/hot-chocolatesatu.html

BAHAN-BAHANNYA :-)

250 ml susu segar @ susu rendah lemak

25 gram coklat susu (resipi asal guna dark chocolate), potong kecil

1 camca besar serbuk koko

1 camca besar gula pasir

2 camca besar whipping cream



CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan susu hingga suam, masukkan serbuk koko dan coklat susu, kacau hingga larut. Tambah gula dan kacau hingga gula larut.

Tuang dalam cawan yang sesuai, letak perlahan whipping cream atasnya dan bentukkan ikut kreativiti masing2. Hidangkan panas bersama biskut kegemaran

DONUT CAKCIBUR

Salam ...
speed perlahan aje busy sgt2


DONUT CAKCIBUR


Bahan-bahan ( 20 - 30 biji bergantung pada saiz )
• 1 biji ubi kentang sederhana besar
• 5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
• 1/3 cawan @ 73 gm minyak masak
• 1/3 cawan @ 73 gm air suam
• 1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
• 1 sudu besar gula
• 1 sudu teh garam
• 500 gm gandum

Cara-cara

1. Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.

2. Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.

3. Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.

4. Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe.

5. Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda

6. Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

Khamis, 21 Julai 2011

APAM LADYBIRD

Salam …


Dah lama tak update bkn malas tp biasalah nak masuk n3 sekali error pulak klu update kat umah tenet lemau kat opis tenet selalu forbidden(blok ler apa lagi) jd nak memudahkan keje aku terpaksa taip dulu cerita kat dlm word kemudian copy masuk blog dah jd dua keje lak.tp apa pun aku tetap lah akan update Cuma lambat dgn cepat aje he..he..ini xperimen semalam saje2 gatal nak buat ladybird.alhamdulillah menjadi dan sedap.bln lepas aku dah buat tapi semua mekar sejambak ladybird jd terbelah dada nya agaknya nak tunjukkan betapa cintanya begitu dalam sampai terbelah dada.(aku takde lah masuk n3 maklumlah tak menjadi)

Smlm buat rasa puas hati sgt2 sbb menjadi rupanya dan rasanya pun sedap walaupun agak remeh sbb nak lukis ladybird tu tp bila dah masak tengok cantik betul(puji diri sendiri lah pulak)Cuma apa yg penting api mesti gunakan yg betul2 perlahan baru tak mekar sejambak.terima kasih kpd empunya resepi(aku tak tau sape punya sbb dah ramai sgt yg buat)





Bahan-bahan (lebih 50 biji papercup kecil) :

3 biji telur - dari peti sejuk

275 gm tepung gandum

220 gm gula halus

150gm susu segar

3 sudu teh baking powder

1 sudu kecil ovallete

Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)

Cara-cara :

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.

2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

5. Picitkan blueberry filling secukupnya.

6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.

7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit

Jumaat, 15 Julai 2011

ROTI CANAI

Salam jumaat utk semua kawan2


Ari ni aku posa jd malas lah nak ronda2 sgt takut ada pulak yg terliur kan dan mula nak buat mcm2.Aku tak perasan pulak yg ari ni nisfu shaaban td masa gi umah kak nor SG garam baru tau.(Nampak sgt tak menghayati) Apa2pun selamat berpuasa juga utk kawan2 lain.klu dulu masa duk kat kg aku lah org yg paling sibuk duk pikir mlm ni nak bawa apa gi surau utk buat morey.kdg tu kul 6 ptg aku dah tercongok duk kat tangga surau(surau memang dekat dgn umah selang sebuah rumah aje dr umah ku)nak masuk dlm takut jd duk luar.surau ni pulak dlm kawasan kubur jd nama surau ni surau kubur(klu sape pernah duduk di Dungun mesti tau)kat surau ni gak aku mula belajar kelas fardu ain dan sampai sekarang kelas tu wujud lagi Cuma klu dulu hanya ust aje yg ajar skrg ustazah pun dah ada(iyelah anak murid dulu dah jd ustzah dah) Aikkk..asal aku citer pasal surau pulak,saje utk mengembalikan nostalgia zaman kanak2 dulu.

Ok berbalik kpd tajuk yer.aku nak tunjukan aku punya roti canai yg tak berapa Nampak canainya sbb aku memang tak pandai nak tebar he..he..ini pun main tarik2 aje tapi bos besar ckp sedap kena pulak dgn kari kepala ikan tu pehhh..tp bila dah sejuk mcm liat sikit lah mungkin aku punya roti canai tu tebal kot.Thank a lot utk CT yg duk nun penang agaknya bila kita nak jumpa yer CT?selalu dgr suara aje,suara pulak ala2 manja gitu

ROTI CANAI

http://ummiesya.blogspot.com/2010/03/murtabak-resepi-turun-temurun.html

Kulit(Doh)



Tepung Gandum 3cawan

Gula 1sb

Susu pekat 1sb

Garam 1st

Telur 1biji

Air (Aku agak2 jer,lbh kurang 1cawan)Kalu guna air kelapa lagi sedap,kulit pun lembut jer,wlpun dah sejuk..Kalu nak wat roti canai pun guna resepi ni gak..



Cara

Campur air,gula,su2 pekat,garam n telur..Kacau rata,masukkan tepung n uli sampai adunan xmlekat di jari..Bahagikan adunan pada bebola kecik,ambik planta n sapu pada semua bebola tadi(tujuannyer supaya doh tadi xmelekat n bercantum lagi..Biarkan bbrapa jam(Aku wat doh pagi,n ptg baru la start masak..Baru la doh tadi lembut n senang nak tebar)Aku xreti nak tebar,dulu xnak bljaq kat arwah ayah,so aku letak atas talam n tarik2 sampai nipis la..

Khamis, 14 Julai 2011

CHEESE PUDDING

Ini pulak kira desert lah selepas nasi ketumbar dan ayam mayonis tu.sebelum aku buat pudding ni aku tanya dulu my cousin ku Madiha sedap tak pudding ni katanya sedap sgt ini yg bertambah2 berkobar nak buatnya jd apa lg balik keje ari jumaat 2 minggu lepas aku pun gi ler beli biskut cheese jenama julies tu.biskut tu mkn mcm tu aje pun memang sedap kan apa tah lagi klu dah di baut pudding mesti lagilah sedap kan .jom layan resepi pulak.aku buh warna merah separuh warna ori separuh itu pasal pudding aku ada dua color he..he..




CHEESE PUDING
http://homekreation-recipes.blogspot.com/2011/02/cheese-pudding.html

By: Roz@HomeKreation

Makes 8" square

INGREDIENTS:

13g Jelly / Agar-Agar Powder

1 liter Water

120g Sugar

3 Eggs

120-150g Cheese Crackers - blend finely

1 tbsp Custard Powder

400ml Evaporated/Fresh Milk

200g Condensed Milk

50g Butter



METHOD:

1. Boil jelly powder with water until dissolved. Stir frequently.

Add in sugar & boil until dissolved.Stir frequently.



2. Beat egg until smooth & mix in cheese cracker & custard powder.

Add in milk & blend well.



Pour into jelly mixture & once boil, off the heat.

Add in butter & mix well.



3. Pour into a tin and let it set at room temperature.

Serve chilled.

**************************************************************************



BAHASA MALAYSIA VERSION

Puding cheese yang hanya menggunakan biskut cheese tapi tetap sedap & rasa yg lemak berkrim.



Saiz 8" persegi

BAHAN2:

13g Serbuk Agar-Agar

1 liter Air

120g Gula

3 biji Telur

120-150g Biskut Cheese - blend halus

1 sb Tepung Kastad

400ml Susu Cair

200g Susu Pekat

50g Mentega



CARA2:

1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.

Masukkan gula & kacau sehingga sebati.



2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.

Masukkan susu & kacau sebati.

Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.

Masukkan mentega sehingga sebati.



3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.

Sejukkan sebelum di hidangkan.

AYAM MAYONIS

Ini lah dia gandingan dengan nasi ketumbar tadi.Lauk yg amat2 sedap dan seakan2 ayam masak merah dan ayam masala klu di masak kering.Masaknya mudah aje.org kata pejam mata pun blh masak tp klu pejam mata ada terpegang kuali panas pulak kan.Jom tengok resepi yg asalnya dari saji ni.sebelum ni memang dah ramai cuba tp aku idak lah tergoda tengok mcm tu aje langsung tak terliur sekali tengok kak anmyz masak mcm best aje itu yg buat tu,tp tak buat lah pedas sgt nanti kembar tak blh mkn pulak tp tetap buat jugak ayam goring oats yg memang menjadi kegemaran dia org sekarang ni.Suka pulak aku tengok kembar dah mula berselera mkn jd ibu dia ni makin rajin lah(kembar selera mkn bersebab tau kerana dia org dah mkn vitamin C yg abah dia punya tp ¼ dr vitamin tu lah harap2 berterusan dia org punya selera jd aku tak payah beli susu Dugro lagi utk dia org)




AYAM MAYONIS
Saji online

Bahan-bahan:
600 gm daging ayam - dipotong kecil dan dibersihkan
1 labu bawang besar - mayang
4 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - mayang
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar mayonis
2 sudu besar sos cili
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada hitam
7 keping cendawan kering - rendam dalam air panas dan hiris
2 tangkai daun ketumbar - potong 2 cm
3/4 cawan air
1 1/4 cawan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakan:
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan ayam yang sudah digaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Kacau hingga rata dan tutup kuali kemudian biarkan hingga ayam empuk. Angkat dan ketepikan. (Ayam digoreng sekadar masak saja, tidak perlu garing)
2. Buangkan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan cili kisar. Kacau hingga rata dan biarkan hingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan bahan-bahan yang dimayang kemudian kacau hingga naik aromanya.
4. Masukkan air, cendawan, serbuk lada hitam, garam dan gula. Kacau lagi hingga rata.
5. Masukkan ayam goreng, sos cili serta mayonis kemudian terus padamkan api.
6. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan kacau lagi hingga rata. Hidang panas-panas bersama nasi.

kali ke 2 masak hampir 3 ekor ayam fuhhh meletup mkn nya

NASI KETUMBAR

Salam…


Serkarang ni memang susah betul nak masuk N3 klu kat umah nak download gambar lembab kat opis pulak dah kena blok seme tp aku tetap ada cara nya Cuma klu lambat save seme yg dah taip akan hilang,dugaan betul(itulah bos bg gaji suruh buat keje bkn ronda2 tenet ni)

Tapi aku bkn tak buat keje aku tetap siapkan keje on time tau takde ngelat2 bila keje dah selesai baru aku ngadap tenet.Tapi sekrang ni bila tenet dah kena blok Cuma yg blh buka yg berkaitan dgn keje mcm JPJ tu blh lah.mula lah rasa boring yg amat yelah keje seme dah siap(tp bkn abis seme lah) mulalah aku merayau kat tempat keje org lain malas nak duduk tempat sendiri.Ok kita tutup dulu citer pasal opis skrang kita tengok menu nasi yg amat mudah dan senang dan yg pastinya sedap aku pun buat sampai 2 kali youuu…mula2 tengok kat dapur kat anmyz dia buat ayam mayonis katanya sedap jd aku pun cubalah tp duk pikir nak di gandingkan dgn apa yer.langsung ler aku tengok kat anmyz mkn dgn nasi ketumbar aku pun apa lagi buat lah jugak.sedap memang kena aje dgn lauk tu.thanks a lot kat anmyz yg telah menyarakan sy masak lauk tu yer.sedap tak rugi mencuba.



NASI KETUMBAR

Myresepi

Bahan-bahan ( 7 orang )
500g beras
3 s/b mentega
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus) -potong aje
sedikit garam
*tambah kulit kayu manis,cengkih,buah pelaga dan bunga lawang utk tumis
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
basuh beras dan toskan
cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau
tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.
masak kali ke 2 guna 1 kg beras basmathi

SELAMAT PENGANTIN BARU ~ PIZAH & PAE

Salam..
Buat kenangan kawan2 ku..
Majlis perkahwinan dua beradik iaitu

Kakak atau  Norpaezah dan Zulfadli
Norhafizah dan Suhaimi

Sabtu, 9 Julai 2011

TUKISH PIDE


TURKISH PIDE

resipi: KAK DIANA
sumber : Kak Ayu, Ika & K.Nor

Bahan Doh pide
480 g tepung roti
375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)Aku pon letak 300ml sma kak nor
60 ml minyak zaitun
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam,
secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor

Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis-tak letak pun
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk hot cayenne
1/2 sudu teh serbuk cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur(Aku guna 2biji ajer trmasuk utk sapuan)
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
*Aku add capsicum merah n hijau,button mushroom

Bahan sapuan pide
50ml susu segar
1 biji telur


Cara membuat pide
Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.

.Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'

Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.

.Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.

(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).



Cara Inti Pide

Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.

Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan

Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.



Cara membuat pide

Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.

Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.

Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).

Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu

.Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.

Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.

Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas

PAI PISANG BADAM

PAI PISANG BADAM

Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

Bahan Untuk Doh:-
125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
2 biji telor gred C

Bahan Untuk Filling:-
175 gm mentegAa
100 gm gula kastor
100 gm badam kisar/serbuk
50 gm tepung gandum
3 biji telor gred B
pisang secukupnya - dihiris nipis menyerong

Cara-Cara (Untuk Doh) :-
Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor dan pukul hingga kembang.
Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul lagi.
Seterusnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
Uli biar jadi doh yang lembut dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Keluarkan dari peti sejuk dan canai doh kira-kira setebal 5 mm.
Angkat doh dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan pai dan tekan-tekan biar kemas. Cucuk-cucuk sikit permukaan doh dengan garfu baru dituang filling.

Untuk Filling :-
Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Masukkan ula badam hancur tadi dan gaul rata dan sebati.
Tuangkan filling ke dalam doh pai tadi, ratakan.
Atur hirisan pisang ikut cara sendiri dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit/masak sepenuhnya hingga berwarna kuning keemasan.
Hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang

memang sedap sgt2 aku siapa buat 2 kali lagi he..he..

KOSUI PANDAN

salam..
terasa pelik sikit sbb update blog kat umah itu pun mlm2 klu siang2 memang tak sempat.lepas ni pun rasanya makin lambat lah aku masuk n3 sbb kat opis dah tak blh nak update blog lagi semua IT dah blok ingtkan blok fb aje rupanya semua kena jd memang takde lagi lah nak bertandang umah kawan2,sorry lah klu ada yg tanya apa2 aku tak menjawab nak jawab kena bukan pc kat umah dulu itupun klu rajin tiba lain malas memang tak bukak langsung lah
skrg aku masuk dulu mana2 resepi yg aku dah try minggu lepas yer
Kosui Pandan
(loyang 9 inci)

Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
http://mamawandiha.blogspot.com/2011/06/kuih-kosui-pandan.html

Bahan A
1 1/3 cawan gula pasir (kalau suka lebih manis boleh tambah ikut citarasa sendiri)
1 cawan + 1 sudu besar tepong gandum
1 cawan tepong ubi (kurangkan 1 sudu besar dari 1 cawan tadi
½ cawan tepong beras

Bahan B
300 ml jus daun pandan (350 ml air dikisar bersama 12 helai daun pandan & sukat 300 ml jus pandan)
600 ml air biasa
2 sudu kecil air kapur

Bahan C
Kelapa parut putih secukupnya (guna kelapa parut berkulit basah)
Garam secukupnya

Cara Menyediakan
1. Panaskan periuk kukusan dengan air yang secukupnya.
2. Dalam satu bekas/besin yang sesuai.. campurkan kesemua bahan2 A. Gaul rata.
3. Masukkan bahan B ke dalam bahan A sikit demi sikit sambil dibancuh/ dikacau rata. Gunakan whisker lebih memudahkan. Kacau sehingga gula larut.
4. Apabila air kukusan sudah mendidih. Tapiskan bancuhan ke dalam loyang bersaiz 9". (Jangan tapiskan awal2 bancuhan ini ke dalam loyang kerana ia akan sedikit termendap jika berbuat demikian & ini akan membuatkan tekstur kuih keras di bawah & lembut dibahagian atas) Tutup loyang dengan aluminum foil supaya wap tak jatuh atas kuih. Kukus kuih selama 35 ~ 40 minit atau hingga kuih masak. Jika tiada aluminium foil.. balut penutup pengukus dengan kain bersih supaya wap tak jatuh atas kuih. Jika masih terdapat wap / air di atas permukaan kuih selepas kuih masak.. boleh serapkan air tersebut perlahan2 dengan kitchen towel (tisu dapur) & buangkan tisu tersebut.
5. Sejukkan kuih betul2 sebelum dipotong. Hidang bersama dengan kelapa parut yang digaul kelapa.


komen - memang betul2 sedap jd sape yg belum cuba cepat2 cuba yer

Isnin, 4 Julai 2011

PAU AYAM

Salam.
Hari permulaan utk minggu yg baru.biasalah mood mcm malas ada begap pun ada dan dlm kepala mula dtg idea gi jumpa doc pun blh ni ada sakit sikit2 suara pun dah ala2 ella aje tp bila ingt itu semua kerja org malas nanti dah betul2 sakit teruk lg susah jd kuatkan semangat gi keje sbb ibu dan bapa adalah contoh utk anak2 klu mak dan bapaknya malas anak lagilah berganda2 malasnya betul tak.Ingat...kita yg mencorakan anak2 dari dia baby tp klu dah dr baby manjakan sgt memang naik lemak lah.
Aku ni apa ke hal citer pasal anak pulak yer...he..he..kisah anak2 lah pg ni kat MHI.aku ni sebelum gi keje pg2 bukan tv dulu tengok dan dengar apa isu semasa dan terkini.biasanya aku on aje tv lepas tu buat lah apa2 keje kira mcm dengar radio lah.sekurang2nya tau gak apa2 isu semasa skrg ni dan dengar berita2 terkini.Rutin aku klu hari keje bangun jam 5.30pg atau 6 pg(ni kira dah malas lah) mandi solat semua buka tv dlm 6.15 klu time ni ada lah rancangan ulang tayang 6.30 MHI kul 7pg berita (wahhh mcm dah hafal jadual siaran pulak)tp skrg ni mari kita tengok aku punya pau ayam ni dulu.sedap klu mkn panas2 buat ni pun masa ari aku ambik mc.doc bg mc suruh rehat yg aku blk umah cari resepi he..he..sib baik dah ok sakitnya.alah sakit org malas mcm tu lah sakit sikit aje yg M tu aje yg byk.Resepi ni dr my resepi yg di sumbangkan oleh yani yg memang glamour klu kat my resepi.kebanyakan resepi yani semua best2 belaka.


PAU
sumber http://www.myresipi.com/top/detail/1108

Bahan-bahan ( 8 biji )

300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

Cara-cara
1.Masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata. +2.Campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut.
3.Masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin.
4.Masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat.
5.Penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk.
6.Utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik.
7.Tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
8.Ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat.
9.Utk inti tu, boleh rujuk resepi pau dr mat gebu or pau kari ayam dr jun atau boleh juga letak apa saja inti ikut kesukaan masing-masing.
10.Saya letak inti krim coklat dan juga sardin. (Abihkan stok yg ada sebenarnya ni.. so takde sukatan yg spesifik utk inti)
11.Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus.
12.Kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan
 

Jumaat, 1 Julai 2011

SWEET & SPICY CHICKEN OATS

Ini pulak menu yg aku masak semalam
apa yg boleh aku katakan adalah
sedap
senang
mudah
ringkas
dan yg penting anak2 suka dan ibu pun setuju he..he..
jumpa resepi ni kat laman myhealthyheart.com.my.byk resepi2 sihat dan sedap




SWEET & SPICY CHICKEN OATS
Quakers Oats

Ingredients
500 g boneless chicken
1 cup Quaker Oats Quick Cook
½ cup corn flour
Pinch of salt
White pepper to taste
1 egg, beaten
2 tsp. fish sauce
Cooking Oil
Curry leaves
5 tsp. Chili Thai Sauce
1 tsp. lemon squeeze

Garnishing
2 cloves shallot, finely chopped-tak letak sbb dlm tai sos dah ada
1 stalk of coriander leave, finely chopped-tak letak sbb tak suka bau dan rasa
5 chili padi, sliced finely-budak nak mkn jd tak letak lah
1 carrot, sliced finely
½ orange; thinly sliced
1 tsp. sesame seeds

Directions

Add Quaker Oat Quick Cook together with corn flour in 1 bowl. Stir thoroughly & put aside
Cut chicken by lengthwise inside measure ½ cm. Marinate chicken with black pepper, pinch of salt & Fish sauce. Add egg & stir well
Dip chicken into oat / corn flour mixture.
Heat cooking oil in saucepan. Deep-fry the chicken with curry leaves till cooked. Drain and set aside.
Add in the cooked chicken, carrot, shallot, coriander leave, sesame seeds & chili padi into dressing bowl.
Use the oranges to decorate the dish on the side
Mix well Thai chili Sauce & Lemon squeeze. Pour into the dressing bowl. Serve immediately

komen memang sedap sgt2 klu ratah mcm tu aje pun sedap.kembar sampai tak cukup sbb ibu cuma buat sekeping aje dada ayam yg besar.jd klu budak2 yg tak blh mkn pedas blh asingkan sblm di gaul dgn cili padi dan daun2 tu yer.

CHOC MOIST CAKE

Salam jumaat
smlm nak masuk n3 gambo tak leh masuk jd kena lah post ari ni pulok walaupun ari ni agak sibuk utk buat report tp kerana semangat tengah ada layan gak blog ni.
Ini resepi aku ambik jauh tau dekat mesir sana he..he..tq mamasya
sumber dr tokey kek kak meen.toce..toce..
sedap sgt2 kek ni dan nak buat pun senang aje

Cho Moist Cake
Sumber; Blog Jasmeen'Kitchen
Copy dapur mamasya

Bahan
3 biji telur gred A - letak 4 biji telur saiz kecil
1 cawan gula kastor
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat
1 sdk esen vanilla
1/2 cawan serbuk coco
1 sdb nescafe tukar guna 3 in 1 coffee
1 cawan tepung gandum
1 sdt baking powder
1 sdt soda bicarbonat
1/2 cawan air panas

Cara
Gris loyang saiz 7inci
Pukul telur & gula menggunakan wisk saja sehingga gula hancur.
Masukkan minyak & susu pekat..kacau rata..
Masukkan serbuk coco, nescafe, & esen vanilla.. kacau hingga likat.
Masukkan tepung yg telah di gaul rata dgn serbuk penaik.
Akhir sekali, masukkan air panas..kacau rata....masukkan dlm loyang.
Bakar atau kukus sehingga masak - lebih kurang 1 jam - bakar 175'C
Dah sejuk, curah coklat ganache.... hidang...


Utk Topping buat topping mudah...resepi jumpa di Fp(tak buat pun cuma cairkan coklat masakan aje)
3 Sudu besar susu pekat
1/4 cwn serbuk koko - ayak
2 sb butter
2 sb fresh milk

Cara

Masak secara double boil.biarkan seketika agar pekat sedikit sebelum dicurahkan atas kek

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...