DAPUR KECIL KU

Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Donut. Papar semua catatan

Khamis, 9 Februari 2012

DONUT BALL



Donut Ball (Resepi II)


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:
*2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
*1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
*1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
*gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)

Cara-cara :
Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan

Selasa, 26 Julai 2011

DONUT CAKCIBUR

Salam ...
speed perlahan aje busy sgt2


DONUT CAKCIBUR


Bahan-bahan ( 20 - 30 biji bergantung pada saiz )
• 1 biji ubi kentang sederhana besar
• 5 gm yis kering @ 1/2 paket mauri pan
• 1/3 cawan @ 73 gm minyak masak
• 1/3 cawan @ 73 gm air suam
• 1/4 tin @ 126 gm susu pekat manis
• 1 sudu besar gula
• 1 sudu teh garam
• 500 gm gandum

Cara-cara

1. Rebus kentang sehingga empuk dan kisar kentang bersama 1 cawan air suam.

2. Satukan yis, gula, air suam, minyak, susu, garam dan kentang kisar.

3. Masukkan tepung sedikit dan kacau dengan hujung jari.

4. Masukkan baki tepung dan uli sehingga menjadi doh. Doh ni memamg lembik sedikit tapi tak pe.

5. Ambil doh dan bulat-bulatkan ikut saiz kesukaan. Susun doh dalam dulang dan biar naik 2 kali ganda

6. Panaskan minyak dan buat lubang ditengah-tengah. Goreng hingga masak.

Rabu, 27 April 2011

DONUT PISANG

Salam..
ini aktiviti 2 minggu lepas.aku tengok pisang kat dapur tu dah lebu(masak ranum) jadi aku pun teringat lah resepi dari izah ni.Tapi aku ni dah tersalah langkah lah padahal izah dah ingtkan awal2 masukkan sedikit demi sedikit air yg aku ni tak baca note terus aje masuk seme dlm BM sudahnya doh aku tak blh nak bulat2kan aku tambah tepung byk gak lah dekat2 2 cwn mcm tu.Bila dah tambah tepung tunggu punya tunggu doh mcm tak berapa naik bayangkanlah aku masukkan bahan2 dlm BM tu dr subuh,lepas masuk seme bahan2 aku gi ler solat seme konon2 bila dah lepas solat blh lah aku terap2 dulu donut ni.tp kita hanya merancang Allah yg tentukan sampai kul 9 pg pun donut aku serupa aje mcm tu jd aku ambik keputusan uli lagi sekali(aku tak keluarkan doh dr BM)setting no8 utk uli doh kemudian biarkan lepas 1 1/2 jam(sampai bunyi ler alarm nya tu) bila aku tengok mak ai naik gebu semacam aje.so lain kali kena uli lama lah klu mcm ni.donutnya memang gebu sgt ada rasa mcm makan cekodok pisang ada roti pisang pun ada ha..ha..tp dah mkn sebiji mcm aku punya tu terus tersandar sbb nya besor kedabak bila dah goreng.Jom tengok resepi ni.tq izah dan yg telah menyumbangkan resepi ni..



DONUT PISANG
Sumber: Bisous A Toi

copy izah

Bahan-bahan:
100g tepung kek(guna gandum biasa aje tp letak baking powder sikit)
400g tepung roti(gandum aje)
100g gula halus
11g yis segera (sepeket)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh bread improver
100 ml air(utk yg guna BM baik letak 60ml air dulu kemudian baru tambah sikit2)
3 biji telur kuning
100g butter
300g pisang lecek ( kurangkan sikit kepada 200g-terpulang kepada keranuman pisang-kita letak 300g pisang mungkin sbb tu jd lembik kot)

Caranya:

1. Ayakkan kedua2 tepung, masukkan yis dan gula. Ratakan adunan.

2. Masukkan garam, kuning telur dan separuh dari air. Kacau rata.

3. Masukkan pula pisang dilecek dan gaul lagi. Kemudian masukkan butter dan uli hingga menjadi doh yang licin dan lembut. Jika doh agak keras boleh ditambah lagi air.

4. Biarkan doh selama 20 minit atau sehingga 2 kali ganda.

5. Bahagikan doh 30g setiap biji dan bentukkan menjadi donut. Biarkan selama 10minit dan goreng hingga kuning keemasan. Taburkan gula atas donut.

Note: Jangan masukkan kesemua air kerana adunan akan menjadi lembik. Untuk langkah berjaga2, masukkan air sedikit demi sedikit.. Semoga yg mencuba ni berjaya hasilkan donut yg best he..he..



tengoklah kegebuan donut ni tp gambar aku la yg tak clear lah.maklumlah guna hp aje.
masa utk buat donut ni hampir 1/2 hari lah utk aku jd klu nak wat sarapan kena buat dr mlm baru dpt mkn pg aku ni nak buat sarapan tp dah jadi utk minum petang lak.

Selasa, 12 April 2011

DONUT

Salam...
Ni cerita dah lama dah buat minggu lepas nun lagi bukan minggu ni yer.buat utk sarapan dan sambil2 nak buat frozen sikit sbb adunan ni byk sgt bg aku yg keluarga kecik ni.(ari ni pun aku ada goreng utk bekal budak2 gi sekolah ok tp aku goreng terlebih garing jd nya keras lah pulak,ni metsi chef ada komen mcm2 bila mkn nanti ni)jom tengok resepi mudah ni.




DONUT

sumber http://azlirazali.blogspot.com/2009/11/donut.html#axzz1I9fo0WAG
Copy http://wattieshomemadecakes.blogspot.com/

Bahan-bahan
500gm (2 1/2 cawan) tepung gandum/ tepung berprotein tinggi
3/4 cawan susu segar UHT
1 camca teh garam
2 sudu besar gula kaster
1 paket/11 gm yis kering (brand mauripan)
3 sudu besar marjerin/mentega 2 biji telur

Cara-cara penyediaan
Campurkan semua bahan dalam bekas dan gaulkan bahan tadi dan aduk/ ulik sehingga menjadi doh yang tidak melekit.(Kita guna BM aje jd senang keje)
Sekira basah campur kan tepung dan sekira kering campur sedikit susu atau air.
Tutup dengan plastik wrap/ tuala basah dan rehatkan doh lebih kurang 40-45 minit atau sehingga doh menjadi dua kali saiz asal.
Tepuk/tumbuk doh yang telah naik itu sehingga leper dan terapkan dengan menggunakan penerap donut 5. Biarkan donut yang tekah diterap sehingga cukup mengembang dalam 20-25 mint.
Goreng dengan minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan.
Donut yang telah masak boleh digaul dengan gula kaster atau disalut dengan coklat masakan

Donut kita wat versi kecik2 jd blh lah byk tp klu utk frozen lebih baik wat versi besar sbb bila kita goreng balik tak jd garing sgt.

Sabtu, 26 Mac 2011

PON DE RING

Menarik dan tertarik dgn rupanya dan aku ingin merasa apa agaknya rasanya jd ke esokan selepas buat kek coklat kukus tu aku pun mulanya xperimen pon de ring ni.bahan2 nya mudah aje so layan aje lah.rasanya se akan2 kueh getas  yg kenyal2 gitu mcm badak pun tp sbb letak tofu lembut jd ada rasa soya tu.agaknya klu letak kelapa muda lagi lemak rasanya(memandai aje aku ni)



RESEPI PON DE RING
source : cookpad.com
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
150g tepung pancake
100g tepung mochi kome @ glutinous rice flour
200-250g tofu lembut
cooking chocolate - dipping


Cara-cara
Uli semua bahan sebati. (Mulakan dgn 200g tofu dahulu..supaya doh tidak terlalu lembik, jika kurang baru tambah skit2..tak perlu semuakan sehingga 250g.. akceli doh mmg sedikit melekat..but dun wori..)
Sediakan kertas minyak yg dipotong empat segi. Basahkan tangan dgn sedikit air. Ambil sedikit adunan dan bulat2kan sebesar duit 10yen.
Susun rapat di atas kertas minyak hingga membentuk gelang.Buat sehingga abis.
Panaskan minyak, goreng donut skali dgn kertas minyak. Biarkan sebentar sehingga donut melekat dan kertas minyak tanggal.Keluarkan kertas tersebut. Goreng lagi hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Cairkan chocolate secara double boiler.. Celupkan separa donut ke dalam choc dan biarkan sejuk.
Donut ini boleh juga di sira dengan gula/madu+aising/dip white@stoberi choc atau letak inti jika suka. Atau taburkan gula macam biasa.

Nota: Jika tiada tepung pancake, mungkin boleh gunakan tepung gandum + 1sm gula + 1sk baking powder + sedikit garam. Dan tepung mochi kome maybe boleh digantikan dgn tepung pulut tp maybe tak se`chewy` mana la kot.. (kita dah cuba cara ni)

Rabu, 16 Februari 2011

APPLE ZEPPOLE/FRIED DOUGH BALL



APPLE ZEPPOLE/FRIED DOUGH BALLS by Gert

source : K.Nor@SecubitGaram

½ stick/4 tbsp of butter
1 cup water
3 tbsp sugar
½ tsp salt
1 cup flour
3 eggs
1 green apple – grated and squeeze out water
1/2 baking powder(sendiri tambah)

Toss together:
4 tbsp of sugar + 1 tsp of cinnamon powder

1. In a medium size saucepan combine the butter, salt, 3 tablespoons of sugar, and water over medium heat. Bring to a boil. Take saucepan off the heat and stir in the flour. Return saucepan to the heat and stir continuously until mixture forms a ball, about 3 to 5 minutes.

2. Transfer the flour mixture to the mixer. Whisk the dough for a minute to cool it down a bit. Add eggs, 1 at a time, incorporating each egg completely before adding the next one. . Beat until smooth. Add in the apple. Mix well and set it aside.

3. Pour enough oil into a frying pan. Heat the oil over medium heat. Using a small ice-cream scooper or 2 small spoons, carefully drop about a tablespoon of the dough into oil. Turn the balls once or twice and fry until golden brown. Removed and drain the oil on paper towel.

4. Toss the Zeppole in the cinnamon sugar. Serve immediately

Note ~ memang sedap klu tak tabur gula pun dah ok rasanya klu tabur gula+cinnamon tu lagi ler tak ingat dunia mkn.
 
aku buat 2 adunan(tamaknya) sbb nak bg kat pengasuh yg jaga kembar.

Isnin, 8 November 2010

DONUT LELA

terasa nak mkn donut jd buat lah lak donut ni.entah kali ke berapa dah buat donut lela ni dah byk kali kot tp saje aje lah tayang kan
DONUT LELA

copy mamafami

Ingredients :
2 big potatoes ~ peeled, cut to small pieces, boiled and mashed
3/4 cup lukewarm milk
2 egg yolks
4 tablespoon sugar
1 teaspoon vanilla essence (I added)
500g all purpose flour
1 tablespoon instant dried yeast
3 tablespoons margarine
Method :

1. Pour the lukewarm milk into the Bread Maker pan. Add in mashed potato, egg yolks, sugar and vanilla essence.
2. Top it with flour. Sprinkle the instant dried yeast on top.
3. Set the Bread Maker to Dough. Once the dough is just incorporated, add in margarine and allow the Bread Maker to finish it's process which takes about 1 1/2 hour including proving.
4. Remove from the pan, punch down to let out air from the doh. Roll to the thickness of 1 cm and cut using the donut cutter.
5. Arrange on a tray lined with plastic for easy handling. Leave for half an hour, covered.
6. Fry till golden brown. Coat with castor sugar or dip in melted cooking chocolate and sprinkle with toppings of your choice

Utk bebudak yg kat umah dan kaum seangkatan he..he..

Isnin, 20 September 2010

DOUGHNUT

Dah lama tak mkn donut jd minggu lepas dlm duk pikir nak wat sarapan apa aku teringatlah kat BM aku dah lama duk betapa sejak bulan posa takde sape nak guna(yelah sape nak guna aku sorang aje yg masak he..he.)teringat donut yg di bakar tu dlm ada inti jem klu wat versi goreng mesti sedap ni dan aku pun buat ler ternyata memang gebu dan lembut walau sampai mlm memang tak tipu cubalah.Aku guna resepi Baked Jam Fillet Doughnut atau blh gi kat sini


Jumaat, 6 Ogos 2010

BAKED JAM FILLED DONUT

Baked Jam Filled Donuts
Source: Gert
Copy: Kak Ummi versi mummyseri mummyseri dan suejoshua dan juga izahdaut

Bahan:-

1/4 cawan air suam

1 tsp sugar

1 tsp yis kering

2 ½ cwn tepung

½ tsp garam

¼ cup gula kastor

3 tbsp mentega yang dicairkan

1 biji telor

¾ cwn susu segar suam

• 2 tbsp mentega cair – for sapuan

• jem atau custard untuk picit dalam donut dan gula icing untuk tabor

Cara-Cara:-

Dalam mangkuk kecil, campurkan yis, 1 tsp gula and 1/4 cawan air suam. Biarkan sebentar hingga naik berbuih.

Dalam mangkuk besar, satukan tepung, garam dan 1/4 cawan gula kastor. Tuangkan bancuhan yis, mentega cair, telor dan susu, gunakan whisk/"mixing spoon" dan adun sehingga adunan benar-beanr sebati (lebihkurang 5 minit). (Doh akan menjadi agak melekit, seperti adunan kek).

Kemudian tutup doh dengan plastic wrap dan biarkan naik hingga dua kali ganda. Sementara itu, gris loyang dan alas dengan kertas baking.

Memandangkan doh sangat melekit, pastikan papan uli ditabur tepung rata-rata. Tuangkan doh ke atas papan adunan. Adunan akan sendirinya "spread out" kerana ia benar2 lembut dan berbintil2/berketul2 (lumpy). Jangan uli atau tepuk kuat, nnt akan hilang udaranya dan donut takkan jadi berangin (airy).

Ratakan sikit doh lebihkurang 2cm, tekan dengan "cookie cutter" yang telah dicelup dengan tepung terlebih dahulu agar tidak melekat, potong doh dan gunakan spatula untuk memindahkan dari papan canai ke atas loyang. Tutup doh dan biarkan rehat selama 20 minit.

Pre-heat oven pada suhu 375 degree F (*akak set 175C). Sapukan donut td dengan mentega cair dan bakar selama 12 minit atau hingga sedikit kekuningan. Keluarkan dan sejukkan di atas rack.

Sediakan piping bag dengan nozzle bulat panjang (Wilton No 402-23o round tip). Picitkan ke dalam donut tersebut dengan jem kesukaan atau jem kastad. Kemudian taburkan icing sugar sebelum dihidangkan


Donut ni jika di buat versi goreng lagi lembut rasanya.

Isnin, 21 Jun 2010

DONUT MALUS DOMESTICA


DONUT CUM PIZZA MALUS DOMESTICA


Source : TopsyTurvyMum

http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/

300ml air suam

80g/1/3 cup melted butter

2 eggs

1 1/2 tsp salt

3 tbsp sugar

600g/4cups bread flour (*akak tambah sikit dlm 20 gm)

2 tsp yeast

Cara-Cara:-

Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting: Dough.

Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).

Satukan bread flour, salt and sugar.Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter.

Pastu tuang yeast.Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam

Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.

Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.



DONUT MALUS DOMESTICA

http://topsyturvymum.blogspot.com/2010/05/donut-malus-domestica-crispy-creme.html

300ml air suam

80g/1/3 cup melted butter

2 eggs

1 1/2 tsp salt

3 tbsp sugar

600g/4cups bread flour

2 tsp yeast

Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting:Dough.

Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).

Satukan bread flour, salt and sugar.

Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter. Pastu tuang yeast.

Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam



Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.

Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.

bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.



300ml air suam

80g/1/3 cup melted butter

2 eggs

1 1/2 tsp salt

3 tbsp sugar

600g/4cups bread flour

2 tsp yeast

Pakai BM, masuk ikut urutan. Setting:Dough.

Kalau pakai tgn, campurkan air suam ngan yeast (biar dlm 5 minit).

Satukan bread flour, salt and sugar.

Buat lubang tengah..masukkan telur yg dipukul sedikit dengan butter. Pastu tuang yeast.

Uli sampai doh tak melekat kat tangan. Tutup doh. Biarkan doh naik selama sejam



Uli setebal 1cm. tekan dgn acuan donut.

Biarkan naik seganda, goreng dgn api sederhana.

bolehlaa letak apa2 atas donut tu..chocolate cair ke..caramel ker..aku suka cinnamon ngan castor sugar je.

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...