DAPUR KECIL KU

Isnin, 26 Mac 2012

KEK BUAH KUKUS ~ ALEX GOH

Salam..
Layan kek buah dulu

Kek ni aku buat sehari sebelum gi jln2 ke Melaka ari tu.Saje nak wat bekal.Abah memang suka mkm kek buah ni klu dulu selalu suruh nenek(mama) buatkan tp sejak dua menjak aku dah buka baking kat rumah maka wat sendiri aje lah.mcm abah ckp klu nak bg suami lekat kat rumah kena bg mkn air tangan isteri baru lah suami tak cari lain he..he..betul ke bang mcm tu?tp abah takde lekat kat umah pun asyik merayau gak klu tak duk bengkel(mcm mana nak lekat masak kek aje nasi mkn kedai kih..kih..blk keje singgah kedai mkn dulu)
Jom tengok resepi yg amat mudah bg aku lah dan tak byk cerewet klu buatnya dan sure blh jd dan yg pasti kek ni sedap.kek ni juga blh tahan lebih dari seminggu walaupun di simpan kat luar tak perlu masuk peti ais.
Aku amat2 lah puas hati dgn resepi ni sbb klu sebelum ni buat kek buah mesti buahnya jatuh ke bawah aje tp kali ni taraaa..you can see..thank a lot pd kak zu semanis gula yg sudi share resepi dan setiap resepi yg aku cuba dr kak zu semuanya menjadi tak pernah lagi tak menjadi alhamdulillah.terima kasih juga pd alex goh yg mencipta resepi ni.



KEK BUAH KUKUS~ALEX GOH

http://kakzusemanisgula.blogspot.com/

BAHAN BAHAN
150 gm air
100 gm butter
120 gm gula perang
500 gm mix fruits ( buah kering campur )
3 biji telur
200 gm tepung gandum*
1 1/2 sudu kecil double action b. powder*(letak bp aje 2 s/k)
1/2 sudu kecil soda bikabonate*
1/2 sudu kecil kulit kayu manis ( tak letak )
80 gm walnut ( tak letak )
80 gm badam cincang ( tak letak )-letak almond slice

CARE CARE
1. Ayak tepung bertande *
2. Panaskan periuk kukusan hingge gelegak
3. Masak air, butter dan gula perang hingge kesemua bahan hancur dan sebati
4.Masukkan mix fruits dan biarkan sejuk seketike.
5. Kocokkan telur dan masukkan kedalam aduanan tadi.
6.Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rate
7.Masukkan walnut dan badam cincang
8. Masukkan kedalam loyang yang telah dilenser gris dan lapik loyang dengan kertas @ aluminium foil
9.Kukus selame 90 minit dengan api yang BESAR.

Note~jika kek dah sejuk simpan di bekas yg bertutup rapat supaya kek tidak menjadi terlalu kering.
kek ni boleh tahan lebih dari seminggu
tak perlu simpan dlm peti air kerana walaupun dlm suhu bilik kek ni tetap cantik utk di potong
berat kek ni selepas di masak anggaran 1 kg utk satu resepi.

4 ulasan:

izahdaut berkata...

kak ida ni suke kek kukus buah ek.. nampak moist sesangat tu.. kalau kek buah ni memamg nak kena betul2 kena ngan selera, baru boleh saya telan. tekak ngengada ye kak.. hehe

Mamasya berkata...

Aslmkum Ida.nampak menarik kek buah Ida...keknyapun nampak lembab. tengok entry di bawah...cuti2 Melaka.Melaka mmg susah nak dpt hotel kalau tak book awal2 masa cuti. kat Melaka byk juga homestay...

MaDiHaA a.k.a Ratna berkata...

kaklong yg tak pernah buat kek kukus buah gini.. sebab takut manis bebenor karang lupa daratan makannya.. hehe.. kek ni manis sgt tak?

kalau dulu2 zaman2 anak dara suka buat buttercake letak buah2 + ceri merah utk raya... skrg ni dah malasss.. haha.. byk yg dah malas sejak2 dah berumur ni...

Ilhamkreatif berkata...

Salam,sedap ni,nak try buat nanti,mak iza suka kek buah.Meh jalan2 kat blog iza.follow ye....

Mungkin Juga Nak Cuba Yang Ini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...