DAPUR KECIL KU

Jumaat, 20 Mei 2011

CAKOI

He..he..aku klu sekali update bkn 2 3 entry bkn ida lah namanya jgn mare ye..
ni panas2 lagi ni aku masak pg td sbb kes terliur tengok izah buat cakoi dgn sos manis tu.jam 4.30 pg aku dah bangun dah gara2 nak wat cakoi ni.
Ingat sehari seblm tu nak wat kayu keramat tp bila jam bunyi aku off kan balik sambung tido tp pg td jam bunyi aku 'terpaksa bangun' sbb aku dah sakit pinggang tido kat sofa dpn tv,bkn gaduh dgn laki tp gaduh dgn kembar last2 aku lari tido kat luar ingt kejap aje sedar2 dah kul 4.30 pg jam pun dah bunyi terus bangun ler.mata duk kelabu asap lagi tengok resepi cakoi.aku masuk seme bahan2 dlm BM lepas tu wat keje umah lain.Basuh kain sidai kain lipat kain segala benda yg berkaintan dgn kain lah.jam dah kul 6 lebih cakai aku tak gak kembang2 ni mesti kes ibu roti ni.Dr terbiar aje tepung ni aku bancuh yis lain dlm gelas tengok dah kembang aku campurkan dgn doh tu tambah lagi tepung sib baik naik.jd moral of the story next time klu nak buat kueh berasaskan yis mesti pastikan yis tu masih hidup jd bancuh siap dlm bekas kecik bila nampak dah naik baru campurkan dlm tepung.klu tak naik bak buang aje.



CAKOI
resepi: MamaFami
sumber: kak Azura Rahman
http://izahdaut.blogspot.com/

Bahan-bahan :
400 g tepung ~ diayak
1 cawan air
1 sudu besar majerin ~ dicairkan
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat manis
1 kuning telur
2 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
minyak untuk menggoreng

Kaedah :
1. Satukan air, majerin, garam, gula, susu pekat manis, kuning telur, yis dan soda bikarbonat dalam mangkuk besar. Kacau agar sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di atas.
3. Ulikan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari. Biarkan selama setengah jam. Bekas berisi doh hendaklah dibalut di dalam beg plastik yang bersih.
4. Canaikan doh setebal 1/2 sm, kalau boleh dalam bentuk segiempat tepat.
5. Potong kepada kepingan bersaiz 1 inci.
6. Rendamkan lidi di dalam air. Tekankan lidi basah tersebut di atas setiap kepingan 1 inci tersebut.
7. Cantumkan dua kepingan dengan bahagian yang bertanda lidi bertemu antara satu sama lain .
8. Panaskan minyak. Tarik kedua-dua hujung cakoi dan goreng hingga keperangan.

*saya uli menggunakan BM dan kaedahnya masukkan bahan-bahan mengikut turutan BM.




SOS MANIS

1 1/2 sudu makan tepung kastard
1 cawan susu segar/tukar guna susu cair coz takde susu segar
3-4 sudu besar susu pekat manis
sedikit pandan paste /kita guna daun pandan + warna hijau
Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk kecil.
Masak atas api sederhana. Kacau selalu sehingga sedikit pekat-pekat manja.
Angkat dan sejukkan untuk dinikmati bersama cakoi.

jika berminat utk tudung sila lah hubunggi ku 019-9543616

2 ulasan:

izahdaut berkata...

nasib menjadi ye.. bleh plak yis tu tak elok kan. tudung2 tu kalau yg kosong tak de manik2 ada tak kak?

mushroom berkata...

sedapnya! senang je ek buatnya.. nanti try la :)

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...