DAPUR KECIL KU

Isnin, 31 Mei 2010

COFFEE BREAD

COFFEE BREAD

Ingredients :
190 g high protein flour (I used multipurpose flour)
50 g sugar
2 g salt
6 g instant dried yeast
1/2 teaspoon bread improver
1 egg yolk
50 g fresh milk
12 g instant coffee (I mixed 2g nescafe granules with 10g hot water)
60 g water roux
1/2 teaspoon cappuchino coffee emulco (I added)
30 g butter
3/4 cup raisin (kak rus added)
Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in instant coffee, salt, sugar, egg and water roux.
2. Top it with sifted flour, dry yeast and bread improver.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough 35g portion each. Make into round balls and leave to rest for 10 minutes.
6. Let the air out of the dough and make into round balls again. Arrange in the prepared tin.
7. Leave to proof till double the size.
8. Bake in a preheated oven at 180 C for 25 minutes or so.
9. Once out of the oven, brush with butter.

Water Roux
Ingredients :
50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.
When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

ROTI KURMA


ROTI BUAH KERING

http://www.jintanmanis.com/

Bahan-bahanye
220 gram tepung roti
sudu besar butter atau marjerin
2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu kecil yis kering
140 ml air suam ( ros letak 80 ml air suam, 80 ml susu segar)
1 biji telur (3/4 biji ros masukkan dalam doh baki nya gliss atas roti)
1/2 cawan mix dry fruits ( dipotong kecil bentuk dadu)
( kalau nak letak 1 sudu kecil bread softner atau bread improver pun boleh)


Caranya
1. Masukkan semua dalam Breadmaker ( kecuali dry fruits) dan pilih menu dough dan tekan ON je, bila dah siap di uli, keluarkan dan baru campurkan dgn dry fruits tadi, uli beberapa minit dan bahagi doh pada dua bahagian, akhir sekali letak dalam acuan loaf, biarkan naik dua kali ganda.
2. Jika tiada Breadmaker, uli semua bahan dalam bekas adunan hingga menjadi doh, uli hingga tidak melekat pada jari, selepas itu masukkan doh dalam plastic bersih dan ramas selama 5 hingga 10 minit, tutup doh dengan wrappers atau kain bersih, perap doh selama 40 minit.
3.Kemudian tumbuk-tumbuk doh dan uli sekali lagi, bahagi doh pada 2 bahagian dan letak dalam acuan sandwish loaf, biarkan doh naik 2 kali ganda, sebelum dibakar gliss permukaan doh dengan baki telur yang di tambah dengan 1 sudu kecil susu dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit, Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai dan sedia untuk dihidangkan, sesuai dijadikan sarapan atau menu minum petang, Selamat Mencuba.

ROTI BENGGALI

ROTI BENGGALI

MYRESIPI
http://www.myresipi.com/top/detail/3750

Bahan-bahan ( 4 orang makan )
· Bahan A
· 350g tepung roti
· 1 sudu besar shortening
· secubit garam

· Bahan B
· 120 - 160 ml air suam
· 1 sudu makan yis serbuk
· 2 sudu makan gula castor

Cara-cara
1. Bahan B digaul bersama
2. Semua Bahan A digaul sebentar
3. Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
4. Perap hingga naik 2 kali ganda. kira2 30 - 40 minit
5. Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin, Bahagi 2 hanagian dan susun dalam bekas yang telah digriskan.
6. Perap lagi hingga naik 2x ganda sumula. Bakar 180 c selama 20-30 minit
7. Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

PULUT KUNING SERUNDING DAGING

Buat utk sarapan pg minggu.serunding yg dah memang siap ada stok cuma masak pulut kuning aje

ORDER

STAWBERY CAKE  RM 20.00 FOR HALF KG(500 G++)

KUEH BOM

KAYU KERAMAT

copy dr adik ku
bahan2
500gram tepung gandum
1 camca teh soda birkabonat
1 camca teh yis segera (mauripan)
6 camca makan gula
1 camca makan planta
300ml air suam

Inti red bean paste

cara2
1.Yis segera dibancur dgn sedikit air suam tadi dan biarkan yis kembang seketika
2. Bancuh gula dengan air lebihan membancuh yis tadi.
3.Tepung digaulkan dgn planta sehingga sebati kemudian masukkan soda birkabonat dan gaul rata
4.Kemudian masukkan air gula & yis yg dibancuh td
5.Uli sehingga doh sebati dan biarkan doh mengembang 1 kali ganda(anggaran dlm 1jam camtu lah)sebelum digoreng

ROTI PELBAGAI


ROTI PELBAGAI
COPT IXORA


500gm tepung high protein
90gm gula halus
4sb susu tepung
1/2 st garam
1 sudu besar bread improver
1 sudu besar bread softener
1 paket yis (11grms) mauripan
2 biji telur
3 sb butter
150-200ml air / air secukupnya .. adjust sendiri yer .. masukkan air sedikit2 masa mnguli doh ..
1sudu besar gluten/ wheat gluten ...

inti - sambal ikan bilis / sosej / or apa2 aje

Cara-cara
1. Masukkan semua bhn kecuali air kedlm mangkuk mixer dan gaul
2. Masukkan air sedikit2 sehingga mendapat ketepatan yg dikehendaki (jgn masukkan terus semua air ) . Uli sehingga 20 minit .. lebih skit pun x per
3. Bila doh dah licin keluarkan doh dan bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yg dikehendaki.. Loyang pembakar disapukan dengan hanya sedikit butter n tepung gandum
note : untuk bun 25gm /ea ..utk mini sosej 25 grm gak .. n utk sosej ala2 lipan tuh 50grms .. (perghh apa punya bahasa la nih) .. untuk step nih x yah penaik kan doh .. terus ngan upacara potong memotong n timbang menimbang ..
4.Dah siap masukan inti baru ler panaik kan doh sehingga sekali ganda .. 1jam / lebih ..
note : bagi proses menaik kan doh ni ..k.yati masukkan tray yg dah diisi ngan doh tuh dlm beg plastik yg besar dan ikat kat hujung nya ..
5. Bakar 160 - 170 degree selama 15 -20 minit .. api atas bawah ..
note .. kalu tgk bahagian atas dh agak perang boleh padam kan api atas dan bakar dgn api bawah shj .. ini bagi mengelakan roti bahagian bawah tidak masak sepenuhnya.. (bakar dlm oven kt rak paling bawah )
6. Dah siap ..masa bun masih panas terus sapukan butter ke atas permukaan nya ..
7. Untuk kesegaran roti berpanjangan ..sila simpankan roti anda didlm bekas yg tertutup ..hehe

BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE


BROWNIES KUKUS LAPIS CHEESE

Sumber : Hana (tqvm hana...mklang c&p aje nih..)
Bahan-bahan
• *500g campuran brownies kukus (premix)(kat bakeri ada jual
• *4 biji telur gred B
• *75ml minyak masak
• *200ml air
• *5g baking powder
• *5g soda bikarbonat

• **inti cream cheese**
• 250g cream cheese
• 60g gula castor
• 1 biji telur
• 25ml air (mklang ganti ngan w/cream)

Cara-cara
1. campurkan semua bahan bertanda * dalam mixer.pukul dgn kelajuan sederhana lebih kurang 3 minit
2. utk inti - campur semua bahan dan pukul sampai kembang
3. cara melapis - masukkan separuh adunan brownies kukus coklat dalam loyang yg dah di alas dgn kertas minyak.kukus selama 15 minit
5. masukkan pula inti..dan kukus selama 15 minit lg
6. masukkan baki brownies kukus,kukus selama 20 minit

JIKA SUSAH NAK BUAT BOLEH ORDER IDA 019-9543616

SHABSYUKKA


SHABSYUKKA
copy madiha
Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:
2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis - guna mix vege
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.

Khamis, 20 Mei 2010

AWARD DARI MIDZA

SALAM
T.Q MIDZA COZ SUDI BG AWARD NI
LEPAS NI MIDZA NAK MENYEPIKAN DIRI UTK SEKETIKA HARAP2 DPT PROJEK BESAR LAH YER SAMPAI NAK MENYEPI TU APA PUN MOGA BERJAYA



"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."
Friends, when you write about this award, you may follow these rules:
i. Nominate 12 more bloggers.
1. Mamasya
2. Elianas
3. JD
4. Mariam
5. Rinnchan
6. Noors
7. Nuanza
8. Kak Hanaz
9. Juwita
10. Hana
11. Fiza Nordin
12. Home sweet home
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award



KPD SESAPA YG SUDI DTG BERTANDANG KAT DAPUR KECIL KU SUDI2 KAN LAH DIRI UTK AMBIK AWARD NI SEBAGAI TANDA PENHARGAAN DR DAPUR KECIL KU

Isnin, 17 Mei 2010

CRAB STICK SNEK

KUEH ANGKU


KUEH BUAH PERIA/KUEH ANGKU
Sumber : Wila Chin

Bahan2 Untuk Doh

300 gm tepung pulut

150 gm keledek (timbang setelah dikupas kulit) (sebaiknya guna keledek isi putih agar warna yang kita gunakan lebih menyerlah ~ kalau kita guna keledek purple ker.. sure warna lari..)

240 ml air + pewarna hijau

4 s/b gula kaster

40 ml minyak

Bahan2 Inti

250 gm kacang hijau tanpa kulit

10 s/b gula

1 s/k garam

2 cawan air (boleh tambah or kurangkan ikut kesesuaian)

Bahan2 tambahan

daun pisang atau plastik secukupnya

minyak masak

Cara-cara masak inti:

1. Kacang hijau dicuci bersih kemudian direndam 4 jam atau 1 malam.

2. Toskan kacang & jirus air paip. Masukkan dalam periuk bersama air dan masak seperti kita masak nasi.

3. Apabila ia menggelegak dan airnya hampir kering kecilkan api (seperti kita tanak nasi) lalu tutupkan tudung periuk.

4. Agak2 kacang dah empuk (hendak tahu masaknya cuba picit biji kacang itu) & bila dah lembut maka bolehlah dimasukkan gula & garam. Kacau2 hingga gula larut dan sebati & inti agak kering.

5. Biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dibulat-bulatkan ke beberapa bahagian kecil.

Cara-cara buat kulit:

1. Rebus keledek hingga empuk. Bila dah empuk masukkan dalam blender & campurkan dengan air.

2. Dalam sebuah bekas, masukkan tepong pulut, gula & garam. Lalu tuangkan keledek yang telah diblender tadi ke dalam tepong.

3. Uli bahan2 tadi sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak dan uli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Bahagikan doh ke beberapa bahagian (menyamai jumlah bebola inti tadi) lalu bulat2kan.

5. Untuk membentuk buah peria (sila rujuk gambar di bawah), sediakan plastik yang bersih. Masukkan inti ke dalam doh lalu tutupkan inti. Bentukkan doh menjadi bentuk lonjong sikit. Letakkan di atas plastik tadi lalu digulungkan seperti gulungan gula2. Kemaskan kiri & kanan lalu tarik kuat2 kedua2 hujung plastik agak terbentuk garis2 pada doh & seakan2 menyerupai buah peria (takde 100% macam buah peria.. hehe). Buka gulungan dan susun dulu dlm pinggan bersih. Buatlah doh selebihnya sehingga habis.

6. Panaskan periuk pengukus dengan air yang mencukupi. Sediakan daun pisang atau plastik alas berukuran 4cm x 8 cm atau agak2 muat untuk letak 'buah peria' tadi. Sapukan sedikit minyak pada daun pisang / plastik tadi lalu letakkan buah peria di atasnya dan susun dalam pengukus. Buat hingga habis.

7. Bila air dah mendidih.. kukuskan kuih selama 8 minit atau sehingga masak bergantung saiz kuih anda. (jika kuih lebih besar, lebihkan sedikit masa mengukus TAPI jangan terlalu lama nanti kuih terlalu kembang & hilang pulak rupa paras buah peria tadi)

8. Bila dah masak.. hidang kuih sebagai minum petang. Memang sedap!

LEMON CURD


LEMON CURD


COPY KAK RUS

Resipinya - The Star

2 biji telur

2 biji kuning telur

1/4 st garam

1/2 cawan gula

1/2 cawan jus lemon

1 biji lemon diparut ambil kulitnya

6 sb mentega dipotong kiub

Cara membuatnya

Pukul telur bersama gula dan garam bila gula sebati masukkan jus lemon,kulit lemon dan di kacau rata......Kacau atas api sederhana hingga agak pekat kemudian masukkan mentega...kacau sebentar dan tapiskan.Kemudian terus mengacau hingga pekat.....Adunan ini tak akan menjadi pekat macam puding....ia akan memekat selepas disejukkan.Biar sejuk masukkan dalam botol dan barulah boleh disimpan dalam peti sejuk

CRURROS

CRURROS


COPY HANA

Bahan-bahan

1 cawan air

1 sudu makan gula

11/2 cawan tepung gandum - hana buh 11/4 je

1 biji telur - size L

1/2 sudu kecil garam

1 sudu makan butter

For dusting - Gula+cinnamon powder atau hot chocolate

Cara-cara

Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul2. Angkat dari api. Masukkan telur dan kacau sebati. Bleh rujuk cara2 wat Cream Puff. Cara2 yer bukan bahan2. :)

Panaskan minyak. Masukkan adunan ke dalam acuan (bleh gune nozle bentuk bintang dan masukkan lam piping bag). Picit dan potong panjang ikut suka@ picit dan bulatkan macam french crullers. Goreng hingga keemasan.Angkat dan toskan.

Taburkan gula+cinnamon atau celupkan ke dalam hot chocolate.




CHICKEN LUNCHEON ROLLS

CHICKEN LUNCHEON ROLLS


Adapted from Ayin's Roti Ham Keju
Ingredients :


250 g high protein flour (MamaFaMi add a little bit more.. but I don't cause I only used 1 egg yolk)

30 g sugar

20 g milk powder

6 g instant dried yeast (1 1/2 teaspoons)

1/2 teaspoon salt

1/2 teaspoon bread softener

2 egg yolks (used 1 only A grade)

130 ml fresh milk

30 g butter

3 pieces Chicken Luncheon ~ cut to small pieces

Mozzarella cheese ~ grated (MaDiHaA used sliced cheese)

Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar and egg yolks

2. Top it with sifted flour, dry yeast, milk powder and dough softener.

3. Set the Breadmaker to Dough function.

4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.

5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough to 2portions.

6. Roll the dough flat. Sprinkle with cheese and chicken luncheon. Then roll like swiss roll. Slice to the thickness of 1/2 inch. Arrange on the baking tray sprinkled with a bit of flour. Repeat the same procedure with the other portion. (MaDiHaA put sliced dough in paper liner)
7. Leave to proof till double the size.


8. Bake in a preheated oven at 180 C for 30 minutes or so. (MaDiHaA baked only 14 ~ 15 minutes @ 170C)

9. Once out of the oven, brush with butter.

MARBLE RONA RONI

MARBLE RONA RONI

Sumber : KAK ZA~AININDELIGHT
Bahan A
200gm butter/majerin

200gm gula castor

Bahan B

4 biji telur ( saiz B )

50ml susu cair

50 ml air sejuk dari peti ais

1 sudu kecil esen rose ( dapat idea ni bila biras I guna esen ros untuk buat biskut raya tahun lepas… )

Bahan C

200gm tepung gandum ( atau Self Raising Flour )

1 sudu kecil baking powder ( tak payah letak kalau guna Self Raising Flour )

Bahan D

Pewarna merah, hijau dan kuning.

- Pukul Bahan A hingga kembang ( lebih kurang 5 minit )

- Campurkan semua Bahan B dan pukul sedikit, masukkan ke dalam Bahan A. Pukul hingga gebu ( lebih kurang 5 minit )

- Ayak Bahan C. Perlahankan “speed” kepada nombor 1. Masukkan Bahan C ke dalam adunan tadi dan kacau hingga rata saja. ( jangan pukul lama, kek akan merekah )

- Bahagi tiga adunan, masukkan pewarna dan kacau rata.

- Sapu shortening atau butter di sekeliling baking tin. ( I tak alas dengan kertas minyak kalau guna shortening )

- Letakkan 3 sudu besar adunan kuning di tengah baking tin, kemudian letakkan 3 sudu besar adunan merah dan diikuti dengan 3 sudu besar adunan hijau.

- Ulangi proses di atas hingga habis. Tak perlu lorek dengan lidi, Cuma hentakkan baking tin 2 kali untuk ratakan adunan.

- Panaskan oven pada suhu 175 darjah, bakar 45minit. ( bergantung pada oven masing-masing )

- Sebaik sahaja masak, kek akan renggang dari baking tin, cucuk dengan lidi di tengah. Kalau lidi bersih, bermakna kek sudah masak.

- Sejukkan kek selama 15-20 minit, baru dikeluarkan dari baking tin.

Khamis, 13 Mei 2010

CONEY DOG

SOS CONEY (coney sauce)


Dari FP MAMAFAMI

copy madiha
Bahan-bahan :

Roti hotdog

Hotdog – rebus

Bahan2 inti/sos

1/2 paun daging cincang

1/4 cawan air

1/4 cawan bawang ~ dicincang

1 bawang putih ~ cincang

1 cawan tomato (MaDiHa bubuh 1 biji tomato potong kiub + sos tomato)

1/2 sudu kecil serbuk cili

1/2 sudu kecil aji no moto

1/2 sudu kecil garam

Kaedah penyediaan :

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali pada suhu sederhana dan gorengkan daging cincang selama 10 - 15 minit sehingga daging berubah warna. Gunakan garfu untuk meleraikan ketulan daging.

2. Masukkan air, bawang cincang, bawang putih, tomato sos, serbuk cili, aji no moto dan garam.

3. Renihkan selama 10 minit sehingga masak.

Nota : Bila membuat Coney Dogs, sosejnya direbus dulu ya

RAINBOW BUTTER CAKE

RAINBOW BUTTER CAKE / KEK MENTEGA PELANGI


Diolah oleh MamaFaMi dari : Bro Rozzan's Blogspot

Copy & Paste from : MamaFaMi ibu copy madiha

Bahan-bahan :

250g mentega

200g gula halus(agak manis bg ibu jd lain kali kena kurangkan sikit)

5 biji telur (guna 6 biji telur gred C)

210g tepung gandum (Ibu guna tepong naik sendiri+tepung gandum)

1/2 sudu kecil serbuk penaik

1 sudu kecil esen vanilla

* 1/2 sudu kecil esen ros

1 sudu kecil overlate(ibu tambah utk lembutkan kek)*

* pewarna makanan : merah jambu, kuning, hijau, biru

Kaedah penyediaan :

1. Ayakkan tepung dan serbuk penaik sebanyak 3 kali. Ketepikan.

2. Krimkan mentega dan gula hingga kembang dan ringan.*kemudian masukkan overlate

3. Masukkan telur satu per satu dan kacau sebati.

4 Tuangkan esen vanila dan esen ros. Kacau lagi supaya adunan menjadi licin dan ringan.

5. Kaupbalikkan tepung ke dalam adunan hingga sebati.

6. Bahagikan bater kepada 4 mangkuk kecil.

7. Tuangkan beberapa titik pewarna makanan ke dalam mangkuk tersebut dan kaupbalikkan supaya warna sebati dengan bater.

8. Sudukan 2 sudu besar bater kuning ke tengah-tengah loyang pembakar yang telah dialas dengan kertas.

9. Sudukan 2 sudu besar bater merah jambu di atas bater kuning.

10. Lakukan yang sama kepada bater hijau dan biru. Ulangi proses ini sehingga semua bater telah habis digunakan.

11. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180 C selama 45 hingga 50 minit (bergantung oven masing2)

IKLAN

NAK MERASA SUP GEAR BOX KAMI JUGA ADA SEDIAKAN DISINI
HADAPAN BLOK A
PPR PUDU ULU
PER. AWAM DBKL
CHERAS K.L

ORDER


ORDER PIZZA DAN CMC MCM KAT BAWAH DARI KAK NANI


ORDER LASAGNA DARI JAJA

ORDER CMC DARI FAZILAH



SUP KENTANG DAN BROKOLI



SUP BROKOLI&KENTANG


Sumber : Chef Sabri

copy madiha

Bahan2

300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu

200 g brokoli (MaDiHaA letak double quantity) ~ dipotong

60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris

80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris

1 kiub ayam

1 tin susu sejat penuh krim

2 liter air

1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)

2 sm garam (letak secukup rasa)

1 sm gula



Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)



Cara:

1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.

2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.

3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.

4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.

5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.

6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.

MARI BELAJAR MENDECO

LAST SATURDAY GI BELAJAR DGN KAK YATIE DAMIRA BAKERY

SALAD KENTANG

POTATO SALAD




Bahan2

1 biji kentang di rebus kemudian potong dadu besar

1 biji telur rebus

1 sudu mayonis

sedikit aji shio/serbuk lada

sedikit daun parsley cincang



lecekan telur bersama mayonis kemudian letakkan serbuk lada dan daun parsley gaul bersama kentang siap di hidang

Selasa, 11 Mei 2010

SPINACH AU GRATIN


SPINACH AU GRATIN


HANA

Bahan-bahan

Sepeket spinach@horenso

2 sm bawang besar cincang

2 sm butter

2 sm tepung gandum

2 sm parmesan cheese - atau apa sahaja cheese (leh add)

11/2 cawan susu segar - jika ingin lebih creamy gunakan atau campurkan dengan whipping cream@ heavy cream

blackpepper

garam

Cara-cara

Didihkan air. Rebus sebentar horenso@spinach. Angkat, basuh dengan air sejuk dan perah. Kemudian potong dalam 5cm. Ketepikan.

Utk membuat sos putih - Panaskan butter. Masukkan bawang. Goreng hingga bawang agak layu. Masukkan tepung gandum. Kecilkan api yer agar tepung tidak hangit. Masukkan pula susu segar, garam dan blackpepper. Masak hingga pekat.

Sediakan bekas tahan panas. Sapukan butter. Susun spinach yang telah dipotong tadi. Curahkan sos putih. Taburkan cheese lagi jika suka. Kemudian bakar suhu 180 hingga bahagian atas keperangan. (hana bakar gune toaster jer )

Siap dihidang, Enak makan panas2.

AWARD LAGIK


T.Q...T.Q..aku idak lak pro tp boleh lah sikit2 tu t.q madiha@ kak long.kak long nak kena jawab soklan gak ke?he..he..takpe lah kita jawab gak lah

1~3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
* Sup ayam gak mcm kak long gak sbb ni ler peberet abah dan kembar dan rasanya paling senang pejam mata pun blh masak.
* sambal telur sbb kembar suka gak dan ibu pun suka gak klu  mkn lauk ni blh menambah nasik nya
* masak lemak perut sbb ni peberet abah ler

2~3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
* Karemel sbb nya senang nak buat budak darjah satu pun blh masak
* Punding blackmore rasanya itu lah puding yg best dan cantik utk mata memandang
* Trifle gak lah kot sbb memang sedap pun

3~3 jenis biskut kegemaran time raya
* kueh dahlia ni wajib mesti ada tp mama yg buat lah he..he..
* mini popia ni bkn kategori biskut tp mini popia ni mesti buat tiap kali raya posa hanya raya posa shj dan aku lah pembuatnya
*Biskt yg ada asas  Cornflakes wajib utk mkn sendiri

4~Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak.sape pulak yer ok mula2
* kak yatie - damira
* shieda - nuanza
* kak hanaz

Harap2 sudi lah terima yer

Selasa, 4 Mei 2010

GERAI BIHUN SUP UTARA

JEMPUT SEMUA DATANG KE GERAI KAMI UTK MENIKMATI HIDANGAN BIHUN SUP UTARA YG LAZAT DAN ENAK INI.GERAI KAMI TERLETAK DI HADAPAN BLOK A PPR PUDU ULU,PERUMAHAN AWAM DBKL,CHERAS KUALA LUMPUR
SEKALI RASA PASTI NAK LAGI

PIZZA SEGERA

Buat pizza guna doh donut dan blh buat stok utk simpan dlm peti

AYAM GOLEK MADU

AYAM GOLEK MADU

copy shima
ayam 1 ekor - dibersihkan & ikat kaki dia ( bkn takut ayam lari tp xmo dia terkangkang dok molek! )

bahan perap:

4 ulas bwg merah - kisar

3 ulas bwg putih - kisar

1-2 biji cili merah - kisar

2 inchi halia - kisar

3-4 batang serai - kisar

1/3 cwn santan pekat

4-5 s/b madu

2-3 s/b tomato sauce

2-3 s/b chilli sauce

sedikit garam

3 s/b butter - utk tumis

2 s/b minyak bijan - utk tumis



CARA:

1. ayam dikukus dahulu sampai separuh masak...

2. sementara tu, panaskan minyak bijan + butter sampai cair..

3. tumis bhn2 kisar sampai wangi & garing

4. masukkan santan...madu & soso cili & tomato...

5. kacau lg adjust rasa...masak sampai pekat

6. lumurkan bhn2 perap ni ke atas ayam perap 5 jam (lg lama lg sedap)

7. bakar dlm oven sampai masak...20min terakhir setkan oven kpd grill tuk dpatkan kulit ayam yg garing2 sedikit...sesekali sapukan lebihan bhn2 perap ke atas ayam. hidang bersama nasi.

DONUT

DONUT

copy kmal
Resepi kmal CP dari blog yatie...minta halal ye.

Bahan-bahan

• 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)

• 1/4 cawan air suam

• 1 1/2 cawan susu segar suam

• 1/2 cawan gula halus

• 1 sudu kecil garam

• 2 biji telur

• 1/3 cawan shortening/ butter

• 5 cawan tepung gandum

• Minyak untuk menggoreng



Cara-cara



1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.

2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit (tpng yg selebihnya tadi) sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.

3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.

4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.

5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.

6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.

7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas

NASI PILAF

NASI PILAF

copy shima
resepi: myperiukbelanga.blogspot.com/ c&p fr blog kak nita sheefield
2 1/2 cwn beras basmathi (rendam sejam)
1 ulas bwg besar
1 ulas bwg putih
1 btg kulit kayu manis
2 ketul bunga lawang
3 biji cengkih
2biji buah pelaga
1 cawan minyak sapi
2 sudu besar kismis hitam
10 biji buah gajus (sajer letak)
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan disimpul
3-4 helai dau bay/salam
Air utk masak nasik

CARA:

1. Panaskan periuk nasik. Masukkan minyak sapi.

2. Bila minyak dah panas dan cair, masukkan rempah tumis, bwg besar, putih.Kacau2 hingga bwg layu. 3. Kemudian masukkan nasik, buh daun pandan dan air. Air tu bubuh dlm 1cm atas sikit dari beras.

4. Buh garam secukup rasa & tabus kismis& badam.Bila nasik masak, gembur2kan

HAKKA CHEEN LOONG PAU


Source : Aunty Yochana

copy madiha
http://auntyyochana.blogspot.com/2006/08/hakka-cheen-loong-pau.html

Ingredients for the skin:
200 gm. Hong Kong flour (I used all purpose flour)
1/2 tsp. baking powder
1 tsp. Instant Yeast
35 gm. castor sugar
40 gm. shortening
100 ml. water (if dough is too dry, add a little bit more water)

Ingredients for fillings:
Mix all together:
100 gm. roasted groundnuts - blend
1 Tbsp. sesame seeds - roasted
30 gm. castor sugar
a pinch of salt
some water

I used Red bean paste (25 gm each & make a round ball)

Method:

(1) Mix all the skin pau ingredients into a mixer and beat till you get a smooth pliable dough. If it's too dry, add in a little bit water.

(2) Scale into a round ball and let it rest for 1 hour.

(3) Scale proved dough into 40 gm. portions and then wrap with fillings of your choice. You can either wrap with peanut fillings or red bean paste. Press lightly to flatten the surface.

(4) Leave to proof for another 45 mins.

(5) Heat up frying pan with some oil (not too much) and fry the paus until golden brown on both sides

ORDER

BROWNIES MOCHA MELEKIT ORDER DARI JAJA

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...