PAI PISANG BADAM
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home
Bahan Untuk Doh:-
125 gm mentega tanpa garam
75 gm gula kastor
260 gm tepung gandum
2 biji telor gred C
Bahan Untuk Filling:-
175 gm mentegAa
100 gm gula kastor
100 gm badam kisar/serbuk
50 gm tepung gandum
3 biji telor gred B
pisang secukupnya - dihiris nipis menyerong
Cara-Cara (Untuk Doh) :-
Dalam bekas, satukan mentega dan gula kastor dan pukul hingga kembang.
Kemudian masukkan telor satu persatu dan pukul lagi.
Seterusnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
Uli biar jadi doh yang lembut dan simpan di dalam peti sejuk selama 1/2 jam.
Keluarkan dari peti sejuk dan canai doh kira-kira setebal 5 mm.
Angkat doh dan masukkan perlahan-lahan ke dalam acuan pai dan tekan-tekan biar kemas. Cucuk-cucuk sikit permukaan doh dengan garfu baru dituang filling.
Untuk Filling :-
Pukul gula dan mentega sehingga kembang.
Masukkan telor satu persatu dan pukul lagi hingga kembang dan sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Masukkan ula badam hancur tadi dan gaul rata dan sebati.
Tuangkan filling ke dalam doh pai tadi, ratakan.
Atur hirisan pisang ikut cara sendiri dan bakar pada suhu 160C selama 30 minit/masak sepenuhnya hingga berwarna kuning keemasan.
Hidangkan untuk sarapan pagi atau minum petang
memang sedap sgt2 aku siapa buat 2 kali lagi he..he..
Ibu kepada kembar dan juga isteri kepada tukang besi.bekerja sepenuh masa dan part time suri rumah.punya minat dan hobi masak memasak.Pastrie's Delight juga bersedia menerima tempahan kek,apam polkadot dan juga brownies
DAPUR KECIL KU
Memaparkan catatan dengan label Pai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pai. Papar semua catatan
Sabtu, 9 Julai 2011
Sabtu, 31 Julai 2010
PAI EPAL LATTICE
PAI EPAL LATTICE
Copy Teratak Impian-dapurcomelku.blogspotl
bahan-bahan pastri:
250 gm tepung - guna tepung gandum
50 gm gula icing
150 gm mentega tanpa garam- guna buttercup
1 biji kuning telur
30 gm air dingin- guna air sedikit je (agak2 bolih kepal)
Sehelai kertas minyak
Sedikit beras atau kekacang
Cara-cara
•untuk membuat lapisan bawah (pastri),ayak tepung bersama gula aising.Gal ramas adunan tepung bersama mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.Masukkan kuning telur dan air.Uli hingga menjadi pastri lembut.Bentukkan bulat,bungkus menggunakan plastik dan rehatkan didalam peti sejuk selama sejam.
•Panaskan ketuhar pada suhu 180 c.Canaikan pastri dan masukkan didalam tin pai 16cm atau 20cm.Asaingkan sedikit pastri sebagai hiasan.Hiris lebihan pastr pada dinding acuan supaya rata dan tekan sedikit pada setiap lekuk.
•Cucuk dasar pastri dgn garfu,alas dgn kertas kalis minyak dan tuang beras diatasnya.Bakar 15 minit.
•Sapukan rata putih telur pada kulit pai.Tuang inti dan ratakan.
•canai baki pastri dan hiris memanjang.Susun bersilang pada permukaan pai/Sapu kuning telur dan bakar selama 30 - 35 minit.Hidangkan panas bersama krim vanila (jika suka)
Bahan-bahan inti:
4 biji epal hijau (dipotong dadu)
100 gm gula perang (brown sugar)
1 s/k serbuk kayu manis - x letak
2 s/b tepung gandum
3 s/b air (utk bancuh tepung)
1 camca perahan limau kasturi( jika suka)- x letak
1 biji kuning telur (utk sapu atas pasri)
Cara:
Masukkan epal dan gula perang dlm periuk dan masakkan sehingga layu.
Masukkan serbk kayu manis dan kacau rata.
Masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau rata.
Sejukkan.
Isnin, 8 Februari 2010
Langgan:
Catatan (Atom)

