DAPUR KECIL KU

Rabu, 25 April 2012

KEK KELASI MABUK

Salam..
Awal masuk N3 hari ni..
tergoda dgn tayang kak dayang dan yg lain2 (kena virus dah ni)
jd tak payah ckp byk tengok ajelah jadi ke idak sbb aku memang tak reti kek2 yg spesis mcm ni.masak kukus smlm pun ada rasa cuak sikit sbb yg hijau tu duk rata tak naik sgt,iyelah bukan letak bp pun kan tak kan nak naik.lepas tu masa masukkan bahagian putih punyalah penuh hampir penuh bekas tu lagi cuak mana nak letak yg belen hijau tu.lepas 1/2 jam warna putih dah masak aku tuangkan jugak yg warna hijau last tu kira cuba jaya ajelah.rupanya yg warna putih tu akan turun selepas kita tuang(aku dah bayangkan ketebalan warna putih tu 2 kali ganda rupanya tidak selepas letak yg hijau kat atas) pada yg pakar2 kek2 jenis mcm ni blh bg tunjuk ajar.tunjuk ajar ku sifu..



KEK KELASI MABUK


Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber/copy  :  Kak Dayang Jack

Bahan-bahan :
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlicks
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

Caranya
Adunan Hijau:
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masuk butter, pukul hingga putih.
Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Cara:
Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
Masukkan tepung.
Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya:
Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
Guna acuan 9x9inci.


Buat 1/2 aduan aje sbb takut tak jadi dan ini pestime buat.mcm kek bantat pun ada cuma chef kat umah ckp kurang suka kek mcm ni,masa kukus baunya wangi pandan.sebenarnya kek ni sgt2 kurang manis dan memang sesuai utk mereka yg tak suka manis.


Bahan-bahan :

Adunan Hijau

• 225 g mentega berkualiti tinggi
• 100 gm horlicks
• 7 biji telur gred A (4 biji putih diasingkan)
• 75 g gula 
• 75 g tepung gandum 
• 1 sudu teh esen vanilla
• 1/2 botol pandan paste -(mesin daun pandan + 1/2 air)

Adunan Putih:
• 4 biji putih telur
• 5 sudu besar gula halus
• 2 sudu teh tepung gandum
• 3 biji limau kasturi (guna 4 biji limau sbb limau kecik sgt)

Note:(ikut panduan ni gak)
Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik

jemput2 semua ada lagi kat umah tu,bawak gak ke opis.
Aku cuma musykil sikit asal namanya mcm tu apa kaitan dgn kalasi (mgkin warna hijau tu kot)abis yg mabuk tu apa lak(sbb dah tak tentu hala hijau dgn putih agaknya)
klu sape2 tau asal nama kek ni cu bagi tau sikit..




5 ulasan:

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

nak jugakkkkk!!
kaklong pun teringin jugak nak buat ni... mcm nak giler dok terliur masa hasue & DJ tayang ritu.. ada lg tak? pos PJ sikit! hehehehe...

belum sempat nak gi bakeri nak cari pandan paste tu... kalau tidak dah buat dah.. aihhh.. tangkap leleh!

Qasey Honey berkata...

tsunami kek kelasi mabuk dh melanda...hehehe...cantik kejadiannya...

Zalieda Zaliedana berkata...

Assalam kak ida,wah akak pon da wat kek kelasi mabuk nih eks,nmpak cam sedap jer,msti harum jer bau pandan tuh kan..esk sy sefamily nak g bercuti kat srwk,leh la cari kek nih kalo da leh try bli n rasa..
Psttt tq kak utk doa tuh,hope sgt dpt boy kali nih,Amin..

ady berkata...

as-salam
cantiknye kek kelasi mabuk tu..suka tgk warna hijau tu...

DjDayang Jack berkata...

waduhh! terguda kumelihat kaler hijaumu itewww...mmg nampak cantik sgt.
mmg meringue tu akan naik semasa dikukus dan akan mampat bila dah sejuk. begitulah kejadiannya..lupe nk bg tau kat blog...
sb tu kene pakai loyang besar sket utk buat kek ni...
psl asal usul namanya wallahualam...hanya si empunya resepi je tau...hehe

mekasih gak ye sudi mencube resepi dr bumi kenyalang ni dan tahniah... :)

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...