DAPUR KECIL KU

Sabtu, 26 November 2011

PEANUT COKLAT MUG CAKE



salam semua
selamat menyambut tahun baru hijrah.mungkin tak ramai ambik pot pun pasal thn baru ni.dan tak ramai gak yg sambut sbb seme ingt thn baru mat saleh aje nya.tp apa pun sama2 lah kita membaca doa moga segala nya berjalan dgn lancar.
gambar kat atas tu dek kerana tergoda dgn cik irma dulunya duk london skrg rasanya mcm dah ada kat mesia kot siap jd tokey kek lagi klu tak silap lah.
blk keje smlm aku pi ler cari brg2 nak wat kek ni.nak gak tengok btl2  3 min ke.(blh lg ada was2 tu)

taraa..memang betul2 aku masak 3 min guna suhu paling tinggi

utk satu adunan kat bawah tu aku cuma dpt 2 ketul aje sbb guna cup air tu.agaknya klu guna bekas kecik2 byk sikit lah dptnya.
kek ni bg aku agak kering lah jd aku tambah lagi 2 sudu besar susu.lepas tu kureng manis cuma amat2 terasa koko tu sampai aku lepas mkn terus rasa pening2 lalat.di sebabkan kurang manis aku mkn dgn coklat ganache he..he..

Nutella Mug Cake

http://irmadilondon.blogspot.com/2011/05/resepi-nutella-mug-cake.html

Bahan-bahan :
4 sudu besar tepung naik sendiri
4 sudu besar gula castor
1 biji telur
3 sudu besar serbuk cocoa
3 sudu besar Nutella-tukar guna peanut butter +coklat
3 sudu besar susu segar
3 sudu besar minyak zaitun/ minyak sayur/minyak jagung


Cara-cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam bekas mug yang besar.
2. Kacau rata sampai sebati.
3. Masukkan dalam microwave selama 1 1/2 -3 minit. (bergantung pada watt microwave anda)
4. Hiaskan dengan whipped cream atau coklat cair mengikut kesukaan

Jumaat, 25 November 2011

PELBAGAI GUNA KICAP CAMPUR

Salam jumaat penghulu hari..
Hari ni mesti ramai yg plan nak blk kg,pergi bercuti sempena cuti thn baru hijrah. Aku??kena keje lagi lah esok(klu tak keje memang ku ikut pecut kak long blk kg mkn doyan he..he..kak long jgn lupa  bwk  utk sy sikit yer klu tak dpt sebiji,dua tiga biji pun takpe)
Apa n3 aku nak masuk ari ni???bila aku belek2 folder nampak gambo mee kecik dgn mee besor.(zaman kanak2 aku dulu mee hoon tu aku panggil mee halus dan mee kuning tu mee)
Ok berbalik pada tajuk kat atas tu sebenarnya kicap tu aku buat masa wat kuetiaw haufan aritu.byk dpt walau pun ku guna sukatan pot beras yg kecik tu.jd belen kicap tu aku wat stok simpan dlm peti.dan disebabkan kicap tu aku jd rajin plak nak menggoreng mee,mee hoon dan nasi goreng.memang sedap klu guna kicap ni.terima kasih kepada kak mas sudi share resepi kicap yg dari turun temurun utk emak dia berniaga.

bihun goreng + cili hijau jeruk

Kicap Campur

Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.

Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

mee goreng basah

next time aku nak cuba wat ayam masak kicap plak.mesti sedap ni

Selasa, 22 November 2011

ORDER APAM

Ini order apam utk minggu ni alhamdulillah
kat bawah ni order dr zaid
order dr saimah kwn masa poli dulu apam ni katanya nak di letakkan kat meja pengantin utk acara mkn beradap.harap2 berkenang lah dgn coraknya tu

utk majlis berkhatam pada hujung minggu baru ni.sebenarnya kak nani nak 50 bungkus tp aku dah tersilap paham ingat nak 50 biji.takpelah dah rezeki byk tu aje lgpun dia order mengejut call tengahari nak mlm tu gak dah lah masa tu aku keje lagi.blk keje baru buat itu yg salah paham tu.

lepas saimah dtg ambik apam kat atas tu ptg tu gak aku dpt call dr dia katanya kawan dia nak order apam jugak.tp nak ladybird seme.dtg ambik ahad ok no hal insyallah aku siapkan.

ni pulak zaid punya gak.kiranya zaid ni dah jd dealer utk aku punya apam pulak.setiap minggu beratus2 apam dia order.terima kasih zaid tolong carikan cust utk akak.

close up sikit aku dah cuba buat mcm2 corak mengikut kehendak cust.jd klu sape2 yg berminat nak order blh aje call aku yer 019-9543616.order sekurang2nya 2 hari sebelum tarikh ambil.

harga 50 biji pelbagai corak dan filling RM15.00
harga 50 biji pelbagai corak tanpa filling RM14.00

terima kasih kpd mereka yg sudi order

PAUNG UBI KAYU~KUEH TRADISIONAL TERENGGANU

Ada sape2 teringin tak?he..he..(benornya aku yg terliur tengok kak long tayang kat blog madiha dia aritu)

N3 panas lagi ni.aku buat semalam sambil layan rimau mengaummm..blk keje smlm memang dah set nak buat kueh ni.Lagipun ubinya dah lama simpan.Aku kirim kat mama masa dtg kenduri aishah minggu lepas.Nak cari kat KL ni aku tak tau tp klu gi kat pasar pudu atau chow kit rasanya ada kot
terbau-bau plak paung ni kat opis(oopppss aku bwk bekal lah)
ok jom kita tengok bahan2nya

PAUNG UBI KAYU

lebih kurang 2 btg ubi kayu yg sederhana dimesin @ di parut.(kita blender dulu lepas tu tapis jap)


1/2 biji kelapa parut dan garam(blh kurangkan jumlah kelapa jika tak suka tak perlu letak)


sambal ikan sardin

sambal ikan
*4 ekor ikan sardin di kukus @ rebus-ambik isi dan tumbuk bersama bahan2 lain
*1/2 inci halia-tumbuk
* 5 ulas bawang merah-tumbuk
*2 ulas bawang putih-tumbuk
*1/2 cawan santan-blh campur air sikit klu pekat sgt
garam dan gula secukup rasa
masukkan kesemua bahan2 ke dlm kuali dan masak sehingga kering mcm dlm gambar tu


letakkan inti dan bulat2kan.sedia utk di goreng

mudahkan.jd klu sesapa teringin blh pi cari ubi kayu dan try buat.Habis sepiring ni nak tunggu bola abis.apa pun tahniah harimau malaya.rezeki masih berpihak pd kita.kata abah masa lagu negara ku di nyanyikan org sana langsung tak hormat maka itu lah padahnya klu dah sombong dan berlagak sudahnya menang tapi tak berjaya(dia org kan byk dpt emas nak di bandingkan malaysia ni)

*Note~ blh juga klu buat paung ni tak letak kelapa guna ubi aje terpulanglah.
tujuan diletakan kelapa sebenarnya utk melembutkan paung jd klu sape suka mkn kueh yg keras2 jgn letak byk2 kelapa ni.

CARROT & BANANA CUPCAKE

Salam..
Mood bola..entah apa kena dgn aku ni smlm aku blh layan bola sampai habis klu idak jgn harap nak tengok bola. Dah tu tengok sorang2 lak bos besar dgn adik aku kuar pergi pasang gate kat downtown bukit jalil.Bola dah abis dia org tak sampai2 rumah lagi. dah tu aku call lah tanya apa pasal masa aku ikut dia org gi pasang gate 4 set kul 11 mlm dah siap ini pasang 2 set kul 12 lebih tak blk2 lagi.Rupanya dia org layan bola dulu kat sana.Adoilah dah lah bini tinggal sorang2 kat umah(ayat kesian aje ni padahal abah memang tak lekat kat umah pun klu malam2 dia mesti kuar lepak2 sambil cari bisnes.slalunya lepak kat bawah flat aje lah)
Ok berbalik pada resepi pulak.Aku tengok ramai sgt wat kek ni jd aku pun try gak lah.blh lah dan mama ckp sedap lagi carrot cake yg biasa.citarasa masing2 kan.


CARROT & BANANA CUPCAKE


resipi : K.Nor@SecubitGaram
By:HaSue @ sue-hasue.blogspot.com

Bahan: (menghasilkan 14 bj cupcake)buat sebiji besor malas lah nak atur2 cup tu
150gm tepung gandum *
1 1/2 sudu teh baking powder *
1/2 sudu teh garam * (*diayak)
170gm carrot yg disagat
50gm badam (optional) ~ dicincang dan disangai sekejap
2 bj telur A
95gm gula perang
100ml minyak sayur/bunga
2 biji pisang ~ dilecek (lebihkurang 1 cawan)
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh esen vanila
papercup secukupnya

Cara:
Masukkan tepung gandum, baking powder dan garam yg dah diayak kedalam sebuah mangkuk.
Masukkan carrot dan gaul rata.
Dalam bekas yg lain lecek pisang bersama soda bikarbonat (ini akan menghasilkan pisang yg sedikit berbuih)
Pukul telur bersama gula perang hingga pekat kemudian masukkan vanila.
Masukkan campuran tepung dgn carrot dan badam. Gaul dgn menggunakan spatula/senduk kayu.
Masukkan pula pisang yg dilecek dan juga minyak, gaul hingga sebati.
Aturkan papercup dlm loyang dan skop adunan kedalamnya lebihkurang 85% penuh. (lebih mudah jika menggunakan skop aiskrim)
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan dgn suhu 170C sehingga masak (lebihkurang 35min bergantung pd kepanasan oven dan saiz cup)
Bila dah masak, keluarkan dan biarkan betul2 sejuk sebelum diletakkan frosting/topping keatasnya.
*
- kalau nak buat dlm bentuk sebiji kek, gunakan loyang 8" yg digris terlebih dahulu.
- bakar dgn suhu 175 - 180C sehingga masak atau lebih kurang 45 - 50min.
- cucuk dgn lidi utk lihat kek dah masak atau belum.. jika belum masak tambahkan masa membakar lagi..
- kacang badam boleh digantiikan dgn walnut ataupun hazelnut.
- minyak sayur/bunga boleh digantikan dgn minyak masak biasa ataupun boleh juga digantikan dgn butter yg dicairkan.
- sukatan gula bolehlah dikurangkan sedikit jika menggunakan pisang yg masak agak ranum kerana biasanya pisang gini lebih manis.

Jumaat, 18 November 2011

ORDER APAM DAN APAM...

N3 last sebelum blk keje dan nak kejar wat apam lg. Alhamdulillah rezeki budak2 dan mak budak he..he..
ini order sebelum raya hari tu.ramai benor nak korban ladybird ni.

burget doorgift utk kenduri aishah.600 biji ++ aku buat
utk sape2 nak order blh lah call yer

ini pun utk majlis aishah hampir 200 biji
cukup setakat ini.ada byk lg gambar ni tp takut korang jemu asyik tengok muka apam aje.

ok utk sape2 yg berminat nak order blh call 019-9543616

Harga Apam Dot2 & Ladybird ~ 50biji RM15 inti coklat,strawbery,kiwi dan bluebery
tanpa inti RM14 utk 50biji
no delivery tp klu sekitar cheras sy akan cuba usahakan utk hantar bergantung pd keadaan

KACANG PHOOL


KACANG PHOOL
Copy http://www.tiffinbiru.com/2011/07/kacang-phoolbukankacang-phool.html

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 tin kacang "Phool", diramas kasar2 (Mat guna bake beans, jadi tak payah ramas)
150 g daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata (jenama Baba's)
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :-)
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan

CARA MEMBUATNYA :-)
1.Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).
2.Bila mendidih, masukkan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah bake beans, dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
3.CARA PENYEDIAANNYA :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair (mat ganti dengan minyak zaitun) dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa....

ROTI ARAB

Salam..
kita tinggalkan dulu kisah kenduri kendara.kita sama2 doakan mereka berdua bahagia dan hidup aman damai.terima kasih pd mereka yg memuji pengantin dan sempat lg puji makcik pengantin he..he..biasalah nak enterprem gak kan.
Ok kita berbalik pd gambar kat atas tu. Dah lama buat cuma tak de masa nak update. aku buat ni masa kedatangkan adik ku ke KL sempena cuti depavali jd buatkan sarapan ni.roti arab.sedap tp aku punya tak cantik lah tp blh layan aje.mkn dgn kacang phool sedap.
resepi aku ambik dr Cik CT nun jauh di penang atau Zalienda thanks yer CT sudi share resepi asal dr sofinar
ROTI ARAB


resepi: Sofinar@myR

sumber Tun Telani &Kak Izah

Bahan-bahan ( 10 org makan )

2 sudu besar mentega

2 sudu besar minyak masak

2 sudu besar gula

300 ml air suam

6 g yis

500g tpg gandum



Cara-cara

mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam

tepung di gaul dengan yis

Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental

perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup

Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji

Canai nipis lebih kurang 0.4 cm

panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.

Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging


Rabu, 16 November 2011

SELESAI SUDAH .... KINI DIA BERGELAR ISTERI

masih menahan debaran sebelum begelar isteri
alhamdulillah dah selamat.muka pun dah senyum dah

Majlis Pernikanhan 11-11-11
masih belum siap utk majlis persandingan

wajah seorang isteri(baru makcik sedar dah besar rupanya sha teringat dulu2 bila nak raya makcik kena tolong carikan persiapan skrg semua tu dah berlalu)
akhirnya bersatu jua
sesi menepung tawar.inilah pertama kali aku menepung tawar.ini pun sbb org dah panggil klu tak jgn harap aku buat
bila tiba masa  utk 2 lagi sharifatul ni aku agaknya lagi sedih.entahlah tak dpt gambarkan perasaan aku waktu tu cuma apa yg aku rasa sedih ada gembira pun ada.
tamat sudah majlis


bila dah selesai kita rehat dulu minum2 teh sambil mkn mee goreng

antara tetamu yg jauh dtg.
TERIMA KASIH SEMUA YG SUDI HADIR WALAUPUN SESAT2 SAMPAI JUGA

Sabtu, 12 November 2011

WALIMATUL URUS... SYARIFATUL AISHAH BASERI

kepada semua kawan2 yg mengenali ku dan suami anda semua dijemput hadir ke kenduri anak dara kami pada 12/11/2011 bertempat di taman melur ampang.

~ini lah kesibukan yg melanda diri ku sekarang.nak menyiapkan segala macam persiapan terutamanya kek2 kecik yg perlu ku buat. awal2 bln aritu sibuk menempat kotak bagai,cari brg2 goodies seme.last kopek smlm pun gi chow kit cari barang konon2 blh ler shopping last round sekali kedai tutup org raya lah. telopong gak aku 3 beranak kat sana puas duk terpusing2 cari brg sampai kakak kembar dah penat mintak aku dukung sib baik adik kembar tak ikut.


Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...